Tuesday, July 29, 2008

RESIPI BLACK PEPPER STEAK

Selalunya kalau orang dulu-dulu masak, bahan-bahan yg mereka gunakan selalu main agak-agak saja. Tak perlu sukat menyukat, gram ke, tahil ke, kati ke- semuanya tak main!! Masak ikut sedap dan citarasa sendiri. Kalau bahan ni kurang tambah yg itu, kalau bahan yg itu lebih, disesuaikan dgn bahan yg lain pula. (Atau paling-paling pun, ukuran/sukatan pada waktu itu gunakan cawan, gelas, jari dan sebagainya). Namun, seolah-olah semua resipi dah ada kat dalam otak mereka. Mungkin kerana soal pemakanan di waktu dahulu yg sememangya 'sihat2' belaka dan tidak dicemari oleh bahan2 kimia. Lantas tubuh yg sihat tu dapat merangsang pemikiran dan ingatan yg baik.

Waktu saya mula-mula belajar dgn arwah emak saya dulu pun kena ikut stail beliau. Jadi saya pun dah terbiasa dgn cara begitu. Namun saya faham, tak semua orang yg biasa dgn cara begini terutama mereka-mereka yg baru berjinak-jinak dgn dunia masakan ini. Atas keperihatinan inilah, selalunya sebelum saya kemukakan resipi di blog ini, saya akan cuba seberapa daya untuk mencubanya sendiri dan mencatitkan sukatannya dgn seberapa tepat. Sekurang-kurangnya ada garis panduan. Selebihnya anda sendiri boleh mengubah-suai utk menepati citarasa anda.

Di sini, saya nak berkongsi resipi Beef Steak Black Pepper dari seorang teman sepejabat. Menurut beliau, resipi ini memang selalu beliau masak dan Alhamdulillah, ternyata sedap. Beliau juga memang dah terbiasa memasak secara dulu-dulu (sukatan ikut agak-agak saja). Saya belum berkesempatan mencubanya tapi setelah 'going thru teh recipe', saya yakin memang sedap! Insya'allah, kalau saya dah buat akan saya tepekkan gambar kat sini ya. Terima kasih bebanyak Kak Fidah. Resipi yg lain tu, saya akan postkan di lain masa ya!


BEEF STEAK BLACK PEPPER

Bahan-Bahan
daging goreng /daging batang pinang

5 ulas bawang putih
1 inci halia (atau sebesar ibu jari)
2 sudu lada hitam
(bahan ini ditumbuk halus)

3 biji tomato (potong dadu)
sedikit Italian Mixed Herbs
secukup sos chilli (ikut rasa)
sedikit sos tomato (ikut rasa)
mentega untuk menggoreng

kentang secukupnya
{Kentang direbus dgn kulitnya sehingga empuk, Kupas kulitnya dan potong memanjang (wedges) dan taburkan sedikit herbs. Goreng dgn mentega}.

Cara Memasak Daging:
Daging dipotong nipis-nipis lalu diketuk sedikit supaya bila digoreng mudah empuk.
Kemudian gaulkan sengan bahan-bahan tumbuk serta sos cili dan tomato. Seterusnya, taburkan dgn mixed herbs. Bahan ini diperap sebentar (seberapa yg anda suka). Sesudah itu bolehlah digoreng dengan mentega. Bila menggoreng jangan terlalu lama agar daging tidak “keras”.

Cara Membuat Kuahnya:
Masukkan lebihan/bekasan air perapan daging tadi dan juga lebihan minyak menggoreng tadi kedalam periuk. Bubuh tomato dadu, sos cili dan tomato lalu kacau di atas api sehingga masak. Masukkan daging, gaul rata-rata dan bubuh sedikit mixed herbs. Kacau sebentar dan kemudian diangkat.

Cara Menghidang:
Bubuh daging yg telah digoreng tadi ke dalam pinggan. Bubuh sedikit kuah ke atas daging dan susun kentang yg dah digoreng disebelahnya.

