Sunday, May 31, 2009

GUBAHAN KEK LAPIS




Atas permintaan seorang teman sepejabat.... Kek Lapis Sarawak untuk dijadikan hantaran sewaktu majlis pertunangan. Harap2 menepati citarasa anda ya kak!




Friday, May 29, 2009

KROKET SINGKONG




KROKET SINGKONG

Bahan-Bahan
600 gm ubi kayu (direbus hingga empuk)

2 sudu makan udang kering (rendam) }
2 sudu makan ikan bilis (rendam) } ..ditumbuk halus

garam secukup rasa
1 sudu teh gula
1 sudu makan bawang goreng
sedikit daun sup/bawang

1 paket sosej (potong 3 setiap satu) –di panggang sebentar

2 biji telur (dikocok sedikit, bubuh sket garam)
secukup serbuk roti (breadcrumbs)
minyak utk menggoreng


Cara

1. Ubi direbus dan dilecek hingga halus. Bubuh udang kering & ikan bilis tumbuk, garam, gula, bawang goreng dan daun sup/bawang. Gaul hingga rata.

2. Ambil sedikit adunan dan buat bebola lalu leperkan. Bubuh satu potong sosej ke dalamnya dan tutup dgn rapi. Kemudian, celupkan dgn telur dan golekkan atas serbuk roti sehingga rata.

3. Goreng kroket ini di dalam kuali berisi minyak yg cukup hingga kekuningan. Angkat dan toskan di atas kertas serap minyak. Hidangkan dgn sos cili.


Nota:

Kalau anda tk gemarkan udang kering atau ikan bilis, bolehlah tukarkan kpd daging cincang/kisar yg disangar dgn sedikit minyak, garam dan serbuk lada putih.

Selain inti sosej, anda boleh tukarkan kpd telur burung rebus atau inti epok-epok/karipap.

Jika anda tak gemar dgn ubi, tukarkan kpd kentang (seperti buat bagedel kentang).


Thursday, May 28, 2009

DAGING GORENG BLACKPEPPER



DAGING GORENG BLACKPEPPER

600 gm daging goreng/batang pinang
(rebus dgn secukup air hingga ¾ empuk. Lebihan air rebusan jgn dibuang)

Bahan Kisar
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 sudu teh lada hitam

3-4 sudu besar sos lada hitam (blackpepper)
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
secukup air (1-2 cawan, dari lebihan air rebusan daging tadi)
sedikit minyak bijan (beberapa titik)
1 sudu besar gula (atau secukup rasa)
garam secukup rasa
1 senduk minyak masak (utk menumis)

2 biji kentang (dikupas kulit, potong wedges & digoreng)
2 biji tomato (dibelah 4 setiap satu)
4 btg lada hijau (dibelah dua atau tiga memanjang)
1 biji bawang besar (dipotong gegelang dan digoreng sebentar)

Cara

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing. Bubuh sedikit air jika perlu. Kemudian masukkan daging bersama air rebusannya sekali.

2. Masukkan pula sos lada hitam, kicap manis, sos tiram, minyak bijan, gula dan garam. Gaul rata dan biarkan sehingga daging empuk. Kalau kuah agak kering, tambah sedikit air lagi. Sesuaikan rasanya dgn citarasa anda.

3.Masukkan kentang, lada hijau, tomato dan gegelang bawang. Kacau rata dan biarkan sebentar sebelum dimatikan api. Boleh dihidangkan dgn roti atau nasi.



Tuesday, May 26, 2009

ROTI KOBIS

Terdapat beberapa resipi roti kobis dalam simpanan saya. Namun di sini, utk memenuhi permintaan kak ana, saya serta resipi yg saya tukil dari Buku ALMAS di mana resipi2 yg dipaparkan, Insya'allah, boleh dipercayai.



ROTI KOBIS
(sumber resipi/foto - Hajjah Faridah Begum Abd Shukur/Buku Masakan ALMAS)

BAHAN "A" - INTI
1 sudu makan rempah kurma
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan halus (biji)
1 sudu makan jintan manis (biji)
1 ibu jari kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
3 biji bawang putih
1 ibu jari halia
(kesemua bahan dikisar halus)

300 gm daging cincang, dicuci dan ditoskan
2 biji bawang besar, didadu
Hirisan daun sup dan daun bawang secukupnya


CARA MEMBUAT INTI
Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan daging, gaul rata dan tumis sehingga kering. Masukkan bawang besar dan masak selama 15 minit. Masukkan daun sup dan daun bawang. Gaul rata dan masak selama 10 minit lagi. Setelah masak matikan api dan ketepikan.


BAHAN "B" - DOH
300 gm tepung gandum
2 sudu makan minyak sapi
1/2 gelas air
1/2 sudu teh garam
(kesemua bahan disatukan dan uli hingga lembut)

5 biji telur, dikocok
Minyak yg banyak utk menggoreng


BAHAN "C" - HIASAN
5 btg lada hijau, dihiris
5 btg lada merah, dihiris
Daun salad dan timun secukupnya


CARA MEMBUAT ROTI KOBIS

Panaskan minyak yang banyak didalam kuali. Ambil sedikit tepung dan canai sehingga menjadi bulatan 7 cm. Ketepikan. Ambil lagi sedikit tepung dan canai hingga menjadi bulatan 10 cm. Buat lagi beberapa bulatan, setiap kali ukurannya bertambah 3 cm.

