Lupa pulak nama si requestor heheh... Apa pun, selamat mencuba.
KUIH JAMBANG
(sumber : Hjh Senesah Abd Rahman, Foto : Buku ALMAS)
BAHAN
500 gram tepung beras
30 gram tepung gandum
2 biji telur kecil
850 ml air
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Minyak untuk menggoreng
Secukup inti sambosa, atau inti popiah
Sedikit daun bawang, daun sup dan hirisan lada merah
Sedikit sos cili
Acuan kuih jambang
Cara :
Kedua-dua tepung diayak dalam mangkuk. Ketepikan.
Telur, garam dan pewarna kuning dikacau rata. Tuangkan 1/2 bahagian air, ratakan, lalu dimasukkan sedikit-sedikit kedalam mangkuk tepung, sambil mengacau sehingga adunannya sebati. Tambah baki air kedalam adunan sehingga menjadi cair dan tapis.
Gunakan kuali kecil ukuran 10". Tuangkan minyak 1/2 kuali. Panaskan acuan jambang didalam minyak tersebut. Keluarkan acuan itu sebentar, supaya tidak terlalu panas, lalu celupkan kedalam adunan dan goreng dengan api yang sederhana. Acuan hendaklah dienjut-enjutkan sehingga adunannya menjadi kekuning-kuningan, baru boleh dilepaskan dan ditolak perlahan-lahan dengan lidi. Apabila menggoreng, ratakan sehingga berwarna perang. Angkat dan toskan.
Isi kelongsong ini dengan inti daging, seperti inti sambosa atau sayuran sengkuang seperti inti popiah. Hiaslah diatasnya dengan daun bawang atau daun sup serta lada merah dan sos cili.

Salam Abg Rozzan,
ReplyDeleteTerimakasih kerana mengongsi resipi ini. Tak pernah saya jumpa resipi seperti ini dan sangat teruja untuk mencubanya. Boleh tak abg rozzan tunjukkan gambar kelongsong yang digunakan? Di mana saya boleh dapat membelinya?
terimakasih daun keladi,
nur@melbourne
Salam bro
ReplyDeleteI baru buat kuih pai tee ni, tapi tak cantik sebab selepas lucut dari acuan nya, ia menjadi leper tidak bulat, mungkin saya lucut kan nya terlalu awal, belum kuning lagi?
dahlia
first time dengar kuih jambang biasa memang panggil pai tee. anyway blog you adalah blog yg sangat jujur.
ReplyDeletehello. boleh tak resipi kuih lapis nutella, warna tukar merah & hijau. mcm kuih lapis sarawak???
ReplyDeleteBR > nur@melbourne
ReplyDeleteWS. Saya dah update pic acuan kuih pie tee ni. Cuba lihat ya. Kalau kat Spore atau Msia rasa saya no problem utk mendapatkkannya. Mekasih kembali
BR > dahlia
ReplyDeleteWS. Yup, saya rasa itu sbbnya. You kena siram2 minyak kat kelongsong kuih sewaktu ia sedang masak. Bila dah hampir keras, barulah di kuis dgn lidi dan ditanggalkan drpd acuannya. Cuba lg lah, jgn putus asa k.
BR > kakdacookies
ReplyDeleteMekasih kak sudi berkunjung ke sini.
BR > Kak Zai
ReplyDeleteInsya'allah boleh kak. Kita yg buat dia...
Terimakasih di atas gambar acuan pie tee. Rasa2nya memang tak ada di Melbourne. :( Tapi nanti akan diusahakan melalui cara yang lain. Barakallah Fik ... semoga Ramadan ini lebih bermakna bagi Abg Rozzan sekeluarga, Insya Allah
ReplyDeleteNur@melbourne
BR > Baitijannah
ReplyDeleteNo problem sis, you're welcome. Selamt berpuasa buat anda sekeluarga di sana ya.
Salam,
ReplyDeleteSemoga Abg sentiasa dirahmati Allah kerana sudi berkongsi resepi secara jujur...teruskan usaha murni mu itu...