Followers

Wednesday, September 13, 2006

Biskut/Cookies

These are some of those simple biscuits/cookies which me & my wife had tried during festive seasons. The recipes came from a local cook book. Why not give it a try!

Biskut Emping Belinjau
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
360 gm mentega
250 gm gula
$1 emping belinjau digoreng (tumbuk)
2 kuning telur

Cara
Mentega, gula, kuning telur dikacau.
Campurkan emping, tepung jagung dan tepung gandum.
Uli dan terap mengikut bentuk kegemaran masing2.
Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau hingga kekuningan.



BISKUT COKELAT WARNA-WARNI
200 gm Top flour
70 gm tepung kastad
100 gm Nestum
75 gm gula halus
180 gm mentega
1 biji telur
½ sudu teh baking powder
60 gm cokelat rice
250 gm cokelat coating/mohrenglanz (eg.brand Tulips)-dicairkan
sedikit hundreds & thousands (berwarna-warni)

Cara
Campurkan Top flour, tpg kastad, nestum, baking powder dan cokelat rice lalu diketepikan. Pukul mentega dgn gula hingga kembang sedikit , dan masukkan telur lalu pukul lagi hingga rata. Selanjutnya, tuangkan campuran tepung tadi,
gaul rata hingga sebati. Kemudian canai dan terap dengan acuan biskut hati atau mengikut citarasa anda. Bakar selama kira-kira 20 - 25 minit. Sementara menunggu biskut sejuk, cairkan cokelat dulu dgn kaedah double-boiling. Celupkan separuh biskut tadi dgn cokelat cair dan taburkan hundreds & thousands ke atasnya.

PISTACHIO DELICACY
100 gm mentega
100 gm Top flour
50 gm gula kaster
40 gm Quaker Oats (dikisar)
20 gm tepung beras
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh emplex
½ sudu teh serbuk vanilla
secukup cokelat putih (dicairkan)
secukup pistachio (dibakar, dicincang kasar2)

Cara
Mentega, garam, emplex, vanilla dan gula dikacau rata. Masukkan bahan2 yg lain dan uli sehingga rata. Canai dan terap dgn acuan airmata, bakar selama 15 minit dgn kepanasan 160 darjah. Angkat dan sejukkan. Sapukan cokelat putih dan taburkan pistachio. Biarkan sebentar sebelum disimpan.

Monday, September 11, 2006

Egg Tart

Monday blues....... memang malas nak pi kerja kalau hari Isnin! Tapi nasib baik harini saya cuti.. hoorey... another day off!! Tapi kalau duduk diam jer mesti lagi malas dan jawabnya tidur ... just like Sunday morning when I continued sleeping after my morning prayers till mid-day (after watching EPL soccer the night before till around 2 am......... sigh.... So I thought why not I try En.Bahtiar's Egg Tart? So I pick myself up and start moving hesitatingly...... to my kitchen. And I'm sure Im not dissapointed with the results. This is what I had obtained in lieu of .....sleeping! (-Thanks En.Bahtiar, for your recipe)





EGG TART
Pastri:
500g Tepung gandum
125g Gula icing
250g Butter (tips: butter sejuk dari petisejuk)
2 biji telur gred B
1 tsp esen vanila

Ayak tepung, campurkan gula icing. Masukkan butter dan gaul hingga jadi crumbs. Masukkan telur dan esen vanila dan gaulkan hingga rata. Bentukkan jadi sebiji bola. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum digunakan.

Filling:
250g Air
125g Gula
5 biji Telur gred B
100g Susu cair (Evaporated milk)

Larutkan gula kedalam air. (buat air gula) Kalau guna air suam, biarkan sejuk dulu sebelum masukkan telur dan susu cair. Pukul semua 4 bahan hingga sebati kemudian tapiskan dan sedia untuk digunakan.cara: Isikan atau bentukkan pastry kedalam acuan. Bakar pada suhu 160 ke 180 C selama 15 minit atau sehingga kelihatan kering atau sedikit kekuningan. Keluarkan dari oven. Tuangkan filling tadi kemudian masukkan semula ke dalam oven. Bakar lagi pada suhu 180 C selama 15 minit atau sehingga telurnya masak. (tak cair)

Saturday, September 09, 2006

Mee Rebus? Mee Siam? atau.....