Taburkan sedikit inti dipermukaan bulatan pertama 7 cm dan tuangkan 2 sudu makan telur. Bulatkan seperti kuih pau. Goreng sehingga kekuning-kuningan, angkat dan ketepikan. Letakkan roti yang baru digoreng tadi diatas bulatan doh kedua 10cm. Sapukan telur dipermukaan doh, tabur sedikit inti dan bulatkan seperti kuih pau lagi. Goreng hingga kekuning-kuningan dan angkat.

Buat cara yang sama kepada doh yang lain, sehingga menjadi bebola besar. Semasa menghidang, belah rotinya, yang berkelopak seperti kobis dan hias cantik. Enak di makan dengan sos cili.

Monday, May 25, 2009

Permintaan Resipi - STEAM BOAT

Sementara saya tak dapat update blog dgn masakan/juadah yg saya buat sendiri, saya cuba memenuhi permintaan resipi yg anda-anda request. Itu pun kalau dapat saya cari lah yer!

OK, resipi Steamboat ni adalah req dari sdri tina. Harap2 ia menepati citarasa anda ya!



STEAM BOAT
(sumber resipi/foto : Hjh Saodah Salleh/Buku Masak ALMAS)

BAHAN "A" - SUP
500g tulang ikan atau tulang ayam
2 mangkuk air
1 sudu teh minyak bijan
1 kiub stok ikan bills
2 sudu teh pes bawang putih
1 sudu teh pes halia
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUAT SUP
Rebus tulang-tulang ikan atau ayam dengan air, dijadikan stok. Setelah mendidih, tapis dan buang semua tulang. Jerang semula stoknya dan
masukkan minyak bijan, kiub ikan bills, pes bawang putih/halia serta garam dan gula secukupnya. Rebus dengan api sederhana. Jika airnya kurang tambah. Sup ini juga
diperlukan untuk mencelur isinya "C" sehingga masak.

BAHAN "B"-SOS
1 sudu makan lada boh
3 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
4 sudu makan gula pasir, boleh dikurang atau dilebihkan
1 sudu makan cuka atau 1/2 cawan perahan air limau kasturi
1/2 cawan air

CARA MEMBUAT SOS
Masukkan semua bahan kedalam periuk dan masak dengan api yang sederhana sehingga pekat dan enak. Taburkan sedikit garam.

BAHAN "C" - ISINYA
500g udang hidup yang sederhana besarnya, kupas kulit dan tinggalkan ekornya
500g sotong hidup, disiang, dibersihkan dan dihiris
Bebola ikan, bebola ketam, crabstick,
Cendawan butang
Sayur-sayuran pilihan

CARA MENGHIDANG
Celur bahan "C" sehingga masak didalam sup/stok "A" yang sedang mereneh. Angkat dan masukkan kedalam mangkuk. Tuangkan supnya dan hidangkanlah dengan sosnya "B."

SALAM

Kebelakangan ni agak sibuk dgn tugas seharian di pejabat dan apabila pulang, terus lepak. Kdg-kdg ada meeting, kdg2 ada OT pulak selepas waktu pejabat. Bila pulang rumah jer, dah lepak. Tupasal kadang2, 2-3 hari baru dapat menatap blog dan menjawab segala pertanyaan yg diajukan, sedaya yg termampu. Heheh, kadangkala, ter"miss" pun ada. Maaf yer! Harap-harap anda faham. Hujung minggu pula, bila nak buat sesuatu, ada je yg perkara lain yg harus dibuat atau diselesaikan.

Seperti dua Ahad yg lalu, pada petang 17 May 09, me & wife sempat pergi ke sambutan Hari Ibu anjuran Persatuan 'Ain yg diadakan di Pacific Ballroom, Hotel Pan Pacific bersama ipar2 saya. Oleh kerana last minute, tak bawak camera pun kerana tak tahu siapa tetamu istimewa pad hari tersebut. Heheh, rupa-rupanya, tetamu undangan ialah penyanyi 70an Junainah M Amin dan pelakon popular Jalaludin Hassan. Apa nak buat, pakai camera HP je lah jawabnya. Nak snap gambar makanan pun lupa tp the food spread so-so lah.



Bersama Junainah M Amin, penyanyi 70an yg masih cute-mute tu...



Bersama pelakon handalan Malaysia, Jalaludin Hassan, yg telah mendendangkan lagu Inggeris, melayu dan Hindi dgn baik sekali.



Bersama dramatis tempatan Cik Rahimah Yusuf.



Nilah, ibu-ibu glamer petang tu.


Dan, pada Sabtu yg lalu pula, saya, isteri dan anak sempat pergi ke lapangan terbang utk sama-sama menghantar kakak dan abang ipar saya yg berangkat menunaikan umrah. Semoga mereka dan juga jemaah2 yg lain diberikan kesihatan dan kekuatan rohani dan jasmani agar dapat menjalankan ibadah umrah mereka khusyuk dan tawadhuk, Insya'allah.



My wife Hjh Ariati, my sis Hjh Hanipah & another sis Hjh Khairati.



Kakak saya Hjh Hanipah Ahmad dan suami beliau Hj Ismail Saleh semasa di airport.

