Thursday, December 10, 2009

KEK LAPIS ....lagi?


Menunaikan hajat seseorang yg inginkan Kek Lapis utk majlis pernikahan. Terima kasih atas kepercayaan anda ya.... Semoga ia selamat sampai ke Melaka yer.... Nampak2nya, warna merah ni mmg menjadi pilihan ramai mempelai kot.. So far dah 3 kali saya buat pilihan warna ni arr...



KEK LAPIS
Bahan-Bahan
700 gm mentega
220 gm gula
1 sudu besar ovellette
14 biji telur saiz besar
1 ½ tin susu pekat manis
380 gm tepung Hong Kong
140 gm horlicks
3 sudu besar serbuk koko (dibancuh dgn 2-3 sudu besar air panas)
1 sudu besar chocolate emulco
1 sudu teh pewarna cokelat
50 gm jem strawberry (optional, boleh ditiadakan)
1 sudu teh pewarna merah
1 sudu teh pewarna oren

Cara:
1) Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.

2) Masukkan pula susu pekat manis lalu dipukul dgn speed perlahan.

3) Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dgn kelajuan yg rendah sehingga menjadi adunan yg licin dan sebati.

4) Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
Satu bahagian dibiar plain, satu dibubuh koko, choc emulco & pewarna cokelat, satu lagi dibubuh jem strawberry & pewarna merah dan yg akhir dibubuh warna oren, perisa oren.

5) Dengan menggunakan loyang 9" x 9" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar.

6) Satu lapisan gunakan 3 senduk adunan.

7) 3 Lapisan pertama dan 3 lapisan terakhir gunakan adunan plain.

8) Yg ditengah2 tu ikut sukahati anda yer... Saya gunakan warna cokelat, merah dah oren. Bakarlah sehingga selesai kesemua adunan.

Nota :
1) Gunakan pewarna yg anda suka dan susunlah warna lapisan anda mengikut citarasa anda.
2) Saya editkan loyangnya kpd yg kecil sedikit...iaitu 9" x 9"
 

Saturday, December 05, 2009

AGAR-AGAR LAPIS KOKTEL / KEK LAPIS OREO

Permintaan dari seorang teman sekerja. Warna kek pilihan penempah, walaupun saya kurang gemar pada kombinasi warnanya tp itulah hak 'customer' yer... Agar-agar lapis koktel pula saya sesuaikan dgn resipi agar-agar pelangi indah tp dgn sedikit kelainan. Saya bubuhkan buah koktel berselang seli pada lapisan tersebut. Jom lihat pics ya.





Tuesday, December 01, 2009

KEK GULUNG BATIK

Salam sejahtera semua. My PC masih blum sihat, masih kat 'hospital' tgh tunggu bahan gantian utk transplant, hihihi... Apapun, now I'm using my laptop dan teringin nak share satu resipi kek roll (yg selalunya bukan my forte!) yg saya sungguh tercabar nak buat dek kerana byk review yg positif dari mereka yg dah mencubanya. Resipi ni saya tukil dari Forum Cari dan Alhamdulillah, first time cuba, tak mengecewakan. Saya harap anda juga boleh mencuba yer...




Kek Gulung Batik
(sumber: ahpek, Forum Cari)

Bahan-Bahan

6 biji telur gred A
4 oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovalet
3 oz tepung gandum (saya gunakan Top flour)
1 sudu besar susu tepung
4 oz mentega (dicairkan)
sedikit coklat emulco
jem strawberri secukupnya (saya gunakan Nutella)


Cara

1. Telur, gula, ovalet, baking powder, esen vanilla, tepung gandum (Top) dan susu tpg dipukul dgn kelajuan tinggi sehingga pekat dan gebu (5-7minit).

2. Kemudian, masukkan mentega cair, lalu digaul/kacau hingga rata. Asingkan sebahagian drpd adunan tadi (lebih kurang 1 cwn) ke dalam bekas lain dan bubuh sedikit coklat emulco. Kacau rata dan masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag.

3. Tuangkan adunan plain tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya. Seterusnya, picitkan adunan coklat secara memanjang pada permukaan adunan plain tadi. Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari hujung ke hujung. Bakar dalam oven selama kira-kira 20minit dgn suhu 170 darjah celcius.

4. Apabila kek dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar di atas redai kek. Selepas itu, keluarkan kek dari loyang dan terbalikkan ke atas sehelai kertas dan sapukan jem / Nutella sehingga rata. Setelah itu, gulung kek perlahan2 sehingga kemas. Boleh di balut dgn kertas tracing/kek atau cling wrap.









Nota :

1. Resipi asal menggunakan satu jer loyang kek roll berukuran 14" x 14". Oleh krn saya takde, saya gunakan 2 loyang berukuran 10" x 10".