Nota:
Ni saya yg cakap yer, bukan Kak Fidah ..
Maybe anda boleh bubuh daun parsley sebagai garnishing. Atau jika suka bolehlah bubuh baby carrot, broccoli dan jagung yg sudah di celur/rebus. Mcm balance sket hidangan ni kan.





************************************************************************************





Bercakap ttg masak cara campak-campak dan agak-agak ni, pagi tadi saya sempat buatkan Mee Goreng untuk dikongsi bersama rakan sekerja saya di Seksyen kami (Cust Svc). Minggu lepas sewaktu Sarapan amal di pejabat, some of them mengadu pembelian mee goreng yg $3 tu (walau pun ikhlas menderma) tapi... hanya "a few strands of the mee" jer!! So, sebagai rakan yg perihatin (ni kes masuk bakul angkat sendiri lerr..), saya buatkan hampir 2 kg mee goreng utk mereka. Tapi picnye aje tau. Resipi yg bersukatan ada diprebious entry.





Friday, July 25, 2008

KEK LAPIS WATER MELON CHEESE

Sdri ju ada meminta resipi Kek Lapis Tembikai. Tapi sejauh ni, resipinya takde lagi dalam simpanan saya. Namun untuk tidak menghampakan ju, di sini saya poskan resipi Kek Lapis Water Melon Cheese (Kek Lapis Keju Tembikai) yg saya rasa hampir serupa atau pun memang sama. Dah lama jugak saya nak cuba buat kek ni tapi blum terlaksana. So, jika anda ingin mencubanya, silakan...


KEK LAPIS WATER MELON CHEESE
Sumber : ienah18 (mesra.net)

Bahan-bahannya:
10 biji telur
150gm gula halus
2 gelas tepung hong kong (kira-kira 180-200 gm)
1 sudu ovallette
100gm horlick
450gm mentega
1 tin susu pekat manis
250gm cream cheese
chocolate chips

Cara:
1) Telur, gula, tepung hong kong, horlick dan ovalette di pukul hingga kembang dan pekat.

2) Mentega,susu dan cream cheese di pukul hingga putih. satukan kedua-dua adunan dan gaul hingga sebati. Bahagi kan kpd 3 bahagian.

(a) warna hijau 3 lapis (setiap lapisan 5 sudu makan.
(b) warna putih 2 lapis (setiap lapis 5 sudu makan.
(c) warna merah lapis hingga habis (setiap lapisan taburkan dengan chocolate chips)

Bakarlah selapis-selapis sehingga masak.


Nota:
Untuk melihat camner rupa kek lapis tembikai ni, cuba lihat di sini http://keklapis-swk.blogspot.com/ . Buat ju dan mereka2 yg sedang dan masih menantikan empunya blog memberikan resipi kek lapis tembikai tu, mungkin anda boleh cuba resipi dari Iena18 ini ya!!

WAJIK DURIAN

Buat moe dan mereka yg berhasrat ingin membuat wajik, di sini saya tepekkan resipi dan foto Wajik Durian yg saya tukil daripada Buku ALMAS. Selamat mencuba!!



WAJIK DURIAN
(sumber : Hjh Dalilah Sulaiman, Buku Masak ALMAS)

Bahan-Bahan
1 kg pulut
100 gm gula pasir
1 ½ kg gula melaka
1 cawan isi durian
3 helai daun pandan
750 gm santan pekat (santan dlm peket plastik)
sedikit garam

Cara:
Cuci bersih pulut dan rendam semalaman. Pada keesokan hari, pulut ini hendaklah dikukus sehingga masak. Sementara itu masak gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan dengan 1½ cawan air sehingga gulanya larut. Kemudian tapis.

Masukkan santan ke dalam gula ini dan masaklah sehingga pekat dan bertali. Masukkan pula isi durian, kacau rata dan masak lagi sebentar. Setelah itu baru dimasukkan pulut. Kacau dan masak lagisehingga adunannya tidak melekat kepada kayu pengacau.