Thursday, May 21, 2009

PERMINTAAN RESIPI - RENDANG KASTURI, KEK NESTUM

Permintaan dari safi, bahasa halusnya rendang kasturi, kalau ckp biasa gendang kasturi.

Rendang Kasturi
(sumber : Pn Hjh Asfiah)

Bahan-Bahan
300 g kacang hijau
800 ml air sejuk
250 g gula melaka
2 sudu makan tepung sagu
2 biji telur ayam, dikacau hingga hancur
1 botol kecil minyak kacang (untuk menggoreng)

Bahan-Bahan Batter:
150 g tepung beras
200 ml air sejuk
sedikit garam
sedikit kapur sirih

Cara

1. Bersihkan kacang hijau. Rebuskan ia dengan 800 ml air sejuk hingga kacang kembang. Sebelum ia kering masukkan gula melaka dan kacau rata-rata hingga pekat. Bila gula dan kacang sudah bersatu campurkan tepung sagu supaya ia kental. Angkat dan sejukkan.

2. Apabila sejuk bentukkan inti tadi bulat-bulat pipih dan aturkan di dalam pinggan.

3. Adunkan bahan-bahan A. Campurkan telur dan kacau hingga menjadi batter.

4. Panaskan minyak di kuali bersama-sama 5 helai daun pandan supaya wangi.

5. Celupkan sebiji inti ke dalam batter, kemudian gorenglah hingga ia garing. Buatlah begini hingga habis. Hendaklah diingat supaya jangan menggoreng terlalu banyak dalam sekali menggoreng.


Permintaan dari seorang visitor yg meminta resipi kek yg menggunakan nestum atau oats, terlupa nama beliau, maaf yer!


Kek Nestum Lemon
(sumber : Puan Betty Saw)

Bahan-Bahan
175 gm mentega, didadu
170 gm gula halus (castor)
Kulit daripada 1 biji lemon, diparut
3 biji telur yang besar
Jus daripada 1 biji lemon
100 gm tepung berserbuk penaik (self-raising flour),
diayak bersama 1 sudu teh serbuk penaik
55 gm bijirin Nestum
2-3 sudu besar susu

Cara
Gris bahagian tepi dan lapis dasar acuan kek 18-cm. Pukul mentega dan gula halus sehingga ringan dan gebu. Tambah kulit lemon dan telur, sebiji demi sebji. Masukkan jus lemon. Kemudian, campur bahan yang diayak bersama-sama bijirin Nestum, kaup dan balikkan. Tambah cukup susu sehingga adunan meleleh dengan mudah dari
hujung senduk. Cedok adunan ke dalam acuan dan ratakan permukaannya. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan 175°C selama kira-kira 1 jam sehingga 1 jam 10 minit atau sehingga kek masak.

Tuesday, May 19, 2009

PERMINTAAN RESIPI - SCONES

Saya terpanggil utk mencuba 'scone' yg sdri nuree sebutkan tuhari yg dijual di restoran segera POPEYE. Kalau tak silap kat menunya scone ni digelar "biscuits". Overall, menu kat restoran ni OK- for a change, asyik pi KFC jer. Cuma we all feel burger Zinger KFC lebih enak compared to Popeye's burger.







Saya cuba carikan resipi scone ni dan kebeulan terjumpa satu resipi scone yg agak2 similar. Tapi saya belum cuba lagi. Maybe nuree nak mencubanya dan feedback. Hopefully, it's to your taste ya.



SKON KEJU
(sumber resipi : Pn Betty Saw)

Bahan-Bahan
240 g tepung berserbuk penaik
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh lada putih serbuk
1 sudu teh garam
60 g keju cheddar parut
45 g mentega, dicairkan
180 ml susu kotak

Glis Telur (dipukul bersama)
1 biji kuning telur
1 sudu teh susu cair, atau ½ sudu teh susu segar


Cara

Ayak tepung, serbuk penaik dan lada putih ke dalam mangkuk. Tambahkan garam dan keju den gaul rata-rata. Campurkan mentega den susu ke dalam campuran tepung. Kacau dengan sudu sehingga menjadi doh lembut.

Alihkan doh ke atas papan canai yang telah ditabur sedikit tepung. Canaikan doh di atas sekeping plastik menjadi setebal 2 cm. Terap menjadi bentuk bulat bergaris-pusat 5 cm.

Bubuh di atas dulang pembakar bergris. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 200- 220°C selama 20 minit sehingga keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan sapukan skon dengan glis telur.



Resipi dari lelaman Knott`s Berry Farm

Knott`s Berry Farm Biscuits
Source: Knott`s Berry Farm

2 cups all-purpose flour
2 tablespoons baking powder
1/2 teaspoon salt
1 teaspoon shortening
1/8 teaspoon baking soda
1 cup + 2 tablespoons buttermilk or 1 cup milk + 1/8 teaspoon vinegar
1/2 cup oil

Method
Sift flour, baking powder and salt into mixing bowl. Add shortening and blend well. Add baking soda to buttermilk, then blend into flour mixture. Place dough on generously floured surface and sprinkle with additional flour. Do not overwork dough. Roll out 1/4 inch thick and cut with 2-inch biscuit cutter. Dip biscuits in oil to cover all sides and place immediately on oiled baking sheet with all biscuits touching. Bake at 500 degrees F for 8 to 10 minutes or until nicely browned.

