Permintaan dari Wahida
AIR KATHIRA(Minuman kegemaran orang Islam India Selatan)
-sumber resipi : Puan Zarina Ibrahim
BAHAN-BAHANNYA:
Disediakan lebih awal:
Sirap:
Didihkan 2 cawan gula dalam 3 cawan air.
Masukkan 1 helai daun pandan, hingga larut gulanya.
1 cbsr kathira - direndam semalaman, buangkan kekotoran dan ditapis.
Dibilas dengan air masak, ditapis lagi.
10 butir kembang semangkuk - direndam semalaman buangkan biji dan kulit.
Ditapis, bilas dengan air masak dan ditapis lagi.
1 sudu besar rata biji selasih - direndam dalam air masak hingga ia mengembang, kemudian ditapis lagi.
1 tin susu cair (sejat)- 'evaporated milk' - (410 g)
1 cawan sirap
6 cawan air
1 sudu teh air mawar
CARA MEMBUATNYA:
Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan katira, kamang semangkuk dan biji selasih. Tuangkan sirap, air susu dan air mawar. Dikacau rata. Masukkan
ketulan air batu atau air batu yang dihancurkan dan dihidangkan.
NOTA:
Biji Selasih -boleh didapati dari kedai India atau dari gerai peniaga Cina yang menjual makanan kering di pasar.
Kembang semangkuk - boleh didapati dari kedai sinseh Cina
Kathira - dapatkan dari kedai peniaga India. Orang-orang Islam gemar minum katira semasa bulan puasa.
18 comments:
BR, jika saya ke kedai cina untuk membeli kembang semangkuk, boleh BR terjemahkan dalam Inggeris apakah itu kembang semangkuk? Tq!
mana la rupanya air kathira tu?
teringin nak tgk...
Selamat berpuasa buat bro sekeluarga.
Mama memang cukup suka minum air kathira ni, tapi yang beli kat PaRam la... buat sendiri, tak pernah pulak...
thanks a lot for this resepi bro! dok jejauh camni kenalah bt sendiri huhu
BR > anonymous
Kebanyakan kedai sinseh Cina, mereka tau kalau kita sebut dlm bahasa Melayu.
BR > IdzaRis79
Insya'allah nanti saya updatekan pic nya
BR > MamaFami
Selamat Berpuasa buat Mama & famili too ya! Kat sini, kdg2 air kathira yg dijual tu tk menepati citarasa kita. Nasib2 lah.
BR > Daffodil
You're welcome sis. Takpe, buat sendiri, ilmu pun bertambah kan..
baru semalam hosmet Mal buatkan air ni.. ingatkan air tradisional org Jawa, sebab hosmet tu org Jawa.. hehe.. memang sedap air ni. =)
nama lain bagi kathira yg sy selalu panggil getah anggur.
BR > Amalina
Heheh...air minuman asal orang2 India (seperti kata siempunya resipi). Tp dah sebati dgn orang2 Melayu (Jawa, Bawean, etc) kita di Spore/Msia ni.
BR > Needa
"Getah Anggur" ? heheh, 1st time dengar. Apa pun, nama tk penting sgt kot. Janji sedap!!
air katira bro ni warna merahla ye? di pasaran ada banyak warna, hijau, putih dan kuning...
Anonymous,
Selalunya kalau katSpore ni, air khatira ni selalunya warna putih susu iaitu warna asalnya. So far, tk prenah jumpa warna lain lah kalau di sini.
Salam...nk tya kt mane boleh dapat bahan air mawar tu??
Katira tu pulak amenda??
Photos will be good..
Assalam..saya dh try resepi ni...mmg sedap..terima kasih tuan punya resepi :)
Post a Comment