Hah, harini oleh kerana tak bekerja, saya pun offerlah servis pada org rumah saya. "Nak masak apa eh harini? Kalau nasi dgn lauk, anak-anak tak gemar sangat dan memang kami sekeluarga cuba kurangkan makan nasi. Hehe, takut lebar.. So, antara mee rebus dan mee siam, org rumah saya memilih mee rebus. Jadi duduklah saya kat dapur tu sampai habis tugas.. Kalau sesaper nak cuba, sila lah..
Mee Rebus1½ kg mee kuning (dicelur)
½ kg taugeh (dibuang ekor, dicelur)

Bahan Kuahnya
1 cawan udang geragau* (rendam sebentar dgn air, toskan)
3 sudu makan udang kering* (rendam, toskan)
300 gm daging/tetelan (rebus hingga empuk dgn lebihan air)
2½ cm halia*
2 cm lengkuas*
2 batang serai*
6 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar*
4 sudu makan penuh rempah kari ikan
6 sudu makan penuh tauco (jgn ambil airnya, dilecek separuh halus)
1 kg keledek (direbus dan lecek halus)
sedikit kacang tanah goreng (ditumbuk kasar-kasar)- (optional)
lebih kurang 1½ – 2 liter air (diambil dari air rebusan daging dulu, kalau tak cukup ditambah air biasa)
garam dan gula secukupnya
3 senduk minyak masak.

Cara:
Kisar bahan-bahan * dan campurkan dgn rempah kari ikan. Gaul rata. Panaskan minyak dan tumis bahan tersebut hingga rempahnya garing. Masukkan daging,/tetelan, taucheo, keledek lecek, air/air rebusan daging, garam dan gula. Masukkan kacang tumbuk, dikacau sebentar dan sesuaikan rasanya dgn selera anda. Biarkan kuah mendidih baru diangkat.

Bahan Taburan (Garnishing)
Daun sup/bawang, lada hijau/merah, bawang goreng, tahu goreng, limau kasturi, telur rebus.
Nota: Kuah Mee Rebus ini biasanya mesti ada rasa sedikit manis (jgn terlalu manis pula) dan juga rasa tauconya. Rempah karinya pula jgn terlalu banyak, nanti jadi mee kari ! Saya gunakan rempah kari ikan sebagaimana yg diajar oleh ibu saya. Selain menjadi pemekat kuah, kacang tumbuk juga digunakan utk menambah rasa enaknya. Tak perlulah gunakan tpg jagung utk memekatkan kuah.



Epok-Epok

Sebenarnya nak buat epok-epok ni tak susah. Saya rasa ramai yg dah tau. Nevertheless, untuk kaktipah dan lain-lain yg ingin mencuba, di sini saya sertakan resipi dan cara saya membuatnya. Kalau ada apa2 komen/feedback, silalah ..

Epok-Epok

Kulitnya
1kg tepung gandum
4 sudu makan majerin planta
1 sudu makan minyak sapi (kalau tak gemar, boleh ditiadakan)
80 ml minyak masak .......(majerin & minyak sapi dicairkan & campur dgn minyak masak)
350 ml air hangat
1 sudu kecil garam (campurkan pada air hangat)

Cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen). Tuang ketiga2 minyak tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Setelah itu, masukkan air sedikit sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam.