Panduan:
Jika hendak membuat Wajik biasa tanpa durian, tambah gula pasirnya 100 gm lagi menjadi 200 gm. Wajik enak sekali jika dibungkus dalam daun pisang atau upeh.

BUBUR TOW SUAN

Tow Suan merupakan makanan yang sangat digemari di kalangan orang-orang Teochew sebagai sarapan pagi atau snek. Ia agak ‘bergam’ dan bahan pemekat yg digunakan adalah tepung sengkuang Cina yg lebih mahal ataupun tepung keledek.

Atas permintaan lina(brunei), di sini saya sertakan 2 resipi Bubur Tow Suan; satu dari Pn Betty Yew (pakar masak dari Malaysia) dan satu lagi dari Pn Siti Mastura Alwi seorang chef tempatan. Tapi maaf ya, saya sendiri belum mencubanya. Bagi sesiapa yg juga berminat dgn hidangan ini, silalah mencubanya...


TOW SUAN
Sumber : Puan Betty Yew dr Buku Jamuan Ringan

Bahan-Bahan
300 gm kacang hijau tanpa kulit (dibasuh dan rendam semalaman)
420 gm gula pasir
7½ cawan air
4 helai daun pandan (disimpul0
4 sudu besar tepung sengkuang Cina atau tepung keledek (diadun dgn ½ cawan air)
6 keping yu char kue (dipotong-potong sepanjang 1”)

Cara:
Toskan kacang hijau dan letakkan di atas loyang yg dialas dengan sehelai kain kasa. Kukus di atas api besar selama 20 minit.

Masukkan gula dan air ke dalam periuk dan didihkan sambil dikacau-kacau. Masukkan daun pandan. Pekatkan dengan adunan sengkuang Cina atau adunan keledek. Teruskan mengacau. Adunan akan menjadi seperti kanji.

Angkat kain kasa yg menampung kacang hijau yg dikukus (untuk mengelakkan kacang yg sudah empuk pecah. Tuang ke dalam adunan kanji yg sedang mendidih. Apabila mendidih sekali lagi, angkat dan hidangkan panas-panas dengan yu char kue.



BUBUR TOW SUAN
(sumber resipi dan foto: Puan Siti Mastura Alwi)

Bahan “A”
500 gm kacang hijau tanpa kulit
(jika suka boleh ditambahkan dgn 150 gm kacang ginko)

Bahan “B”
150 gm tepung keledek (diayak)
250 ml air

Bahan “C”
320 gm gula halus
50 gm gula perang
2000 ml air
5 helai daun pandan

Cara:
Rendam kacang hijau selama satu jam. Kemudian kukus selam 1½ jam atau sehingga kacangnya empuk. Jika menggunakan kacang ginko, rebus sehingga empuk dan ketepikan.

Gal rata Bahan “B” dan ketepikan. Didihkan Bahan “C” lalu masukkan Bahan “B” dan kacau rata. Akhir seklai masukkan Bahan “A” dan kacang ginko. Hidangkan dengan hirisan char kuay.

Thursday, July 24, 2008

CHARITY BREAKFAST

Yesterday morning, our office had a charity breakfast amongst fellow colleagues. Across our whole organisation, this Charity Breakfast was organised to raise funds for the needy. If I'm not mistaken, all the monies raised will go to AWWA. However it was the first time our branch is having it. Staff were roped in to help prepare breakfast items like sandwiches, noodles, pastries, etc. which were to be sold to fellow staff.
I myself, managed to prepare curry puffs (epok-epok), cakes (kek marble) & tapioca kuih (kuih bakar ubi). But...preparations the night before stole all but one hour of my sleep. Not that I mind though, as I knew it was all for a worthy cause. The food sold was sold out in abt 1-one & a half hours. Everyone played their part and some even donated generously.

