Followers

Saturday, November 17, 2007

KUIH KASWI

Kuih Kaswi memang enak bila dimakan dengan kelapa parut (yg dibuang kulit arinya). Tapi, bagi kanak-kanak dan juga anak-anak saya, mereka prefer "to eat it on its own" minus the grated coconut. So, kepada sesiapa yang nak cuba buat kuih tradisional ini , jom lihat resipinya dan check kabinet anda whether stock bahan-bahan yg diperlukan ada....

KUIH KASWI

Bahan A
450 ml air
350 gm gula melaka
240 gm gula pasir
daun pandan

(Satukan bahan2 di atas dan masak hingga gula larut. Sejukkan sebentar)

Bahan B

190 gm tepung gandum

120 tepung kanji

60 gm tepung beras

900 ml air

1 sudu makan air kapur

2 sudu makan air abucang

2 sudu makan pewarna coklat

Peraturannya

Satukan kesemua Bahan A dan B lalu ditapis. Kukus hingga masak. Jika anda menggunakan acuan-acuan bersaiz kecil – masa mengukus kira-kira 15-20 minit.

Jika anda menggunakan satu loyang yg besar utk mengukusnya, ia memakan masa sekitar 30-40 minit.

Hidangkan dgn kelapa (putih) parut yg dikukus dan dibubuh sedikit garam.

10 comments:

MamaFaMi said...

Aduhai...dah kenyang makan kuih kaswi dan lapis yang colorful tu...kita minum pulak grass jelly with longan...alangkah nikmatnya!

Bro Rozzan said...

Heheh.... kalau cik abang tu lalu kat sebelah pun tak pandang eh!! dasyat, dasyat!!

Anonymous said...

A'kum
Jika tiada abuchang dan air kapur, apa yg bule kita guna kan???? :-(
Terima kasih

BRO ROZZAN said...

W'salam
Air abucang dan air kapur tu lah yg membangkitkan rasa kuih kaswi. Kalau takde air abucang sekurang2nya bubuhlah air kapur. Kalau takde langsung, boleh buat tapi aroma kih kaswi tu takde lah yer!

Anonymous said...

oh wer to get the abucang? any particular shop in east side? n one more thing bro, air kapor means from kapor we mixed a bit of wster izzit? jgn marah ya, hamba baru nak blajar nie.. maceh

Anonymous said...

oh wer to get the abucang? any particular shop in east side? n one more thing bro, air kapor means from kapor we mixed a bit of wster izzit? jgn marah ya, hamba baru nak blajar nie.. maceh

BR said...

Hi anonymous,

Abucang boleh dibeli di pasar yg menjual barang2 runcit seperti bawang, kentang, etc. Or you may try at the Chinese medical hall (sinseh).

Abt air kapur, its normally packed in a small plastic cylindrical container & available at Indians/Malays' provision shops. Hope that explains ya.

KhinU Khine said...

Hi,

may I have this recipe in English. my email address is:

shwema1@gmail.com

thanks

emily

Anonymous said...

Bro Rozzan, kuih kaswi guna loyang size apa? tq.

Anonymous said...

Hi if abuchang takde. So air kapor instead of 1 sudu can use 2 sudu ke?