Sunday, May 03, 2009

KEK LAPIS PANDAN CHOC-BERRY



Resipi kedua ni menggunakan perisa jem strawberry, sekaya & pes pandan dan koko & choc emulco. So, kalau ada yg nak bagi nama yg lebih cun, silakan ya!


KEK LAPIS PANDAN CHOC-BERRY

Bahan-Bahan
500 gm mentega
150 gm gula
1 sudu besar ovellette
10 biji telur saiz besar
1 tin susu pekat manis
260 gm tepung Hong Kong
100 gm horlicks
2 sudu besar serbuk koko (dibancuh dgn 2-3 sudu besar air panas)
1 sudu besar chocolate emulco
1 sudu teh pewarna cokelat
50 gm jem strawberry
1 sudu teh pewarna merah
50 gm sekaya
1/2 sudu teh pes pandan
1 sudu teh pewarna hijau



Cara:

1) Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.

2) Masukkan pula susu pekat manis lalu dipukul dgn speed perlahan.

3) Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dgn kelajuan yg rendah sehingga menjadi adunan yg licin dan sebati.

4) Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Satu bahagian dibiar plain, satu dibubuh koko, choc emulco & pewarna cokelat, satu lagi dibubuh jem strawberry & pewarna merah dan yg akhir dibubuh sekaya, pes pandan & pewarna hijau.

5) Dengan menggunakan loyang 10" x 7" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar. Lapisan pertama -plain, kedua -cokelat, ketiga -merah dan yg akhir hijau. Ulangilah proses membakar ini sehingga selesai kesemua adunan. Saya mendapat 16 lapisan kesemuanya, 4 bagi setiap warna.




Nota :

Setiap lapisan menggunakan 2½ senduk adunan. Heheh, beberapa lapisan terakhir saya kelihatan lebih tebal sbb sayang nak tinggalkan lebihan adunan tu. Apapun, utk mendapatkan lapisan yg sama tebal dan teratur, kita harus menepati sukatannya. Kalau pun ada lebih adunan, biarkan dan jgn digunakan.



Buat pengetahuan Khum dan lain2, inilah senduk bujur yg selalu saya gunakan utk membuat kek2 lapis saya.


13 comments:

  1. sedap betullah tgk lapis cok-berry abg rozzan..."droll"
    kan bagus kalau kita berjiran...hehe....

    ReplyDelete
  2. Salam Bro,

    Cantik sekali keknya !!!

    Boleh tanya senduk apa yang bro rozzan gunakan yang buatkan layernya sama ?

    TQ in advance.

    ReplyDelete
  3. wah cantiknya kek batik tue..
    look delicious..

    ReplyDelete
  4. wah bro mmg cantik sekali kek ni..terpegun saya kat trengganu ni

    ReplyDelete
  5. BR > 2nik

    Heheh, kalau berjiran, toksah ckp lerr. Apa jer yg saya buat,Insya'allah andalah org yg selalu saya jadikan "tester" -ttg sedap ke tak kek/kuih tu..


    BR > Khum

    WS. Thanks. OK saya dah updatekan senduk yg saya gunakan utk buat kek2 lapis saya yer. Cuba lihat.


    BR > norish

    Thanks. Alhamdulillah, rasanya tak mengecewakan.


    BR > Anonymous

    Mekasih, Alhamdulillah. Wah.. jauh bebenor kamu berada yer!

    ReplyDelete
  6. salam bro rozzan,

    firstly, tq sebab share byk resepi2 kek yg best2...

    kek ni mcm mengancam...so far saya dah byk cuba resepi2 bro & menjadi pulak....thank you bro!

    ReplyDelete
  7. Hi Anonymous,
    mekasih sudi mencuba resipi2 dari sini. alhamdulillah you succeeded. Tahniah, bermakna anda juga berbakat ya!

    ReplyDelete
  8. rozzan nak tanya la..sy kalu buat kek mesti dia mendap dibahagian bawah..nak tanya sebab aper erk jd mcm tuh?kurang kacau ke lebih kacau??

    ReplyDelete
  9. Saya rasa anda terlebih kacau bahan2 kek anda. Bila terlebih kacau, bahan kek akan menjadi berat dan bila masak ianya berat krn mendap di bahagian bawah. Kadang2 kek bantat..

    Makanya kalau kita buat kek, kacau secukupnya saja agar udara dlm kek kekal. Satu lagi, bila tepung dimasukkan ke dalam adunan mentega/telur, selalunya kita ratakan dgn menggunakan 'fold-in' method. Maksudnya, masukkan sedikit sedikit tpg tu dan kacau setakat ia rata jer. Kalau byk/lama dikacau, kadar gluten dlm tepung tu akan meningkat dan ini akan membuat kek anda lebih berat/keras. Harap maklum.

    ReplyDelete
  10. Salam, maaf bro rozzan, masa bila nak letak ovalette ya?

    ReplyDelete
  11. BR > smile

    Maaf yer smile, terima kasih atas perhatian anda. Saya dah editkan ttg bila nk masukkan ovalette tu ya.

    Selamat mencuba!

    ReplyDelete
  12. Salam, bro..mana nak beli senduk tu ye?? ;)

    ReplyDelete
  13. Salam bro.. Tiap layer tu di bakar berapa Minit?

    ReplyDelete