Monday, May 18, 2009

PERMINTAAN RESIPI - BOL KENTANG

Salam semua. Seberapa terdaya, saya akan cuba memenuhi permintaan resipi yg anda kemukakan. Kepada sesiapa yg permintaannya belum saya penuhi , diharap bersabar yer! Insya'allah kalau ada, akan saya updatekan kat blog. Seperkara lagi, saya juga cuba memberikan kpd anda resipi2 yg sumbernya saya yakin boleh dipercayai , Insya'allah.

Kalau tak silap, sdri marsitah yg request resipi ni..


BOL KENTANG
sumber foto & resipi : Puan Asmah Laili

BAHAN "A"
2 kg kentang, digoreng separuh masak dan tumbuk
100 g biskut tawar, ditumbuk halus
½ cawan bawang goreng, diramas
1 sudu teh lada putih
¼ sudu teh serbuk pala ………(kesemua bahan digaul rata)

3 biji telur
Minyak ……… (Utk menggoreng bol)

CARA UNTUK BAHAN "A"
Kentang yang ditumbuk, dikepal bulat-bulat , ditengahnya diisi inti daging. Pukul telur dengan sedikit garam. Celupkan bol dan goreng sehingga kuning dan garing. Angkat dan toskan.


BAHAN "B" (inti)
600 g daging cincang
2 biji bawang besar, didadu
2 sudu makan rempah kurma
Garam secukup rasa
8 ulas bawang merah dikisar halus
5 ulas bawang putih
½ jari halia
½ jari kayu manis
4 kuntum cengkih
4 biji pelaga
1 sudu teh lada putih
½ sudu teh lada hitam


CARA UNTUK BAHAN "B"
Panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan bahan kisar,
rempah kurma dan tumis lagi sehingga wangi. Masukkan daging cincang dan sedikit garam. Masak sehingga kering.


BAHAN "C" (sup)
500 g tetelan lembu
1 kilo rusuk lembu
2 biji bawang besar, dihiris
3 biji tomato, didadu
3 sudu makan tomato puri
½ jari kayu manis
4 kuntum cengkih
4 biji pelaga
4 sudu makan kicap masin
4 sudu makan kicap manis
Gula dan garam secukup rasa
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 jar halia
1 sudu teh lada putih
1/2 sudu teh lada hitam


CARA UNTUK BAHAN "C"
Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang besar dan tumis sehingga layu. Masukkan bahan kisar, cengkih, pelaga dan kayu manis. Apabila harum baunya, masukkan daging rebus dan tetelan bersama air rebusanya sekali. Tambah lagi air jika perlu. Masukkan kicap masin dan manis, tomato purl, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga dagingnya empuk dan enak rasanya. Masukkan pula tomato dadu.


HIASAN
Secekak daun salad, dihiris
Hirisan timun
Kacang peas
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Sambal cili padi


CARA MENGHIDANG
Letakkan sebiji bol kentang didalam pinggan mungkum. Tuang secukup sup dan hiaslah dengan bahan-bahan hiasan serta sedikit sambal cili padi. Enak dimakan panas-panas.

Friday, May 15, 2009

DALCA AYAM

Sekedar berkongsi resipi Dalca Ayam yg saya buat beberapa hari yg lalu. Saya rasa ramai yg dah tahu camner nak masaknya. Bagi mereka yg belum tahu, cuba lah resipi yg mudah ni.....

DALCA AYAM

Bahan-Bahannya
1 ekor ayam (1.2 - 1.3 kg) - dibersihkan dan dipotong 8 bahagian
150 gm kcang dhal (rebus hingga empuk)

Bahan Kisar
15 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

(Gaul bersama dgn 6 sudu makan (bumbung) rempah kari daging)

1 batang serai (dititik)

3 biji kentang (kupas kulit dan belah 2)
3 biji tomato (dibelah 2)
200 gm kacang panjang (dipotong kecil-kecil, anggaran 1 inci)
1 batang lobak merah (dipotong ikut suka)
1 batang terung ungu ( dipotong ikut suka)
3 batang lada hijau
2-3 senduk minyak masak
3 tangkai daun kari
secukup cengkih, pelaga dan kayu manis
1 biji bawang besar (dihiris)
sedikit air asam jawa
200 ml santan kotak
garam secukup rasa
serbuk perasa (jika suka)


Cara

1. Panaskan minyak dalam periuk besar dan tumis bawang besar, serai, cengkih, pelaga & kayu manis dan daun kari. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga rempahnya garing dan naik aromanya. Bubuh sedikit air jika perlu.


2. Masukkan pula ayam dan 2-3 mangkuk air. Kacau sebentar dan masukkan pula kacang dhal, kentang, lobak merah, kacang panjang, terung, lada hijau dan air asam. Biarkan sehingga kentang empuk dan sayur2 layu sebentar. Masukkan pula santan, garam, perasa (optional) dan tomato. Kacau rata-rata dan biarkan mendidih. Kecilkan api dan biarkan sebentar (kira-kira 5 minit) sebelum dimatikan api.


