Followers

Tuesday, November 10, 2009

ROTI SOSEJ





Salam sejahtera buat semua. Sebenarnya saya kurang sihat hari ni tapi kalau asyik makan ubat dan tidur jer, takutlah makin malas dibuatnya. So, kali ni saya saja nak share pics ttg roti sosej yg saya buat. Mudah dan enak. Saya rasa ramai yg dah tahu camner nak buat kan! Bagi yg belum tahu, jom lihat. Bila dah tahu nanti, bolehlah buat sendiri, berbaloi... Resipinya bolehlah anda gunakan resipi pinwheel bread ni.




Ambil sedikit doh yg telah diperap (kira-kira 80 gm) canai leper dan dibalut pada sebatang sosej. Biarkan ada lebihan doh pada sebelah bahagian sosej tadi. Ambil pisau dan hiris sosej seperti bentuk sikat. Bentukkan roti seperti di atas dan taburkan sedikit mixed vegetable.... (sila lihat cara pada pic yg saya tukil dr buku Chef Alex Goh ni)






Taburkan sedikit keju mozarella (jika suka, optional). Pastu bakar dgn suhu 180 darjah Celsius selama kira-kira 15-20 minit.





Keluarkan dan picitkan sos cili dan maiyonese. Kemudian masukkan semula roti ke dalam oven dan bakar lagi selama lebih kurang 10 minit atau sehingga roti masak kekuningan. Keluarkan dari oven dan sejukkan.





Dan yang ini pula saya buat roti keju. Setelah doh roti naik, saya taburkan keju parut dan sedikit gula pasir ke permukaannya. Bila dah separuh masak, saya bubuh lagi keju parut dan bakar lagi sehingga masak. (keseluruhan masa membakar lebih kurang 30-35 minit)






8 comments:

indahhouse said...

Salam kak,
blog walking ni. comei sungguh roti2 tu. dolu penah blaja. tapi dah lupa la camna sikat . hihi

MamaFaMi said...

Salam bro...

Moga bro cepat sihat ye.

Roti ni kalau makan panas-panas memang sedappp....

Kak Am said...

salam bro rozan,
maaf ya x faham lah cam ne nak balut & potong bntuk sikat tu?
Lagi satu nak bagi tahu, saya dah beberapa kali buat kek lapis ubi resepi dair sini, mmg jadi dan cntik sgt lapisnya. TQ..!

BR said...

Br > indahhouse

WS. Saya dah bubuh gambar camner nak potong mcm sikat tu. Lihat yer!

BR said...

BR > MamaFami

W'Alaikum Salam.
Mekasih for ur doa Mama & thanks for visiting. Terasa pulak yg sy ni dah lama tk pi jenguk 'rumah2' kenkawan yg lain.

Mmg sedap Ma. Kalau dah sejuk pun lembut..

BR said...

BR > Am-flora

WS. TQ fr visiting & trying out the recipes here. Glad u succeed.

Bab roti tu, I dah update dgn gambar fot illustrations ya. Pls refer again to the entry ya.

nur@melbourne said...

Salam BR,

Tumpang tanya, di mana BR beli buku Chef Alex Goh? Saya dah cuba di Popular Bookstore & kedai buku di Joo Chiat tapi tak jumpa. Semoga diberi kesihatan olehNya. Terimakasih

BR said...

WS nur.

Thank ypou for ur doa,Amiinnn...

Abt buku chef Alex Goh, lama dah saya beli buku ni, a few years back. Saya beli di Popular Book store. You nak ke? Kalau nak, when I find it I let u know, k. Then maybe I can arrangement for u to receive the book.But do tell me which book you are interested ya sbb ada byk buku karya Chef Alex Goh ya.