Tuesday, May 26, 2009

ROTI KOBIS

Terdapat beberapa resipi roti kobis dalam simpanan saya. Namun di sini, utk memenuhi permintaan kak ana, saya serta resipi yg saya tukil dari Buku ALMAS di mana resipi2 yg dipaparkan, Insya'allah, boleh dipercayai.



ROTI KOBIS
(sumber resipi/foto - Hajjah Faridah Begum Abd Shukur/Buku Masakan ALMAS)

BAHAN "A" - INTI
1 sudu makan rempah kurma
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan halus (biji)
1 sudu makan jintan manis (biji)
1 ibu jari kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
3 biji bawang putih
1 ibu jari halia
(kesemua bahan dikisar halus)

300 gm daging cincang, dicuci dan ditoskan
2 biji bawang besar, didadu
Hirisan daun sup dan daun bawang secukupnya


CARA MEMBUAT INTI
Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan daging, gaul rata dan tumis sehingga kering. Masukkan bawang besar dan masak selama 15 minit. Masukkan daun sup dan daun bawang. Gaul rata dan masak selama 10 minit lagi. Setelah masak matikan api dan ketepikan.


BAHAN "B" - DOH
300 gm tepung gandum
2 sudu makan minyak sapi
1/2 gelas air
1/2 sudu teh garam
(kesemua bahan disatukan dan uli hingga lembut)

5 biji telur, dikocok
Minyak yg banyak utk menggoreng


BAHAN "C" - HIASAN
5 btg lada hijau, dihiris
5 btg lada merah, dihiris
Daun salad dan timun secukupnya


CARA MEMBUAT ROTI KOBIS

Panaskan minyak yang banyak didalam kuali. Ambil sedikit tepung dan canai sehingga menjadi bulatan 7 cm. Ketepikan. Ambil lagi sedikit tepung dan canai hingga menjadi bulatan 10 cm. Buat lagi beberapa bulatan, setiap kali ukurannya bertambah 3 cm.

Taburkan sedikit inti dipermukaan bulatan pertama 7 cm dan tuangkan 2 sudu makan telur. Bulatkan seperti kuih pau. Goreng sehingga kekuning-kuningan, angkat dan ketepikan. Letakkan roti yang baru digoreng tadi diatas bulatan doh kedua 10cm. Sapukan telur dipermukaan doh, tabur sedikit inti dan bulatkan seperti kuih pau lagi. Goreng hingga kekuning-kuningan dan angkat.

Buat cara yang sama kepada doh yang lain, sehingga menjadi bebola besar. Semasa menghidang, belah rotinya, yang berkelopak seperti kobis dan hias cantik. Enak di makan dengan sos cili.

5 comments:

  1. Pertama kali tengok resipi roti kobis..nampak menarik :)

    www.blogresipi.wordpress.com

    ReplyDelete
  2. Teringat masa saya kecil jiran yang baru pulang dari Mesir ada mengajar nenek saya membuatnya. tapi kami sebut karipap kobis, mungkin sebab intinya ada daging macam karipap kot.

    ReplyDelete
  3. Salam dan terima kasih. Dah lama saya mimpi makan roti kobis ni. Mak saya belajar buat roti kobis ni masa saya dara sunti dulu. Nostalgia..

    ReplyDelete
  4. BR > blogresipi

    Actually resipi ni dah lama ada wujud di kalangan senarai gubahan yg biasa dibuat sejak tahun2 80an lagi..


    BR > ummiyati

    Apa pun, janji sedap. Nama cuma sebagai pengenalan je..heheh.



    BR > somuffins

    Mekasih kembali. Moga2 anda dpt mencubanya ya!

    ReplyDelete
  5. Allahyarham ibu saya Sharifah Seha, suka masak dan mengajar cara buat karipap kobis ini dalam 1970an. Saya hilang resepi tu. Terima kasih kerana kongsi resepi ini.

    ReplyDelete