2. Sewaktu membakar, kalau masa membakarnya kurang tepat (atau ckp senangnya 'tak cukup masak' walaupun kek nampak cantik, tapi setelah menggulungnya, bila dibuka semula dari kertas tracing tu, 'kulit' kek akan terkopek dan akan mencacatkan kek anda. Ini berlaku sedikit pada kek roll pertama yg saya buat. Harap maklum ya.




Contoh lorekan pada permukaan kek.


Tuesday, November 24, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Salam sejahtera. Dah lama tak update blog ni, heheh. Bukan apa, mula-mula tuanpunya blog kena 'flu' -dah hampir 2 minggu batuk masih blum reda lagi. Dan, sejak lebih seminggu lalu my desktop pc pula buat hal-sakit. Mula-mula takleh on, pastu ok pulak. Lepas 2-3 hari, terus 'kaput', mogok terus. Bukan tak boleh nk gunakan laptop atau netbook, cuma dari dulu, saya mmg dah selesa gunakan desktop pc. Semalam, datanglah doktor pc (Izad) utk amik cpu saya utk di "bedah-siasat". Apapun, buat sementara ni, kalau ada updates pun, maybe just me sharing recipes jer ya! Itu pun kalau ada kesempatan. Gambar2 maybe not for the time-being...


Sempena Raya yg bakal tiba Jumaat ni, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kpd anda semua, khususnya umat Islam. Semoga kita dapat lebih menghayati erti kata "pengorbanan".


LABBAIKALLAA HUMMALABBAIK. LABBAIKALAA SYARII KALA KALABBAIK. INNALHAMDA WANI'MATA LAKAWAL MULK LAA SYARIKALAK.

Tuesday, November 10, 2009

ROTI SOSEJ





Salam sejahtera buat semua. Sebenarnya saya kurang sihat hari ni tapi kalau asyik makan ubat dan tidur jer, takutlah makin malas dibuatnya. So, kali ni saya saja nak share pics ttg roti sosej yg saya buat. Mudah dan enak. Saya rasa ramai yg dah tahu camner nak buat kan! Bagi yg belum tahu, jom lihat. Bila dah tahu nanti, bolehlah buat sendiri, berbaloi... Resipinya bolehlah anda gunakan resipi pinwheel bread ni.




Ambil sedikit doh yg telah diperap (kira-kira 80 gm) canai leper dan dibalut pada sebatang sosej. Biarkan ada lebihan doh pada sebelah bahagian sosej tadi. Ambil pisau dan hiris sosej seperti bentuk sikat. Bentukkan roti seperti di atas dan taburkan sedikit mixed vegetable.... (sila lihat cara pada pic yg saya tukil dr buku Chef Alex Goh ni)






Taburkan sedikit keju mozarella (jika suka, optional). Pastu bakar dgn suhu 180 darjah Celsius selama kira-kira 15-20 minit.





Keluarkan dan picitkan sos cili dan maiyonese. Kemudian masukkan semula roti ke dalam oven dan bakar lagi selama lebih kurang 10 minit atau sehingga roti masak kekuningan. Keluarkan dari oven dan sejukkan.





Dan yang ini pula saya buat roti keju. Setelah doh roti naik, saya taburkan keju parut dan sedikit gula pasir ke permukaannya. Bila dah separuh masak, saya bubuh lagi keju parut dan bakar lagi sehingga masak. (keseluruhan masa membakar lebih kurang 30-35 minit)






Sunday, November 08, 2009

KEK LAPIS OREO



Salam sejahtera. Semoga semuanya sihat2 belaka. Maaf, kerana dah lama takde updates. For the past one week, saya kurang sihat sket. Apapun, untuk tidak menghampakan Angie, Habibah dan mama kimi , di sini saya sertakan resipi kek lapis oreo, versi saya. Anda boleh mempelbagaikan perisanya tapi yg pasti, asas pembikinannya lebih-kurang sama dgn kek-kek lapis sarawak yg lain ya.

So, utk anda2 semua yg berminat silalah mencuba. Insya'allah menjadi.




KEK LAPIS OREO

Bahan-Bahan

10 biji telur (saiz besar)
500 gm mentega
200 gm gula halus
300 gm susu manis
100 gm keju cheddar, diparut (optional)
50 gm horlicks
50 gm santan serbuk (peket)
100 gm biskut Marie (ditumbuk halus)
180 gm tpg Hong Kong
1 sudu teh serbuk vanilli
1 sudu teh pes pandan (optional)
secukup biskut Oreo (dibuang krimnya)
pewarna hijau dan merah


Cara:

1) Pukul mentega, gula dan vanilli sehingga kembang.

2) Masukkan pula telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan sebati.

3) Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan susu manis. Pukul terus.

4) Seterusnya, perlahankan kelajuan mixer ke paras minimum dan masukkan tepung Hong Kong, serbuk biskut Marie, horlicks dan santan serbuk. Pukul sebentar sekedar utk meratakan adunan.