Inti Kentang
800 gm kentang (kupas kulit, didadu, lalu direbus ¾ empuk dgn sedikit garam)
4 biji bawang besar (dipotong dadu)
6 sudu besar rempah kari daging Babas (bancuh dgn sedikit air)
300 gm daging lembu/kambing (potong kecil-kecil, direbus hingga ¾ empuk)
secukup minyak untuk menumis
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula (optional)
sedikit daun sup/bawang

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dadu dan tumis hingga bawang layu. Kemudian masukkan rempah kari tadi dan biarkan sebentar hingga rempah garing. Masukkan pula daging dan kacau sebentar. Setelah itu, masukkan kentang, garam dan gula. Biarkan sebentar dan kacau sekali sekala. Kalau perlu, bubuh sedikit air untuk daging dan kentang empuk. Bila daging dan kentang dah empuk sepenuhnya, masukkan daun sup/bawang dan gaul
rata. Sejukkan sebelum digunakan.



Pandan Kaya Cake, Steamed Coconut Blossom Cake

Pandan Kaya Cake
700 gm tepung Optima
50 cc jus daun pandan
10 biji telur
150 cc santan pekat
sedikit pewarna hijau
Cara:
Pukul tepung, telur dan jus pandan bersama sehingga pekat. Masukkan santan pekat dan pewarna hijau lalu dikacau rata. Bakar di dalam 2 loyang berukuran 12 x 12 x 1½ inci yg telah dialas dgn kertas dan digris; dgn suhu 180 darjah celsius selama kira-kira 20-25 minit. Sesudah masak, sejukkan kek ini sebelum disapu dgn custard glaze.

Custard Glaze
2 cawan air
½ cawan gula
1 sudu besar instant jelly
1 cawan susu segar (atau santan pekat)
60 gm tepung jagung
Cara:
Masak gula bersama air hingga mendidih. Masukkan 1 sudu besar instant jelly. Kacau rata. Sementara itu, campurkan susu segar(santan) dgn tepung jagung dan pewarna hijau. Bila bahan instant jelly mendidih, masukkan bahan tpg jagung ini. Kacau sehingga bahan ini menjadi pekat dan berkilat. Ambil satu bahagian kek dan sapukan custard glaze ke atasnya dan tindihkan dgn kek yg satu lagi. Sapukan rata-rata lebihan custard glaze tadi di permukaan dan sekeliling kek ini dan buatlah pattern/design mengikut pilihan dan citarasa anda. Pada sekeliling kek ini bolehlah di hias dgn kepingan2 badam (almond slices) atau dessicated coconut.
Steamed Coconut Blossom Cake
2 biji telur sejuk
300 gm tepung Softasilk
1 sudu teh baking powder
150 gm santan pekat
1 sudu makan Ovalette
50 gm air pandan
250 gm gula pasir

Peraturannya
Satukan semua bahan-bahan di atas di dalam mangkuk dan pukul dengan high speed selama 7 –10 minit atau hingga pekat. Masukkan pewarna hijau dan kacau rata-rata. Masukkan adunan dalam mangkuk-mangkuk kecil yang dialas dengan kertas. Bubuh inti kelapa yang telah dimasak bersama garam, gula melaka & sedikit gula pasir. Kukus hingga masak selama 15 minit.

Friday, September 08, 2006

Kek Kukus, Kek Lapis Cempedak & Kek Prune

Kek Kukus
Bahan-Bahan
16 oz mentega
2 cawan gula
6 biji telur
2 sudu kecil esen orange
2 sudu kecil vanilli
500 gm tepung gandum*
4 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil bicarbonate of soda* (* diayak bersama)
500 gm kismis (atau mixed fruit)
1 biji buah pala parut
2 cawan gula (untuk dijadikan gula goreng)

Cara:
Mentega dan gula dipukul hingga kembang. Telur dimasukkan satu persatu dan terus pukul. Bubuh esen orange & vanilli dan masukkan tepung ke dalam adunan ini. Kemudian masukkan pula kismis, buah pala lalu dikacau rata. Akhir sekali masukkan gula goreng dan kacau rata-rata dgn cepat. Tuang ke dalam loyang yg telah dipanaskan dan tutup dgn aluminium foil sebelum dikukus selama kira-kira 4 jam.
..........teringat citer sedih bila pertama kali buat kek ni!