So, no recipes for now. Just the pics of the event on 23 Jul 2008.










Sunday, July 20, 2008

ROJAK BANDUNG

Kalau tak silap saya, sekitar kira-kira seminggu lalu ada seorang pengunjung blog yg meminta resipi Rojak Bandung. Sebenarnya, resipi ni mmg dah ada dalam simpanan dan kebetulan, saya pun memang nak buat. Cuma, baru semalam dapat menyempurnakannya.

Tak tahulah mengapa dan kenapa hidangan ini dinamakan sedemikian. Seperti juga minuman "air bandung" - rasa saya takde di daerah Bandung di Indonesia. Di kalangan kaum Cina pula, hidangan ini mungkin digelar "Sotong Kangkung". Apa pun, seingat saya, hidangan ni dah saya jamah sejak kecil lagi. Tapi dulu tak tau nama, main 'bedal' jer! Yg pasti ada sotongnya- tu yg feveret!

So, di sini saya sertakan resipi dan fotonya sekali. Kepada yg request tuhari, maaf, lambat sket. Buat yg lain, kalau nak cuba, silakan dan mulakanlah dgn bismillah.......Insya'allah menjadi!



ROJAK BANDUNG

Bahan-Bahan
600 gm sotong kering yg sudah dikembangkan (potong kecil -saiz ikut suka)
200 gm sayur kangkung (dibersihkan, potong seperti memasak sayur)
150 gm kacang tanah (sangai dan tumbuk separuh halus) atau beli yg dah siap jer
beberapa keping tahu kering (“tahu pok”) atau tahu basah
1 batang timun

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk. Bubuhkan sedikit garam dan minyak.
2. Celurkan kangkung sebentar dan toskan.
3. Celurkan pula sotong kembang tadi dan agkat lalu toskan.
4. Tahu kering/ tahu basah digoreng hingga garing lalu dipotong/hiris.
5. Timun dibelah dua dan dihiris memanjang.





Bahan-Bahan Sambal
25-30 tangkai cili kering (rendam dan kisar dgn sedikit air)
240 gm gula melaka
2 sudu makan gula pasir
250 ml air
5 sudu makan (penuh) petis
½ botol sos tomato (kira-kira 220-250 gm)
1 sudu makan cuka atau air limau kasturi (boleh dikurangkan)
1 sudu makan tepung jagung (bancuh dgn 2 sudu makan air)

Cara:
1. Masak gula melaka bersama air hingga gulanya larut. Tapis dan tuang ke dalam periuk.
2. Masukkan pula semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan sehingga mendidih.
3. Akhir sekali, tuangkan bancuhan tepung jagung tadi utk memekatkan sambalnya. Matikan api.

Cara Menghidangkan Rojak Bandung
1. Susun kangkung, sotong, timun dan tahu di dalam pinggan.
2. Tuangkan sambalnya rata-rata.
3. Akhir sekali, taburkan kacang tanah tumbuk tadi.

BUBUR PULUT HITAM



Bubur Pulut Hitam merupakan satu lagi jenis pencuci mulut yg terbiasa ada sewaktu majlis-majlis perkahwinan. Ia juga adalah kegemaran anak-anak saya yang suka makan bubur ni terutama sekali setelah didinginkan dalam peti sejuk. Nak buatnya taklah susah. Kalau nak cuba versi saya, inilah saya sertakan resipinya. Selamat mencuba!!


BUBUR PULUT HITAM

Bahan-Bahannya :

300 gm pulut hitam (cuci bersih dan rendam 4 - 5 jam)
1400 ml air

* Rebus pulut hitam dgn air sehingga pulut empuk –kira-kira 30 minit. Biarkan lebihan airnya.

100 gm gula melaka (diracik)
250 ml air
* Masak kedua-dua bahan ini sehingga gula larut.

