Tuesday, May 12, 2009

Permintaan Resipi - KEK SUJI

Resipi Kek Suji ni diminta oleh ash 940. Di sini saya sertakan 3 resipi yg berlainan sedikit dari segi pembikinannya. Harap2 ia dapat menepati citarasa anda yer!


KEK SUJI (1)
(sumber : Puan Zainab Khamis)

Bahan-Bahan
14 biji kuning telur (8 putihnya)
570 gm mentega
340 gm gula halus
225 gm tepung samolina (suji)
225 gm tepung hongkong
55 gm badam kisar
4 sudu makan susu pekat
1 sudu makan vanilla
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda


Peraturannya:
1. Pukul telur, gula dan suji hingga putih. ketepikan
2. Pukul mentega, susu dan vanilla hingga puith.
3. Ayak tepung bersama baking powder dan bicarbonate of soda. masukkan badam, gaul rata.
4. Satukan telur, gula dan suji yang telah dipukul tadi bersama mentega, kacau rata.
5. Masukkan campurkan tepung sedikit-sedikit hingga habis, kacau rata.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan 10" x 10" yang telah disapu dengan mentega dan bakar dioven 180C selama 1 jam 30 minit.



KEK SUJI (2)
(Sumber: Hajjah Fatimah Bte Mohd Ibrahim Marican)

Bahan-Bahan
500 gram mentega (cap tong)
15 kuning telur
2 putih telur
320 gram gula caster
230 gram badam (kisar halus) kemudian bakar 2 minit dan sejukkan.
3 sudu makan tepung gandum, diayak (boleh juga gunakan cake flour)
340 gram suji (gunakan suji dalam tin)
1 sudu teh rata vanillin
1 tin pembakar 11” x 8” (gris sekeliling dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas kuih)

Cara

Pukul mentega serta suji dan gaul rata. Tutup dengan kain dan simpan semalaman, sekurang-kurangnya 14 jam, dan tidak boleh lebih dari 24 jam. Pada keesokkan hari, panaskan oven 160 darjah . Bila hendak bakar kuih turunkan ke 150 darjah C

Pukul 2 putih telur hingga kembang dan kaku. Masukkan kedalam adunan suji.

Pukul pula kuning telur dan gula sehingga halus dan kembang. (Masukan gula sedikit demi sedikit). Masukkan kedalam adunan suji dan gaul rata.

Masukkan pula tepung/ badam kisar dan gaul rata. Akhir sekali masukkan vanillin dan gaul lagi sehingga rata. (Semasa menggaul sebaik-baiknya menggunakan tangan dan jangan di tinggalkan, kalau ditinggalkan, kemungkinan kuihnya akan mendap).

Masukkan adunan kedalam tin kuih dan bakar selama 1 jam 15 minit dengan suhu 150 darjah C. Jangan buka tutup pintu ketuhar. Bila keknya sudah masak, keluarkan dan biarkan dalam tin pembakar selama 10 minit, baru boleh dikeluarkan dan letakkan atas rak kuih.



KEK SUJI (3)
Sumber: Irma Iryani Said (Buku Resepi Pesta Perut)

Bahan-bahannya
400g mentega ( chap tong/golden fern)
240g tepung semolina/suji
2 sm susu pekat
1 biji parutan kulit limau/oren
1/2 biji jus limau/oren
4 biji telur
10 biji kuning telur
300g gula kastor
160 tepung naik sendiri ( diayak )
100g badam cincang
Acuan berukuran 28x20cm.

Caranya
Pukul mentega dan susu pekat hingga kembang dan ringan. Masukkan tepung semolina, kulit limau dan jus limau. Gaul rata dan perapkan semalaman supaya tepung semolina kembang. Perap di suhu bilik dan bertutup.

Esoknya....panaskan ketuhar 180 darjah. Gris acuan dan alas dasarnya dengan kertas kuih.

Pukul telur, kuning telur dan gula hingga betul-betul kembang. Gaul rata pada adunan yang diperap semalaman.Masukkan tepung yang dicampurkan dengan badam cincang, sedikit demi sedikit. Tuangkan kedalam acuan kek dan bakar selama 45-60 minit.

Setelah 40 minit, turunkan suhu ke 150 darjah.Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum dipotong.


SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment