Followers

Tuesday, March 11, 2008

TALAM JAGUNG




















Made this Kuih Talam Jagung last night. Takde intention nak buat but since my daughter dah tersalah buka tin cream corn, so terpaksalah gunakannya daripada terbiar kat dalam peti sejuk. Kalau sesaper nak cuba, here's the recipe and some pics.

TALAM JAGUNG

Bahan-Bahan (Lapisan bawah)
350 ml santan (saya gunakan 200ml santan kotak, 150 ml air)
75 gm tepung beras
1 sudu besar tpg jagung
200 gm krim jagung (cream corn dlm tin)
4 sudu besar (abt 40-50 gm) gula
secubit garam

Cara:
Satukan semua bahan di dalam mangkuk kecuali krim jagung. Kacau rata dan tapiskan kedalam periuk. Kemudian, masukkan krim jagung dan kacau hingga sebati. Setelah itu, masaklah sebentar di atas api yg sederhana sehingga pekat sedikit lalu tuangkan ke dalam loyang yg telah disapu minyak sedikit. Kukus hingga masak -lebih kurang 15 minit.

Bahan-Bahan Lapisan Atas
300 ml santan pekat
3 biji telur (saiz besar)-kocok sedikit
3 sudu besar (bumbung) tepung gandum
130 gm gula
1/2 sudu teh pes pandan
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna hijau (optional)
secubit vanilli

Cara:
Satukan semua bahan dan tapis ke dalam sebuah periuk. Masak sebentar di atas api yg sederhana (abt 5-8 min). Tuangkan ke atas lapisan pertama tadi dan kukus hingga masak selama kira-kira 20-25 minit. Sejukkan sebelum dipotong.

Nota:
1) Anda boleh juga terus tuangkan bahan lapisan atas ke atas lapisan bawah tanpa memasaknya di atas api. Pastikan bahan telah dikacau rata dan ditapis.

2) Permukaan lapisan atas kuih saya ni bergelombang sket kerana heheh... saya letak terlebih telur. Instead of 3, I put in 4. Tu hah yg tak rata.. Tapi rasanya lebih lemak arr ..

10 comments:

tiffnotso said...

oh thank you, thank you, thank you. da lama cari kuih ni.

tiffnotso said...

my hubby fev's.

BRO ROZZAN said...

You're most welcome sis.

Anonymous said...

Hi, is it possible to get this recipe in english? thanks!

BRO ROZZAN said...

Hi anonymous, plse give me time ya. I'll update it later.

BRO ROZZAN said...

Btw, anonymous, what's ur email address plse?

Anonymous said...

please... kuih u ni x jd. berombak-ombak. macam mana u bole letak pic kuih u ni kt sini??? warna pun x cantek.

tiffnotso said...

amboi

Lyn Azhari said...

salam abg rozzan...this kueh looks gd! thks fr sharing! i nak buat kan my mother in-law fr one of juadah berbuka puasa this wkend! :-) nak tanya....fr bahagian bawah, is it necessary to add yellow colouring?

BR said...

Lynn Azhari,

Kalau u prefer more yellowish, yes you may add a little colouring. Insya'allah sedap...cubalah!