300 ml santan kotak KARA*
200 ml air *
80 gm gula pasir *
1½ sudu teh garam *
2-3 helai daun pandan (disimpul) *


Santan Pekat (Dadih)
150 ml santan pekat
50 ml air
secubit garam
* Masak sebentar sehingga mendidih)

Cara:
Setelah pulut hitam empuk, masukkan air gula melaka dan bahan-bahan *. Kacau rata-rata dan biarkan mendidih. Sekali- sekala hendaklah dikacau bubur ini. Setelah mendidih, matikan api.


Cara Menghidangkan Bubur
Sendukkan bubur kedalam mangkuk dan bubuh sedikit santan pekat ke atasnya.

Catatan : 
Jika anda menggunakan periuk tekanan udara (pressure cooker)  utk merebus pulut hitam ni, anda cuma perlu merendam pulut ni kira-kira 30 minit hingga 1 jam saja.

Saturday, July 19, 2008

HARI MAKTAB RENDAH RJC

Pagi tadi, saya & orang-rumah turut hadir di Hari Maktab Rendah RJC (College Day) . Bukan apa, saja memenuhi satu lagi permintaan Syazwani, kerana beliau dijadualkan menerima penghargaan/hadiah di atas keputusan terbaik dalam subjek Bahasa & Kesusasteraan Melayu tahun 2007. Sejak dari sekolah rendah lagi, Syazwani memang gemar menulis dan membaca dgn meluas. Beliau juga seorang yg berdikari dan punyai motivasi diri yg kuat. Syukur Alhamdulillah, tahniah kami ucapkan, semoga terus maju di masa hadapan, Insya'allah.


BAHAS 4PM 2008

Atas permintaan anak saya Nur Syazwani, saya & isteri telah meluangkan masa pada petang Jumaat (semalam) untuk sama-sama menyaksikan Peringkat Akhir Peraduan Bahas Antara Maktab Rendah (Junior College), Politeknik dan juga Madrasah anjuran Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu Singapura (ringkasnya 4PM).

Peraduan Bahas ini, yg memang lazimnya diadakan sempena Bulan Bahasa, kali ini menyaksikan pertarungan sengit diantara Maktab Rendah Temasek (TJC) dan Maktab Rendah Raffles (RJC). For the records, heheh..RJC tak pernah menjuarai peraduan bahas ini. Justru itu, dengan melangkah kaki ke peringkat akhir ini pun, kira Alhamdulillah. Syazwani, yg merupakan mantan pembahas dari RGS (Johan Bahas Antara Sekolah-Sekolah Menengah 2006) dan mantan pembahas TITIAN MINDA (S'pura/Brunei 2007) dan juga rakan2 bertekad utk melakukan yg terbaik dalam peringkat akhir ini.

Adat pertandingan, ada yg menang dan ada yg kecundang. Walau pun, pada akhirnya TJC berjaya meraih kemenangan, namun, semangat juang "Srikandi Raffles" tidak harus dinafikan. Berdasarkan komen dari pengadil/penilai pada petang itu yang mengatakan kedua-dua pihak pencadang dan penyanggah ada mempunyai kebaikan dan kelemahan masing-masing, berkemungkinan perbezaan markah tak begitu ketara sangat. Apa pun, tahniah utk TJC kerana berjaya memenangi peraduan bahas ini buat kali ke 8 dalam sejarah Peraduan Bahas 4PM yg kali ini masuk tahun ke 15. Syabas! Buat Syazwani, walaupun team anda tewas, "Papa & Mama are really proud of you!"

Cakap pasal Bahas ni, teringat masa dulu2 sewaktu saya berada dalam peringkat pra-universiti dulu. Heheh...saya pun bekas pembahas sekolah. Pada waktu tu, bersama rakan Mohd Haris dan Rashidah Rahmat (kalau tak silap yer), kami hanya mampu ke peringkat suku akhir Peraduan Bahas, juga kelolaan 4PM. Kelihatannya, terdapat banyak persamaan di antara Nur Syazwani dgn saya dari segi minat dalam pelbagai cabang seni bahasa dan kesusasteraan Melayu.