Kek Lapis Cempedak
Bahan-Bahan
15 biji kuning telur
10 biji putih telur
21 oz mentega
14 oz gula
8 oz isi cempedak (cincang halus)
6 oz tepung gandum
¾ sudu teh baking powder
¼ tin susu pekat
1 sudu teh vanilli

Cara:
Pukul mentega , vanilli dan susu pekat hingga kembang. Masukkan isi cempedak dan dipukul lagi hingga sebati. Ketepikan……….. BAHAN A
Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga pekat. Masukkan kuning telur sebiji-sebiji dan pukul lagi…...…BAHAN B
Satukan BAHAN A dan BAHAN B dan dikacau rata-rata.
Akhir sekali , masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Kacau hingga sebati. Bakar selapis-selapis hingga selesai adunan. ..............resepi fr kak Imah (a former colleague)- tested.


Kek Prune
Bahan-Bahan
100 gm buah prune
1 cawan air
50 gm kacang walnut
50 gm badam
50 gm gajus
120 gm gula halus
180 gm mentega
150 gm tepung Hong Kong
6 biji telur (putih & kuningnya diasingkan)
200 gm mixed fruit
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilli

Cara:
1. Buah prune direbus dgn 1 cawan airdan dilecek hingga halus. Sejukkan.
2. Semua kekacang dipotong kasar-kasar.
3. Gaul putih telur bersama kekacang, mixed fruit dan prune tadi. Ketepikan.
4. Pukul mentega, vanilli dan gula hingga kembang.
5. masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga pekat.
6. Campurkan adunan prune tadi ke dalam adunan mentega lalu dikacau rata.
7. Masukkan tepung yg telah di ayak dgn baking powder tadi. Kacau hingga adunan sebati.
8. Tuang ke dalam loyang kek dan bakar selama kira-kira 50 minit - 1 jam dengan suhu 180
darjah Celsius. .......... tested - sejenis kek buah yg lembut dan enak.

Tart Keju, M&M Cookies & Cheese Straw

Tart Keju
Bahan-Bahan Pastry
450 gm mentega
3 biji kuning telur
100 gm keju (Kraft)-parut & lecek halus
1 sudu teh vanilli
1 kg tepung gandum
1 biji putih telur
100 gm gula halus

Bahan-Bahan Intinya
4 biji nenas
(diparut, jgn buang airnya. Masak hingga kering dgn 3 ketul gula batu, 2½ cawan gula kasar)

Cara
Mentega, kuning, putih telur, gula halus, keju dan vanilli digaul dengan tangan hingga sebati lalu masukkan tepung. Uli hingga rata. Kemudian, canai seperti tart biasa dan masukkan inti. Hias dgn citarasa sendiri lalu dibakar hingga masak. ...
(resipi dari Ceria keluarga)


Biskut Cokelat M&M
1
biji telur
200 gm mentega
150 gm tepung jagung
50 gm badam kisar
150 gm gula tepung (powder sugar)
200 gm tepung gandum
80 gm tepung Optima
secukup chocolate chips dan M&M untuk hiasan
sedikit badam cincang

Cara:
Mentega, telur dan gula dipukul hingga rata.
Masukkan tpg gandum, tpg Optima, tpg jagung, badam kisar dan cincang lalu gaul hingga rata. Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan lalu hiaskan dgn chocolate chips dan M&M (jgn terlalu besar kerana adunan akan mengembang bila dibakar). Bakar hingga masak dgn suhu ketuhar yg sederhana

..... (resipi dari Ceria Keluarga)- anak2 pasti suka makan dan....suka tolong jugak buat cookies nie! sbb senang membuatnya.