3. Hidangkan dgn nasi, roti atau pun roti canai/prata.
Ni kes malas, roti canainya beli yg siap-sedia jer......

Tuesday, May 12, 2009

Permintaan Resipi - KEK SUJI

Resipi Kek Suji ni diminta oleh ash 940. Di sini saya sertakan 3 resipi yg berlainan sedikit dari segi pembikinannya. Harap2 ia dapat menepati citarasa anda yer!


KEK SUJI (1)
(sumber : Puan Zainab Khamis)

Bahan-Bahan
14 biji kuning telur (8 putihnya)
570 gm mentega
340 gm gula halus
225 gm tepung samolina (suji)
225 gm tepung hongkong
55 gm badam kisar
4 sudu makan susu pekat
1 sudu makan vanilla
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda


Peraturannya:
1. Pukul telur, gula dan suji hingga putih. ketepikan
2. Pukul mentega, susu dan vanilla hingga puith.
3. Ayak tepung bersama baking powder dan bicarbonate of soda. masukkan badam, gaul rata.
4. Satukan telur, gula dan suji yang telah dipukul tadi bersama mentega, kacau rata.
5. Masukkan campurkan tepung sedikit-sedikit hingga habis, kacau rata.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan 10" x 10" yang telah disapu dengan mentega dan bakar dioven 180C selama 1 jam 30 minit.



KEK SUJI (2)
(Sumber: Hajjah Fatimah Bte Mohd Ibrahim Marican)

Bahan-Bahan
500 gram mentega (cap tong)
15 kuning telur
2 putih telur
320 gram gula caster
230 gram badam (kisar halus) kemudian bakar 2 minit dan sejukkan.
3 sudu makan tepung gandum, diayak (boleh juga gunakan cake flour)
340 gram suji (gunakan suji dalam tin)
1 sudu teh rata vanillin
1 tin pembakar 11” x 8” (gris sekeliling dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas kuih)

Cara

Pukul mentega serta suji dan gaul rata. Tutup dengan kain dan simpan semalaman, sekurang-kurangnya 14 jam, dan tidak boleh lebih dari 24 jam. Pada keesokkan hari, panaskan oven 160 darjah . Bila hendak bakar kuih turunkan ke 150 darjah C

Pukul 2 putih telur hingga kembang dan kaku. Masukkan kedalam adunan suji.

Pukul pula kuning telur dan gula sehingga halus dan kembang. (Masukan gula sedikit demi sedikit). Masukkan kedalam adunan suji dan gaul rata.

Masukkan pula tepung/ badam kisar dan gaul rata. Akhir sekali masukkan vanillin dan gaul lagi sehingga rata. (Semasa menggaul sebaik-baiknya menggunakan tangan dan jangan di tinggalkan, kalau ditinggalkan, kemungkinan kuihnya akan mendap).

Masukkan adunan kedalam tin kuih dan bakar selama 1 jam 15 minit dengan suhu 150 darjah C. Jangan buka tutup pintu ketuhar. Bila keknya sudah masak, keluarkan dan biarkan dalam tin pembakar selama 10 minit, baru boleh dikeluarkan dan letakkan atas rak kuih.



KEK SUJI (3)
Sumber: Irma Iryani Said (Buku Resepi Pesta Perut)

Bahan-bahannya
400g mentega ( chap tong/golden fern)
240g tepung semolina/suji
2 sm susu pekat
1 biji parutan kulit limau/oren
1/2 biji jus limau/oren
4 biji telur
10 biji kuning telur
300g gula kastor
160 tepung naik sendiri ( diayak )
100g badam cincang
Acuan berukuran 28x20cm.

Caranya
Pukul mentega dan susu pekat hingga kembang dan ringan. Masukkan tepung semolina, kulit limau dan jus limau. Gaul rata dan perapkan semalaman supaya tepung semolina kembang. Perap di suhu bilik dan bertutup.

Esoknya....panaskan ketuhar 180 darjah. Gris acuan dan alas dasarnya dengan kertas kuih.

Pukul telur, kuning telur dan gula hingga betul-betul kembang. Gaul rata pada adunan yang diperap semalaman.Masukkan tepung yang dicampurkan dengan badam cincang, sedikit demi sedikit. Tuangkan kedalam acuan kek dan bakar selama 45-60 minit.

Setelah 40 minit, turunkan suhu ke 150 darjah.Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum dipotong.


SELAMAT MENCUBA!

IKAN SIAKAP KUKUS (dgn mangga)

Ikan Siakap kukus ni menjadi salah satu hidangan kami pada malam ni. Sesekali, nak jugak makan secara 'sihat' - iaitu dgn kaedah mengukus. Sememangnya mengukus dan merebus adalah merupakan kaedah yg baik utk menjaga pemakanan kita secara sihat. Tapi, sesekali ok jugak lerr. Kalau selalu , hmmm.. susah gak sbb tekak dan citarasa ni dah terbiasa dgn masakan2 Melayu. Yuk, lihat resipi ni yg saya rasa mudah utk anda mencuba.




