Kalau tak silap saya, sekitar kira-kira seminggu lalu ada seorang pengunjung blog yg meminta resipi Rojak Bandung. Sebenarnya, resipi ni mmg dah ada dalam simpanan dan kebetulan, saya pun memang nak buat. Cuma, baru semalam dapat menyempurnakannya.
Tak tahulah mengapa dan kenapa hidangan ini dinamakan sedemikian. Seperti juga minuman "air bandung" - rasa saya takde di daerah Bandung di Indonesia. Di kalangan kaum Cina pula, hidangan ini mungkin digelar "Sotong Kangkung". Apa pun, seingat saya, hidangan ni dah saya jamah sejak kecil lagi. Tapi dulu tak tau nama, main 'bedal' jer! Yg pasti ada sotongnya- tu yg feveret!
So, di sini saya sertakan resipi dan fotonya sekali. Kepada yg request tuhari, maaf, lambat sket. Buat yg lain, kalau nak cuba, silakan dan mulakanlah dgn bismillah.......Insya'allah menjadi!
ROJAK BANDUNG
Bahan-Bahan
600 gm sotong kering yg sudah dikembangkan (potong kecil -saiz ikut suka)
200 gm sayur kangkung (dibersihkan, potong seperti memasak sayur)
150 gm kacang tanah (sangai dan tumbuk separuh halus) atau beli yg dah siap jer
beberapa keping tahu kering (“tahu pok”) atau tahu basah
1 batang timun
Cara:
1. Didihkan air dalam periuk. Bubuhkan sedikit garam dan minyak.
2. Celurkan kangkung sebentar dan toskan.
3. Celurkan pula sotong kembang tadi dan agkat lalu toskan.
4. Tahu kering/ tahu basah digoreng hingga garing lalu dipotong/hiris.
5. Timun dibelah dua dan dihiris memanjang.
Bahan-Bahan Sambal
25-30 tangkai cili kering (rendam dan kisar dgn sedikit air)
240 gm gula melaka
2 sudu makan gula pasir
250 ml air
5 sudu makan (penuh) petis
½ botol sos tomato (kira-kira 220-250 gm)
1 sudu makan cuka atau air limau kasturi (boleh dikurangkan)
1 sudu makan tepung jagung (bancuh dgn 2 sudu makan air)
Cara:
1. Masak gula melaka bersama air hingga gulanya larut. Tapis dan tuang ke dalam periuk.
2. Masukkan pula semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan sehingga mendidih.
3. Akhir sekali, tuangkan bancuhan tepung jagung tadi utk memekatkan sambalnya. Matikan api.
Cara Menghidangkan Rojak Bandung
1. Susun kangkung, sotong, timun dan tahu di dalam pinggan.
2. Tuangkan sambalnya rata-rata.
3. Akhir sekali, taburkan kacang tanah tumbuk tadi.
Assalamualaikum,
ReplyDeletePetis tu macamana nak buat?
WS.
ReplyDeletePetis u takyah buat. Beli jer kat kedai. Petis tu samalah yg digunakan utk buat rojak Cina/melayu yg ada gunakan timun/nenas/sengkuang. Nama lainnya "otak udang" atau bhs Inggerisnya "shrimp paste". Harap anda faham ya.
salam BR,
ReplyDeletethank you, thank you, thank you!!!
kami baru jea lepas makan sotong kangkung@rojak bandung ni.
memang lama sangat dah nak makan tapi tak tau nak buat sosnya tu.sekarang dah tau boleh la bikin dan jemput kawan-kawan makan.
semoga dapat banyak pahala pada BR sebab turunkan ilmu pada orang lain.
terima kasih sekali lagi!
amalina&family
USA
W'Salam amalina & famili,
ReplyDeleteYou're most welcome sis. Im glad to be of help. TQ for your doa. Amiinn..
Assalamualaikum Bro Rozzan
ReplyDeleteTerimakasih kerana sangat murah hati berkongsi resipi-resipi dgn kami semua. Saya dah cuba resipi rojak bandung utk buka puasa tadi, sangat sedap! famili saya memang suka rojak bandung...Hope Allah blesses u and family always for your generosity!
Wa'alaikum Salam Ananta
ReplyDeleteAlhamdulillah, I'm glad your family & you like it. All praise be to HIM. Thank you for ur doa ya!! Amiinn...
salam bro rozzan...saya nak buat sos bnyk ni...nak pakai sebanyak 2 botol petis...haha nak buat untuk majlis tunang minggu ni. boleh tk sekiranya bro anggarkan bahan2 yg lain? untuk kuahnya saja....thk u!
ReplyDeleteWS. Perhaps u boleh buat 4 kali sukatan bahan2 utk membuat kuahnya ya. Maaf terlewat reply.
ReplyDeleteAssalamualaikum Bro Rozzan,
ReplyDeleteThanks for the recipe. Boleh tanya sikit, what can substitute kalau tak ada sotong kering?
Assalamualaikum,bro rozzan..apa khbar anda?saya tanya sekiranya instant rojak bandung harus panaskan atau tambah apa yang patut ke?
ReplyDelete