Oklah, tak tau nak cakap apa lagi, so enjoy the pics....


PEMBAHAS DARI RJC



KESELURUHAN PESERTA-PESERTA
BAHAS 4PM 2008



PEMBAHAS DARI TJC & RJC






SEKILAS PANDANGAN

Friday, July 18, 2008

AYAM MASAK LADA SERATUS

Semalam hidangan harian ialah Ayam Lada Seratus dan Sayur Turi masak Lemak. Saya rasa lauk turi ni dah biasalah kan; pic pun tak snap! So Saya share ler resipi ayam masak lada seratus ni yg pernah saya gunakan daging pada entry yg lalu So, jom lihat sekali lagi yaa...






AYAM MASAK LADA SERATUS


Bahan-Bahan
1 ekor ayam ( 1.3 - 1.5 kg)- bersihkan dan potong 8 bahagian


25 -30 tangkai cili kering (direndam)
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
sedikit belacan
(kisar semua bahan2 ini dgn sedikit air)


2 btg serai (dititik)
3 cm lengkuas (dititik)
1 sudu teh kunyit serbuk
1 kotak santan kara (200 ml)
2 biji kentang (potong wedges) -optional
minyak utk menumis (abt 4-5 sudu makan)
2-3 mangkuk air (atau secukupnya)
sedikit air asam,
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
2 sudu besar bawang goreng (optional)


Cara
Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar dan kunyit serbuk hingga garing. Bubuh/tambah sedikit air jika perlu. Kemudian masukkan ayam dan 2 cawan air lalu masak hingga ayam 1/2 empuk.


Seterusnya, tuang santan, 2 mangkuk air dan kentang. Kacau rata-rata dan masak lagi hingga ayam & kentang empuk. Kalau kuahnya kurang, bolehlah ditambah 1 mangkuk air lagi. Sesudah itu, masukkan garam, gula dan sedikit air asam. Sesuaikan rasanya dan biarkan mendidih sebentar. Akhir sekali, masukkan bawang goreng (jika suka) dan kacau sedikit. Matikan api dan bolehlah dihidangkan.


Nota:
1. Hidangan ini juga enak dimakan dgn roti.
2. Kepekatan kuahnya terserah kpd anda.

Thursday, July 17, 2008

NASI GORENG CENDAWAN

Semalam buat Nasi Cendawan mengikut satu resipi dari buku masak lokal. Namun saya tak ikut 100 peratus dari buku tu dan saya membuat sedikit olahan/perubahan to suit my taste. Rasanya not bad, lumayan lah kalau lagi malas2 nak masak lauk2 yg lebih 'detail'. Kalau ada yg berhajat nak buat, silakan. Kalau tak pun, layan mata jer arrr..



NASI GORENG CENDAWAN

Bahan-Bahan
500 gm (2- 2½ leng) beras
secukup air (utk memasak beras di atas)
350 gm isi ayam (potong kecil-kecil)
4 biji kuning telur (kalau nk pakai putih + kuning pun orait)
sedikit kunyit serbuk
200 gm cendawan tiram segar (hiris)
½ biji lada benggala (hijau)

15-20 btg lada padi }
5 ulas bawang putih }
3 biji bawang besar }…. dikisar halus


garam secukup rasa
3-4 sudu makan minyak utk menumis
2 sudu makan minyak sapi
sedikit sayur campur (mixed vege)
sedikit jagung muda
1 btg lada merah (potong kecil)

Cara:
Masak nasi seperti biasa. Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng isi ayam sebentar hingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan.

Masukkan pula minyak sapi ke dalam kuali yg berisi lebihan minyak tadi. Bila dah panas, tumis bahan2 kisar hingga garing. Kemudian masukkan serbuk kunyit, gaul dan pecahkan telur. Kacau sebentar. Setelah itu, masukkan lada benggala, isi ayam, cendawan, mixed vege & jagung muda. Kacau sebentar.