Cheese Straw
400 gm plain flour
100 gm cornflour
250 gm butter
250 gm cheese (grated)
1 egg (beaten)
pinch of salt & pepper

Method
Mix both flours together with pepper and salt. Add butter (rub-in method) and add in the grated cheese. Mix all the ingredients well and then add in the beaten egg. Roll the dough and cut into desired shape and glaze with egg yolk (optional). Bake till golden brown.

..................crunchy, recipe from my cousin Kak Aini

Me & My Kenwood

A'kum semua... Salam ukhuwah dari saya. Inilah pic saya waktu muda2 dulu, hehehe. Sekarang dah tua kot!!!.... Anyway, sepanjang penglibatan saya dalam bidang masak ni, tak teringat pun nak petik gambar banyak2 utk dijadikan koleksi yg boleh dikongsi bersama. Mentelah pula dulu mana ada blog camni. Komputer peribadi pun tak terbeli... Kalau ada gambar pun, rasa-rasa ..entah kat mana saya taruk/simpan eh.. Jadi, mintak maaf yer jika saya postkan resipi kat sini tidak beserta gambar. Insya'allah, kalau ada fotonya dimasa akan datang, akan saya postkan kat blog nie.
A little about myself


My Trustworthy Kenwood Major Mixer

Nasi Briani Untuk Mereka Yg Nak Masak Secara Ringkas

Ha, Kalau rasa malas sgt atau takde masa nak masak nasi briani secara tradisional/biasa, bolehlah cuba beli Bryani (Rice & Spice Mix) nie! Tak mahal, sekotak S$2.90 jer. Kemudian belilah bahan2 lain seperti daging/ayam. Cuma pada pandangan saya, kurangkan sedikit kemasaman dlm rempahnya. Rasanya OK gaklah, walaupun tak outstanding jika dibandingkan jika dimasak dgn menggunakan rempah ratus dan bahan sendiri.

Wednesday, September 06, 2006

Nasi Briani

Saya telah mempelajari membuat Nasi Briyani semasa usia saya 20an thn. Saya mempelajarinya dari seorang teman sekerja yg keluarganya memang ahli dlm bidang ini. Di samping itu juga saya menimba ilmu dan mencuba resipi Nasi Briyani dari berbagai sumber. Saya telah memberanikan diri untuk mencuba memasaknya bermula dari kendhuri-kendhuri kecil hinggalah saya diberi kepercayaan untuk menyiapkan Nasi Beriani ini sewaktu majlis upacara akad nikah kakak saya dan juga di majlis pertunangan abang saya (utk kira-kira 200 org tetamu). Bayangkanlah betapa ghairahnya saya hinggakan saya berhasrat utk memasak sendiri utk majlis Reception di hari perkahwinan saya!! Anyway, di sini saya sertakan resipi Nasi Beriani Lapis yg telah saya pelajari.

NASI BRIANI LAPIS (KAMBING/LEMBU)
2 kg beras briani
2 kg daging kambing/lembu
500 gm minyak sapi QBB
300 gm bawang kecil (dihiris, digoreng)
600 gm bawang besar (dihiris)
500 gm tomato (dihiris halus)
100 gm halia
80 gm bawang putih
50 gm badam
50 gm gajus
1 tin sederhana tomato puri
½ tin susu cair
½ botol air mawar
50 sen rempah tumis
sedikit daun pandan
50 sen daun pudina
50 sen daun ketumbar
$2 rempah beriani
¼ cawan tairu
sedikit koma-koma
100 gm lada hijau
1 biji limau nipis
sedikit pewarna kuning
sedikit garam kasar

PERATURANNYA
Goreng bawang kecil dengan menggunakan minyak sapi. Setelah itu minyak sapi tadi diketepikan. Halia, bawang putih, lada hijau, badam dan gajus hendaklah dikisar hingga halus secara berasingan.