IKAN SIAKAP KUKUS (dengan mangga)

Bahan-Bahan
2 ekor ikan siakap (setiap satu anggaran 500 gm)
1-2 sudu teh garam (utk dilumur pada ikan)
2 batang serai (hiris halus-halus)
1 inci halia (hiris memanjang, halus)
1 inci lengkuas (hiris memanjang, halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
secukup cili padi
1 biji mangga yg masak (mengkal)
2 biji tomato (belah empat)
1 biji limau nipis (perah dan amil jusnya)
1 btg kecil lobak merah (hiris sprti lidi mancis)
8-10 biji cendawan shitake segar (dihiris kecil2)
1 biji kecil lada benggala (merah atau hijau)- potong ikut suka

Hiasan
Daun ketumbar atau daun saderi

Cara:
1) Ikan disiang dan dicuci bersih. Lumurkan dgn garam ke seluruh ikan dan bubuh dalam pinggan kukusan.

2) Kemudian taburkan kesemua bahan-bahan yg lain ke atas dan keliling ikan kecuali daun ketumbar/saderi. Susun mengikut citarasa anda.

3) Kukus selama 20 minit sehingga ikan masak. Hiaskan dgn daun ketumbar.


Nota:
Untuk mereka yg suka pedas, ikan ni pun boleh dimakan/dicicah dgn kicap manis yg telah dibubuh hirisan bawang besar dan cili padi.


Monday, May 11, 2009

SATAY GORENG

Tuhari saya dah postkan resipi satay dari dua sumber yg berlainan. Hari ni saya sertakan satu lagi resipi satay yg buat pada Sabtu lalu. Kalau kita teliti bahan-bahannya, actually, lebih kurang sama cuma mungkin sukatannya sedikit berbeza. Apapun, jom lihat.





SATAY GORENG

Bahan-Bahan
1 kg daging lembu/kambing/ayam (dihiris nipis)
–gunakan daging batang pinang / daging goreng

Bahan Rempah
1 inci halia
5 ulas bawang putih
3 batang serai
½ inci lengkuas
½ inci kunyit hidup (atau 2 sudu teh kunyit serbuk)
(kisar semua bahan dgn sedikit air)

5 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan halus
1 sudu besar jintan kasar
(disangar sebentar lalu dikisar halus)

150g gula pasir
150 gm gula ’timbang’ (gula hitam/dark brown sugar)
2 sudu teh garam atau secukup rasa

Cara
Gaul semua bahan-bahan lalu perapkan selama kira-kira 5 jam atau 1 hari. (Saya perapkan selama 2 hari agar rempahnya meresap ke dalam daging dgn lebih baik lagi). Kemudian goreng daging dgn minyak yg mencukupi (agak banyak dan menutupi daging satay tersebut).


Nota :
Jika anda suka satay yg agak garing, gorenglah lebih lama sedikit. Kalau tidak, gorenglah sekedar daging tu dah masak jer. Masa menggorengnya sekejap jer sbb daging goreng ni lembut.

Anda juga boleh mencucukkan daging ke lidi-lidi satay utk dibakar di atas bara api.


Bahan-Bahan untuk Kuah:
20 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
½ inci halia
2 batang serai
½ inci lengkuas
4 ulas buah keras (optional)
2 sudu teh serbuk kunyit
sedikit belacan
½ sudu teh ketumbar serbuk }
½ sudu teh jintan halus serbuk }
½ sudu teh jintan kasar serbuk } …optional (bubuh jika anda suka kuah yg lebih berempah)

(kisar kesemua bahan di atas)

600 gm kacang tanah (disangar dan kisar)
3 cawan air (lebih-kurang)
sedikit air asam
250 gm gula pasir
2 sudu teh garam
air daging (dari perapan daging tadi)
secukup minyak

Cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik aromanya. Masukkan air, kacang tanah kisar, gula, air asam, air daging dan garam. Sesuaikan rasanya dgn citarasa anda dan tambahlah apa yg perlu. Kacau sehingga mendidih lalu matikan api.


Thursday, May 07, 2009

SPAGHETTI CARBONARA

Spaghetti sebenarnya bukanlah "my cup of tea". Namun demikian, sesekali makan tu OK jugaklah. Kalau diberi pilihan saya lebih gemar kpd spaghetti yang berasaskan tomato. Itu pun kalau saya yg buat sendiri, saya mesti 'pedaskan' rasanya. Kalau tak, mcm kurang 'kick' lerr. Thats's my sincere opinion.

Minggu lepas, saya berpeluang ke Pastamania bersama isteri dan anak2 gadis saya. Maklumlah, kat Singapore, hanya baru-baru ni saja Pastamania mendapat sijil 'halal'. Orang rumah dan anak-anak mencuba Spaghetti Crayfish, Carbonara & Marinara. Me? Nasib baik saya tak order. I just ate the garlic bread. Billnya hampir mencecah $60, tapi kami semua berpendapat "it's money not really well spent!" All the spaghettis were 'so-so'. The carbonara sauce were thin while the other tomato-based sauce were plain simple with not much taste. Or perhaps , they're not to our taste.

Bila saja keluar restoran, kebetulan ada pulak "pasar malam" kat kawasan tu. So, heheh, saya pun beli "burger special", wadeh & kropok lekor. Aduhh....nyaman...

Berikutan dgn itu, anak saya request buat spaghetti sendiri - Spaghetti Carbonara. Selepas, membelek2 beberapa resipi dan setelah membuat sedikit olahan, hari ni selepas pulang dari pejabat, saya pun terus ke dapur 'menjalankan tugas'!