Kemudian, masukkan nasi dan lada merah. Bubuh garam dan kacau hingga rata. Bila menghidangkan Nasi Cendawan ni, anda boleh taburkan dgn sedikit daun ketumbar/sup dan sedikit bawang goreng (optional).



Monday, July 14, 2008

KEK LAPIS MASAM MANIS

Resipi Kek Lapis Masam Manis ni telah pun ada pada entry terdahulu. Semalam saya buat sekali lagi versi bakar tetapi dgn sedikit perubahan. Instead of gunakan biskut Marie, saya gunakan tpg HK saja. Saya bubuh ovalette dan gulanya pun saya kurangkan sukatannya. Selanjutnya, saya gantikan sekaya kpd jem raspberry.

Secara keseluruhannya, pada pendapat saya kek lapis sarawak ni agak manis. Memang dah mcm gitu kot! Walaupun saya dah kurangkan sukatan gulanya, ada segelintir teman-teman ofis masih cakap "woo, manis betul kek nii". I guess its very subjective lah. Kalau anda seorang yg penawar, pasti kek-kek lapis ni bukan "your cup of tea". Mungkin anda harus hadkan pemakanan atau selera anda pada kek-kek biasa yg mmg tak menggunakan gula yg banyak. For those yg "sweet-tooth", kira OK ler.

Utk kek lapis masam manis ni, saya cuba rasa keknya tanpa haw flakes; keputusannya -asas kek tak ler manis. Cuma, bila di makan bersama haw flakes, hah, tu lah yg terasa manisnya! So, my advise jgn kurangi sukatan gulanya lagi tp kurangkan lah hawflakes yg anda bubuh. Atau perhaps anda tiadakan jem atau sekaya tu. (Jgn marah ye orang2 Sarawak, sekadar cadangan jer)




KEK LAPIS MASAM MANIS (HAW FLAKES)

Bahan-Bahan
10 biji telur
130 gm gula halus
450 gm mentega
1 sudu teh ovalette
1 tin susu pekat manis
50 gm jem raspberry
250 tepung Hong Kong
100 gm Horlicks
secukup haw flakes (saya gunakan 125 keping saiz duit 50 sen)

Cara:
1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji sebiji, pukul lagi hingga kembang dan pekat.

2. Kemudian, masukkan susu manis dan jem lalu terus pukul dgn kelajuan yg paling rendah- saja untuk ratakan bahannya. Ataupun anda boleh juga kacau hingga sebati.

3. Sesudah itu, masukkan tepung HK dan horlicks lalu pukul lagi (dgn kelajuan yg rendah) atau dikacau rata-rata hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dgn warna merah, hijau dan kuning atau warna pilihan anda.

4. Alaskan loyang 8" x 8" dgn kertas tracing dan griskan pada dasar dan keliling loyang. Ambil 2 senduk penuh adunan dan bakarlah berselang-seli warna dgn api grill kira-kira 200 - 210 darjah Celsius. Setiap lapisan dibakar kira2 selama 5-7 minit atau hingga masak. Aturkan haw flakes pada setiap lapisan ketiga (25 keping). Untuk loyang saiz ini, kita boleh mendapat sekitar 15 lapisan kesemuanya. So, jumlah hawflakes nya adalah 125 keping.

Kek Lapis Haw Flakes ni telah saya bawa ke ofis bersama Agar-Agar Pelangi (dah beberapa kali siaran ulang-tayangnya) sebagai sedikit jamuan dlm sesi pertemuan/mesyuarat kami yg bertugas di salah sebuah agensi pemerintah.

So, jom cuci mata lagi k!