Masukkan minyak sapi tadi ke dalam sebuah periuk. Kemudian masukkan daging, bawang besar hiris, tomato, daun pudina, daun ketumbar, halia, bawang putih, lada hijau, tairu, rempah tumis daging dan garam. Masaklah di atas dapur sehingga mendidih. Apabila daging ¾ masak, masukkan bawang goreng dan kacau rata. Kemudian masukkan tomato puri dan biarkan mendidih lagi. Selanjutnya, masukkan rempah beriani, kacau dan tutup biar mendidih. Sesudah itu rasalah masam masinnya.Kalau kurang masamnya, bolehlah ditambah dengan perahan air limau nipis tadi. Akhir sekali, masukkan badam, gajus dan pewarna kuning lalu dimasak sebentar. Kemudian ceduklah minyak yang terdapat pada daging beriani tadi untuk dilapis pada nasi.

UNTUK MEREBUS BERAS
Kosek beras dan rendam kira-kira 10 minit lalu ditoskan. jerang air secukupnya di dalam sebuah periuk bersama 1 batang kayu manis, 5 bunga cengkih dan 3 biji pelaga, daun pandan dan garam. Apabila air mendidih, masukkan beras dan dikacau sekali sekala. Setelah beras 3/4 masak (keadaan seperti biji limau), diangkat dan ditoskan kepada 3 bahagian.


UNTUK MELAPIS BERAS DAN DAGING
Ceduk minyak yang berada pada daging bersama 2 senduk kuah beriani lalu dicampur dengan susu cair. Jika minyaknya kurang, bolehlah ditambah sedikit minyak sapi. ……………Bahan A

Koma-koma direndam dengan ¼ cawan air. Setelah itu , campurkan dengan air mawar dan sedikit pewarna kuning. …….………. Bahan B

Panaskan periuk dan dibubuh sedikit minyak sapi. Taruh 1 bahagian beras, diratakan dan dibubuh daging beriani di atasnya. Taburkan sedikit daun ketumbar dan direnjis dengan Bahan A dan Bahan B.

Ulang proses ini sehingga ketiga-tiga bahagian beras tadi selesai. Tutup periuk dan dibubuh bara arang di atasnya jika perlu. Kecilkan api dan biarkan nasi masak kira-kira ½ jam.

*********************************************************************************
Kalau rajin bolehlah cuba buat rempah briani ini.

Rempah Untuk 2½ kg daging
10 sudu besar ketumbar biji
1½ sudu besar jintan halus
1½ sudu besar jintan kasar
1 sudu besar kas-kas
1½ sudu kecil sajira
5 sudu besar lada merah serbuk

Sangai sebentar semua bahan kecuali lada serbuk; kemudian dikisar.

Saturday, September 02, 2006

Epok-Epok

Hari ini saya menyediakan epok-epok untuk tempahan rakan sepejabat. Setelah pulang dari pejabat dan berehat sebentar, saya pun mulalah menggoreng epok-epok yg telah saya siapkan malam sebelumnya dan simpan di dalam freezer.

Thursday, August 31, 2006

Chocolate Chip Cookies

My daughter wanted to bake choc chip cookies to give to her teachers tomorrow as presents for TEACHERS' DAY. So I helped her in the baking. I have posted the recipe in my blog dated 24 Aug 06. However, I attached herewth again.







Chocolate Chip Cookies
Ingredients
225gms Flour
150gms Butter
150gms Sugar
1 egg yolk
50gms Cashew Nuts
½ teaspoon vanilla
½ teaspoon bicarbonate soda
¼ teaspoon salt
Chocolate Chips

Method
Sift Flour with bicarbonate soda. Beat the Butter and Sugar until fluffy and white (not too fluffy). Add the egg yolk, vanilla and salt to the Butter and Sugar mixture. Fold the Flour in gradually and stir thoroughly. Finally, add the Cashew Nuts and Chocolate Chips. Keep the completed mixture in the freezer. After 1 to 2 hours, it is ready to be baked. You may put in small paper cups or just place it on the baking tray according to your preferred size

(Note : If you double the quantity, do not double the the amt of bicarbonate of soda)

Tuesday, August 29, 2006

Recipes From Other Bloggers

Di sini saya juga menukil resipi-resipi dari Bloggers lain yg menarik perhatian dan selera saya
Selamat mencuba!