Kebetulan, anak bujang saya (yg pernah bekerja sebagai part-time cook di Cafe Too Hot ) ada di rumah. Dia pun memberi sedikit idea/tips tentang cara dia menyiapkan spaghetti di cafe dulu. Berikut adalah resipinya yg saya rasa agak mudah utk diikuti.




SPAGHETTI CARBONARA

Bahan-Bahan
400–500 gm spaghetti
secukup air utk merebus spaghetti
1 sudu minyak masak atau minyak zaiton

Didihkan secukup air dalam periuk besar dan bubuh spaghetti bersama minyak masak. Masaklah sehingga ia lembut (kira-kira 13-15 minit). Kemudian buang airnya dan bilas spaghetti dgn air sejuk (air paip jer ok) lalu toskan. Ketepikan.

Bahan- Bahan Sos
2 sudu besar minyak zaiton atau mentega
1 biji bawang besar (saiz sederhana) - dihiris
2 ulas bawang putih (tumbuk)
300–400 gm isi ayam – dihiris (anak saya rekomen gunakan “turkey strips” –hirisan isi ayam belanda)
1 tin krim segar (170 gm) -saya gunakan Nestle cream }
250-300 ml air } ..disatukan
2 biji telur ayam (dikocok sedikit)
2 tin sos Carbonara Mushroom jenama “Prego”
2-3 sudu besar parutan keju Parmesan
8-10 biji cendawan shitake segar (atau cendawan butang dlm tin) – dihiris
beberapa hirisan lada benggala merah/hijau (capsicum)-ni saranan anak saya
secukup lada putih serbuk
garam secukup rasa

Cara Memasak Sos

Panaskan minyak zaiton atau mentega dalam periuk sederhana. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga separuh layu. Kemudian, masukkan isi ayam dan masak sebentar.

Seterusnya, bubuh campuran air dan krim segar dan terus kacau. Masukkan pula sos Carbonara Mushroom, cendawan shitake, dan lada benggala. Teruskan kacau sehingga sosnya mendidih.

Kecilkan api dan masukkan telur, keju Parmesan, serbuk lada putih dan garam ke dalam sos tadi. Kacau lagi hingga sosnya sebati dan pekat.

Cara Menghidang

1) Bubuh sedikit spaghetti di atas pinggan. Bubuh beberapa senduk sos ke atasnya. Hiaslah dgn daun parsley.

Atau….

2) Masukkan beberapa senduk sos ke dalam kuali (frying pan) yg agak besar. Kemudian, masukkan pula secukup spaghetti lalu “digoreng” sebentar – lembab2 gitu. Hidangkan ketika panas. Tambahkan parutan keju lagi jika suka. Kalau nak pedas, bolehlah taburkan chiili flakes.


Wednesday, May 06, 2009

Permintaan Resipi - AYAM PERCIK



Resipi Ayam Percik ni adalah request dari Suhana. Saya blum sempat nak emel kat anda. Harap2 anda jenguk2 kat sini yer! Bagi mereka yg berminat bolehlah mencubanya. Resipi ni bersumber dari buku masak ALMAS, yg memang terbukti memberikan resipi2 yg enak-enak dan boleh dipercayai. Cubalah!


AYAM PERCIK
( Sumber : Hjh Saodah Mohd Salleh )

Bahan Utama
1 ekor ayam, cuci bersih, potong 8 atau ikut suka hati dan toskan

Rempah Perapan Ayam
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
1/2 jari halia
1/2 jari kunyit hidup
2 batang serai
5 ulas bawang putih
gula dan garam secukup rasa
(Semua bahan dikisar halus dan diperap dengan kepingan ayam, selama 2 hingga 3 jam)

Bahan Kuah
1/2 kg kacang tanah, digoreng kekuning-kuningan dan dikisar halus
1/2 biji kelapa parut, perah 1½ mangkuk santan
1/2 cawan cili boh
1 batang serai, dititik
1/2 jari lengkuas, dititik
2 biji bawang besar }
5 biji bawang putih }..... dikisar halus
4 biji buah keras }
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

CARA BUAT KUAH
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar (iaitu bawang besar, bawang putih dan buah keras) sehingga garing dan wangi. Masukkan cili boh, serai, lengkuas dan kacau sampai rata sehingga bau kuahnya, semakin mewangi. Barulah dituangkan santan, gula dan garam secukup rasa. Masak lagi sehingga mendidih. Kecilkan api. Masukkan pula kacang tanah dan masaklah supaya kuahnya pekat sedikit.

CARA MEMANGGANG
Ayam yang diperap, dicucuk atau disepit dengan buluh. Kemudian dipanggang diatas bara api yang sederhana panasnya. Boleh juga dipanggang didalam ketuhar. Panggang sehingga 3/4 masak. Seterusnya jirus dengan kuah, atau digolek-golekkan didalam kuah supaya ayamnya bersalut rata dengan kuah. Seterusnya ayam tersebut, dipanggang lagi selama 10 minit. Tetapi tentukan ayamnya tidak dipanggang sehingga kuahnya kering. Enak diratah panas-panas atau dimakan dengan nasi.

