Niat di hati nak berbuka puasa dgn pizza yg pelbagai perisa seperti daging, tuna dan ayam. Namun di saat2 akhir, oleh kerana kesuntukan waktu, saya terus jer buat pizza ayam. Kebetulan, anak bongsu saya nak cuba masak mee (nama resipinya pun tak tahu!). So, saya ajaklah dia pi supermarket dan belikan bahan2 yg diperlukan.
Dahtu sukatan pun takde, main agak2 jer. Semasa masak tu, diapun berkata, nanti lepas tumis bahan2 rencah mee ni dan sebelum dimasukkan mee kuningnya, papa bolehlah rasa eh... Saya pun tercengang sekejap. Ishh, ishh, akukan puasa, camner nak rasa? Rupa2nya dia suruh rasa selepas masuk waktu berbuka, sebelum dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa. Hah..bila siap mee yg dimasak tu, rasanya seperti mee jepun/sukiyaki (kicap) yg pernah saya postkan resipinya kat blog. Bolehlah tahan... anak dara aku masak. cuma, gambar lupa lak nak snap!
Anyway, resipi pizza ni pun main campak2 aje, almaklum sajalah bulan puasa ni, camner nak rasakan? Sebelum bermula, bacalah bismillah banyak2 semoga semuanya ok. Oleh kerana masa dah lewat, malas pulak nak buat di dulang pizza yg biasa dan sederhana besarnya. Saya gunakan 2 dulang yg besar, abis cerita! ringkas. But of course, tak habislah semua pizza tu waktu berbuka. Lebihannya boleh dimakan waktu bersahur...
So, this is the pic.


Terdapat pelbagai resipi Pizza. Di sini saya berkongsi satu resipi yg mudah dibuat ya. Kalau xde masa, skarang ni pun dah ada yg ready-made. Beli jer. Intinya anda boleh mempelbagaikan mengikut citarasa anda sendiri.
PIZZA AYAMBahan-Bahan300 gram tepung gandum/roti
20 gram yis segar atau ½ sudu besar yis segera
2 sudu teh gula halus
1 sudu teh garam
1 cawan air suam-suam panas
1 sudu teh bread improver/softener (optional)
1 sudu besar minyak zaitun
PeraturanAyak tepung bersama bread improver/softener. Masukkan garam, kacau rata. Kemudian, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Buatkan lubang di tengah-tengahnya, taruh yis, gula dan sedikit air tadi. Kacau yis, gula dan air tadi sehingga sebati. Taburkan sedikit tepung ke atasnya. Biarkan selama 10 minit sehingga campuran yis tu berbuih sket. Setelah itu, uli tepung dengan lebihan air tadi dan minyak zaiton; sehingga lembut dan sebati. Perap selama 15 minit. Bahagikan adunan kepada
2 bahagian.
Bahan-Bahan untuk Intinya350 gram isi ayam
1 sudu besar serbuk ketumbar
½ sudu teh serbuk jintan halus
½ sudu teh serbuk jintan kasar
1 btg serai
2 ulas bawang putih
½ inci halia
2 hiris lengkuas
1 sudu teh kunyit
2 sudu besar gula pasir
(kisar semua bahan dan perap bersama isi ayam sebentar)minyak secukupnyaCaraPanaskan minyak dan tumis isi ayam yg telah diperap. Bubuh garam dan sedikit lagi gula jika perlu. Masak sehingga ayam empuk. Angkat dari api.
Bahan-Bahan Lain2 btg sosej ayam (potong ikut suka)
1 tin kecil cendawan butang (dipotong ikut suka)
300 gram keju Mozarella (diparut halus) –lebih pun takpe, sedapp…
2 biji bawang besar (dibiris bulat-bulat)
3 biji tomato (dipotong ikut suka)
secukup lada benggala (hijau/merah/kuning)
Bahan-Bahan untuk Sambal1 biji bawang besar (saiz besar) }
2 ulas bawang putih } ……..dikisar halus
½ cawan lada kering kisar /lada boh
2 sudu makan sos tomato
1 sudu teh tomato puri
sedikit oregano
sedikit garam, gula dan sedikit air
PeraturanTumis bawang besar, b.putih dgn lada kisar sehingga garing. Masukkan sedikit air, tomato puri, sos tomato, garam dan gula. Kacau hingga sebati dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda- nak masam lebih ke, manis ke.. Kemudian barulah diangkat dari api.
Cara Membuat PizzaAdunan roti tadi dicanai leper setebal kira-kira ½ cm. Taruhkan ke dalam 2 dulang Pizza lalu disapukan dengan sambal. Seterusnya taburkan dengan sedikit parutan keju. Lepas tu, taburkan isi ayam, sosej dan cendawan. Kemudian, susun bawang besar, tomato dan lada benggala hijau/merah di atasnya. Akhir sekali, tabur lebihan parutan keju tadi . Bakar didalam ketuhar selama 20 hingga 25 minit dengan sukatan suhu 180 -200 C. Dihidangkan panas-panas.