Chocolate Chip Cookie (Sis Rossya)

CHOCOLATE CHIP COOKIES
Ingredients :
8 ozs butter
5 ozs castor sugar
1/2 teaspoon bicarbonate of soda
1 teaspoon cream of tartar
a pinch of salt
1 cup Milo
10 ozs self-raising flour
6ozs Hershey's semi-sweet mini chocolate chips
1 teaspoon vanilla essence
1 egg yolk
Method :
1. Beat butter, sugar, salt, vanilla essence, cream of tartar and bicarbonate of soda till creamy.
2. Add in egg yolk and continue beating.
3. Add in Milo and chocolate chips.
4. Finally add in self raising flour.
5. Take a small portion of the dough and arrange on the tray. Leave some space in between

each dough.
6. Bake till golden brown, about 15 minutes.




Chocolate Chip Muffins (Jama Hameed)

Chocolate Chips Muffins
125 gm butter
100 gm sugar
150 gm self raising flour
2 eggs
2 tbsp of cocoa
25 gm dark chocolate - melted using double boiler or microwave
chocolate chips

Method
Mix butter, sugar,egg, cocoa and flour in a mixer then add in the melted chocolate and chocolate chips. Spoon into paper cups and sprinkle more chocolate chips on top. Bake in preheated oven for 15 minutes on 175degrees C.

Makanan Kaum India

Saya memang menggemari makanan kaum India seperti Thosay, Capati, Naan, Beef/Mutton Steak, Bone Steak, Rojak India dan banyak lagi. Kebanyakannya telah saya cuba dan hasilnya Alhamdulillah amat menggalakkan.

Pada kesempatan ini, saya sertakan resipi Bone Steak untuk dikongsi bersama. Kalau anda dah pandai membuatnya, takyah lagi nak pi beli kat Beach Rd tu lerr..


BONE STEAK (SUP TULANG)

Bahan-Bahan
1 kg tulang kambing
1 inci halia - tumbuk
4 ulas bawang putih - tumbuk
1 batang serai (dititik)
1 sudu teh garam
(Campurkan semua bahan di atas di dalam sebuah periuk lalu tuangkan secukup air sehingga tulang nya tenggelam. masak hingga empuk – kira-kira 1 jam )

½ sudu teh lada hitam*
10 tangkai cili kering (atau ikut citarasa)*
4 ulas bawang putih*
1 sudu makan ketumbar*
½ sudu teh jintan halus*
7 ulas bawang merah*

(* dikisar halus )

minyak untuk menumis
¾ botol tomato sos
2 sudu besar pes tomato
1 sudu besar kicap pekat
gula dan garam secukup rasa
1 biji bawang besar (hiris tebal)
1 biji kentang (potong memanjang)
2 biji tomato (potong empat)
sedikit kobis (hiris)
2 batang lada hijau (hiris kasar)
2 biji telur (kocok sedikit)
30 sen daun ketumbar
30 sen daun pudina


PERATURAN
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan pes tomato, sos tomato, kicap, garam dan gula. Sesuaikan rasanya, jgn terlalu masam. Masukkan tulang tadi dan air rebusannya. Kalau air nya kurang bolehlah ditambah lagi. Kacau rata dan biarkan 10 minit. Kemudian masukkan bahan selebihnya. Akhir sekali, masukkan telur dan kacau sedikit hingga telurnya rata dan taburkan daun ketumbar/pudina.