Sunday, May 03, 2009

KEK LAPIS KENYALANG

Kelmarin dan semalam saya buat dua kek lapis sarawak - yg satu Kek Lapis Kenyalang (2nd time buat dgn sedikit olahan berbanding resipi asal) dan yg satu lagi saya pandai2 jer bubuh perisa , bukan apa, saja nak perabihkan jem-jem yg ada kat esbok. Oleh kerana itu saya bohkan nama sendiri Kek Lapis Pandan ChocBerry (jgn ketawa eh.... Saya ni tak pandai nak create nama yg pelbagai). Nama tu sempena perisa yg ada kat dalam kek tu lerr. So, jom lihat.




KEK LAPIS KENYALANG

Bahan-Bahan
500 gm mentega
140 gm gula halus
390 gm susu pekat
150 gm horlicks
300 gm tepung hongkong
10 biji telur saiz besar
60 gm jem nenas
1 sudu kecil pewarna kuning
60 gm jem peach/oren
1 sudu kecil pewarna oren
60 gm jem strawberry
1 sudu kecil pewarna merah
1 sudu kecil pewarna hijau


Cara

1. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. (selama kira-kira 3-4 minit).

2. Di dalam bekas yg lain, pukul telur sehingga kembang (kira-kira 3-4 minit).

3. Campurkan adunan mentega dan telur, pukul hingga sebati atau selama 2 minit.

4. Masukkan susu pekat, horlicks dan tepung. Pukul selama 2 minit.(dgn speed sederhana)

5. Ambil 12 senduk lauk adunan dan ketepikan utk dibuat 3 lapisan bawah dan 3 lapisan atas- 1 lapis 2 senduk adunan.

6. Adunan selebihnya dibahagi tiga. Satu dibubuh pewarna kuning & jem nenas, satu lagi pewarna oren dan jem peach/orange dan yg terakhir pewarna merah & jem strawberry.


Cara Melapis Kek

1. Tuang 2 senduk adunan plain utk lapisan pertama ke dalam loyang berukuran 9" x 9" lalu dibakar. Loyang hendaklah dialas dgn kertas tracing pada dasarnya dan digris. Kemudian, diikuti dgn 2 lagi senduk adunan plain utk lapisan kedua. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan & bubuh sedikit pewarna hijau.

2. Masukkan adunan merah, oren dan kuning ke dalam botol sos berasingan. Bila 3 lapisan awal tadi dah masak, paipkan secara menyerong (diagonally) adunan merah, oren dan kuning berselang-seli sehingga menutupi lapisan bawah (hijau). Bakar sehingga lapisan masak. Jika terdapat lapisan tadi menggelembung, cucukkan dgn lidi agar ianya rata semula.

3. Kemudian, paipkan pula lapisan 3 warna tadi secara bertentangan dengan lapisan sebelumnya. Ulangi proses ini sehingga adunan selesai.

4. Untuk 3 lapisan terakhir, bakarlah selapis adunan berwarna hijau dahulu dan diikuti dgn 2 adunan plain yg terakhir.

Nota:

1) Suhu oven sekitar 180 - 200 darjah Celsius.

2) Lapisan pertama - api atas bawah, lapisan kedua hingga akhir api atas (grill) jer.


KEK LAPIS PANDAN CHOC-BERRY



Resipi kedua ni menggunakan perisa jem strawberry, sekaya & pes pandan dan koko & choc emulco. So, kalau ada yg nak bagi nama yg lebih cun, silakan ya!


KEK LAPIS PANDAN CHOC-BERRY

Bahan-Bahan
500 gm mentega
150 gm gula
1 sudu besar ovellette
10 biji telur saiz besar
1 tin susu pekat manis
260 gm tepung Hong Kong
100 gm horlicks
2 sudu besar serbuk koko (dibancuh dgn 2-3 sudu besar air panas)
1 sudu besar chocolate emulco
1 sudu teh pewarna cokelat
50 gm jem strawberry
1 sudu teh pewarna merah
50 gm sekaya
1/2 sudu teh pes pandan
1 sudu teh pewarna hijau



Cara:

1) Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.

2) Masukkan pula susu pekat manis lalu dipukul dgn speed perlahan.

3) Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dgn kelajuan yg rendah sehingga menjadi adunan yg licin dan sebati.

4) Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Satu bahagian dibiar plain, satu dibubuh koko, choc emulco & pewarna cokelat, satu lagi dibubuh jem strawberry & pewarna merah dan yg akhir dibubuh sekaya, pes pandan & pewarna hijau.

5) Dengan menggunakan loyang 10" x 7" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar. Lapisan pertama -plain, kedua -cokelat, ketiga -merah dan yg akhir hijau. Ulangilah proses membakar ini sehingga selesai kesemua adunan. Saya mendapat 16 lapisan kesemuanya, 4 bagi setiap warna.




Nota :

Setiap lapisan menggunakan 2½ senduk adunan. Heheh, beberapa lapisan terakhir saya kelihatan lebih tebal sbb sayang nak tinggalkan lebihan adunan tu. Apapun, utk mendapatkan lapisan yg sama tebal dan teratur, kita harus menepati sukatannya. Kalau pun ada lebih adunan, biarkan dan jgn digunakan.



Buat pengetahuan Khum dan lain2, inilah senduk bujur yg selalu saya gunakan utk membuat kek2 lapis saya.