Monday, August 03, 2009

Permintaan Resipi - REMPEYEK

Permintaan resipi dari Emma.... Cuba jgn tak cuba ya!



REMPEYEK
(sumber : Pn Zahrah Roziz, Foto: ALMAS)

BAHAN
600 g tepung beras cap gajah
500 g kacang tanah
200 g ikan bills
1 biji telur
1000 ml santan dari 500 g kelapa parut (ketepikan 300 ml dalam mangkuk kecil)

(Dikisar kasar)
1/2 sudu teh air kapur
2 biji bawang putih
100 g udang kering
5 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan halus
1 sudu makan jintan kasar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


CARA
Gaul rata tepung, telur, bahan kisar, garam dan 700 ml santan.

Masukkan air kapur dan gaul lagi sehingga rata. Jika adunanya pekat curahkan sedikit sedikit santan yang diketepikan, sehingga cantik adunanya.

Panaskan minyak didalam kuali 3/4 penuh. Ambil sedikit adunan dan masukkan kedalam mangkuk, masukkan sedikit kacang tanah dan ikan bills. Bancuh sehingga rata.

Ambil satu senduk kecil adunan tersebut dan tebarkan ditepi kuali. Ia akan perlahan-lahan melurut kedalam kuali. Jika adunanya tidak melurut, perlahan-lahan tolakkan dengan sudip tipis supaya melurut.

Gorenglah sehingga kacangnya garing dan warnanya coklat muda. Angkat dan toskan.


PANDUAN
Sebaik-baiknya gunakan satu kuali khas untuk menggoreng rempeyek sahaja. Kuali rempeyek ini tidak boleh digunakan untuk menggoreng atau memasak lauk pauk yang lain. Inilah petua mereka yang sering membuat rempeyek.

No comments:

Post a Comment