WADEH UDANG

Ini siaran ulangan. Dah ada entry bab wadeh udang ini cuma ada sket jer adjustment dlm resipi kali ini. Anyway, dah lama tak makan wadeh udang buatan sendiri. Yg pasti, bila ada 'pasar malam' pasti itulah salah satu yg dicari, selain keropok lekor dan burger Ramly. Heheh, bukan apa, kalau teringin nak makan satu dua, beli aje lerr- kan senang. Takyah susah-susah nak menyerakkan dapur! Tapi, kalau ada masa terluang, jomlah kita buat seperti yg saya buat semalam. Rasanya OK kot! Nak tau cuba lah..



WADEH UDANG

Bahan-Bahannya :
150 gm kacang dhal hitam (ulundu) yg telah dibuang kulit(rendam 4-5 jam)
450 gm tepung gandum
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 tangkai daun kari (dihiris)
½ sudu teh soda bicarbonate atau potas
1 sudu makan yeast segera
350 -400 gm udang hidup
1 sudu teh garam
2 batang lada hijau (dihiris)
1 cm halia (dihiris)
½ sudu teh serbuk lada hitam
1½ cawan air (lebih kurang)

Peraturannya :
Kacang dhal dikisar bersama air sehingga halus. Masukkan halia dan kisar lagi. Kemudian tuangkan ke dalam bekas dan bubuh yeast dan potas. Kacau rata-rata. Seterusnya, masukkan potongan/hirisan lada hijau, bawang dadu, daun kari, garam dan serbuk lada hitam. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan adun sehingga rata semuanya. Perapkan adunan ini selama 2-3 jam.

Ambil sekeping plastik dan basahkan sedikit dipermukaannya. Dengan tangan yang basah, ambil sedikit adunan dan bulatkan seperti donut. Letakkan udang pada adunan itu lalu digoreng dengan minyak yang banyak. Hidangkan bersama lada hijau.

SUP MEE SUAH



Sup Mee Suah ini, kalau tak silap saya merupakan sejenis makanan kaum Cina. Seingat saya, sup ini telah saya nikmati sejak dari kecil lagi. Cuma, ketika menyiapkannya, arwah emak saya tak taruk sebarang jenis sayuran.

Sup Mee Suah ni boleh dimakan sebagai hidangan sampingan dengan nasi seperti lauk sayur atau sup yg lain. Tapi saya lebih suka makan begitu sahaja. Apa-apa pun, for a change- ia tak mengecewakan! Utk yg sedang berdiet, this is alright man!!


SUP MEE SUAH

Bahan-Bahan
150 gm mee suah
3 ulas bawang putih (hiris)
1 biji bawang besar (hiris)
2 -3 sudu makan udang kering (rendam & tumbuk)
atau 2 kiub pati ikan bilis(hancurkan dgn sedikit air)
2 sudu makan minyak
5-6 mangkuk air (lebih kurang)
3-4 biji telur (utk dicemplok dlm kuah)
garam secukup rasa /jika perlu
sedikit daun sup/bawang (hiris)
sedikit bawang goreng
1 btg lada merah (hiris)

Optional
1/2 btg lobak (potong ikut suka)
sedikit brocolli (potong kecil)
4 btg jagung muda (dlm tin atau yg segar)
sedikit fish ball/fish cake
1 potong tahu lembik (soft tofu)

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan udang kering/kiub pati ikan bilis hingga bawang layu. Masukkan air dan garam (jika perlu) dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan sayur-sayuran tadi bersama fish ball dan biarkan sebentar sehingga sayur layu sedikit. Seterusnya, masukkan mee suah dan tahu lembik. Kacau sedikit saja agar tahu dan mee suah tak hancur. Kemudian pecahkan telur ke dalam sup ini dan masak sebentar. Akhir sekali taburkan daun sup/bawang, bawang goreng dan lada merah hiris. Biarkan kandungan 'kuah' sup ini banyak kerana apabila sejuk, mee suah tu nanti akan menyerap kebanyakan air/kuahnya.
Nota:
Buat anda yg belum tahu camner rupa mee suah ni, sila lihat pic di bawah ni ya.