WADEH UDANG

Bahan-Bahannya :
350 gm kacang dhal hitam yg telah dibuang kulit (rendam 1 malam)
500 gm tepung gandum
4 biji bawang besar (potong dadu)
3 tangkai daun kari (dihiris)
1 sudu teh soda bicarbonate atau 1 sudu makan yeast
300 gm udang hidup
1 sudu teh garam
5 batang lada hijau
2 cm halia
1 sudu teh serbuk lada hitam
air secukupnya

Peraturannya :
Kisar halia dan lima batang lada hijau dengan sedikit air.
Kisar kacang dhal sehingga halus. Campurkan semua bahan yang disebut tadi termasuk bawang dadu, daun kari, garam, soda bicarbonate dan serbuk lada hitam. Adun sehingga rata semuanya.

Perapkan adunan ini selama 3 jam. Dengan tangan yang basah, ambil sedikit adunan dan bulatkan seperti donut. Letakkan udang pada adunan itu lalu digoreng dengan minyak yang banyak.

[ Resipi ini adalah dari seorang Guru Masak (Kak Intan) dan saya telah pun mencubanya]

Monday, August 28, 2006

Kek-Kek Lapis

Membuat kek lapis memerlukan kesabaran, kemahiran dan resepi yg tepat sukatan dan bahannya. Kesabaran kerana ...sebiji kek ini memerlukan kira-kira satu setengah hingga 2 jam masa membakar. Kemahiran pula diperlukan untuk melapis kek tersebut agar lapisan-lapisan kek kelihatan cantik dan sama rata paras setiap lapis. Percubaan saya membuat Kek Lapis Rempah pada sekitar lewat tahun 1980an dahulu bersama arwah ibu saya gagal memberikan hasil yg kami ingini walaupun kami telah mengikut setiap peraturan yg diberikan dalam resipi tersebut. Namun setelah beberapa tahun mencuba, akhirnya saya berjaya membuatnya.

Bila saya kaji semula resipi yg saya gunakan dahulu, saya merasa kecewa kerana saya dapati ianya tidak tepat dan sememangya tidak akan memberi kejayaan kpd sesiapa pun yg mencuba. Inilah yang dikatakan 'ingin mengajar tetapi tidak ikhlas'. Insya'allah hampir semua resipi yg saya berikan di sini telah saya cuba dan jika anda mengikut dgn betul peraturannya, anda akan beroleh kejayaan.

Di antara kek-kek lapis yg telah saya hasilkan ialah Lapis Bumbu(Rempah), Lapis Prune, Lapis Aiskrim Strawberry, Lapis Chocolate Hazelnut, Lapis Durian, Lapis Coffee Princess dan banyak lagi. Di sini saya sertakan resipi Lapis Prune dan Lapis Rempah yg merupakan "kek lapis yang evergreen". Selamat mencuba...


KEK LAPIS PRUNE
Bahan-bahannya

20 biji kuning telur
5 biji putih telur
12 oz gula halus
16 oz mentega
5 oz tepung Hong Kong
3 sudu besar susu pekat
7 oz buah prune (digunting2)
1 sudu teh baking powder

1 sudu teh serbuk vanilli
Peraturannya:


Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur. Kacau rata-rata lalu masukkan tepung sedikit demi sedikit. Bakarlah selapis-selapis hingga selesai; setiap lapisan gunakan 2 senduk adunan.
Taburkan prune pada setiap lapisan genap.




KEK LAPIS REMPAH

Bahan-bahannya:

20 biji kuning telur
5 biji putih telur
12 oz gula halus
18 oz mentega
5½ oz tepung Hong Kong
½ tin susu pekat
2½ oz badam kisar
1 botol rempah kuih
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilli

Peraturannya:


Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur. Kacau rata-rata lalu masukkan tepung sedikit demi sedikit. Masukkan badam dan rempah kuih. Kacau hingga rata dan sebati.
Bakarlah selapis demi selapis hingga masak.