5) Bahagi adunan kepada 3 bahagian:

a) 1 bahagian dibubuh pewarna hijau & pes pandan (optional)
b) 1 bahagian dibubuh pewarna merah
c) 1 bahagian dibiarkan plain (warna asal)

6) Sediakan loyang persegi empat berukuran 8" x 8" yg telah dialaskan dgn kertas tracing dan digriskan pada dasar dan kelilingnya. Suhu oven sekitar 180 -200 darjah Celsius.

7) Ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna hijau dan bakar lapisan pertama dgn api atas bawah sehingga masak (kira-kira 6-8 minit).

8) Seterusnya, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Kemudian, ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna merah dan bubuh di atas lapisan pertama tadi dan tabur kan sedikit keju parut. Bakar hingga masak (kira-kira 5-7 minit)

9) Selepas itu, ambil 2 senduk (bumbung) adunan plain dan bubuh ke atas lapisan merah tadi dan susun pula biskut oreo di permukaannya. Banyak sikitnya biskut, terserah kpd anda seperti contoh di bawah ni.



10 ) Bakarlah sehingga adunan selesai.


Nota:

1) Anda boleh gunakan apa jua warna yg anda sukai.
2) Anda boleh tiadakan keju parut atau pes pandan jika anda tidak menggemarinya.
3) Anda boleh gunakan sepenuhnya 100 gm horlicks jika anad tidak menggemari santan serbuk.


Monday, October 26, 2009

KEK LAPIS COFFEE CHOCOLATE




Salam buat semua pengunjung. Maaf kerana dah lama tak update blog ni. Macam bz sesangat dgn tugas2 seharian. Bila pulang dah penat. Tak dapat nak mengeksperimentasi dgn resipi2 yg blum dicuba ataupun lain2 berita utk dikongsi bersama. Namun, apapun, diharap apa yg telah dipaparkan pada entry2 yg lalu dapat memberi semacam rujukan kpd anda, khususnya pada mereka yg baru berjinak2 utk mempelajari bidang kulinari ini.


Kebelakangan ni, "time is really not not on my side". Rasanya mcm tak larat nak terus berblogging. Tak tahulah, sejauh mana lagi dapat saya teruskan. Tapi, Insya'allah kalau ada masa terluang, saya akan cuba berkongsi -tak kiralah apa pun; resipi ke, informasi ke dan sebagainya. Untuk kali ni saya sertakan resipi Kek Lapis Coffee Chocolate, utk penggemar kopi ya..




Bahan (A)

375 gm mentega
8 sudu besar susu pekat
3 sudu besar coffee oil
secubit garam halus

Bahan (B)

20 biji kuning telur sejuk
5 biji putih telur sejuk
300 gm gula halus
210 gm tepung Hong Kong
1 sudu besar Ovalette
1 sudu teh baking powder


200 gm chocolate Cadbury (hazelnut/almond, etc) -dipotong kecil2

Cara :

1. Pukul Bahan A hingga kembang dan ringan. Ketepikan.
2. Pukul Bahan B hingga pekat dan sebati.
3. Masukkan Bahan B ke dalam Bahan A. Kacau rata-rata (sehala).
4. Bakarlah selapis-selapis dan bubuh potongan cokelat pada setiap lapisan genap sehingga adunan selesai digunakan.


Nota:
a) Gunakan loyang 10”x 7” atau 8”x8”.
b) Alaskan dasar loyang dgn kertas tracing/parchment & gris dgn mentega.
c) Gunakan api atas bawah pada lapisan pertama (suhu 180 darjah) dan api grill (api atas je) dgn suhu kira-kira 180 – 200 darjah utk lapisan kedua sehingga akhir.



Wednesday, September 30, 2009

KEK LAPIS MANGO CHEESE, NUTELLA STRAWBERRY, PRUNE APRICOT & REMPAH

Salam Lebaran buat anda semua. Maaf kerana lama saya "bercuti" dari blogging. Bulan puasa ..almaklum sajalah, masa 24 jam setiap hari tu mcm tak cukup jer.. Apa pun, semoga anda semua sihat sejahtera dan sentiasa ceria dalam menyambut Syawal yg mulia ni. Utk mereka-mereka yg belum sempat saya bermohon maaf, sepuluh jari saya susun memohon kemaafan jika terdapat terkasar bahasa ataupun perkara yg menyinggung perasaan anda secara sengaja ataupun tidak. Semoga tali silaturrahim di antara kita sesama Muslim kekal berpanjangan, Insya'allah.

Sebenarnya, Raya kali ini, saya tka buat kuih raya pun...heheh. Macam takde mood gitu. Anak bongsu saya yg buat 4 jenis kuih dan lainnya samada pemberian orang ataupun kuih tunjuk2 yg diuruskan oleh orang rumah. Krepek2 pula saya sempat beli di ...Johor, heheh.... Saya hanya sempat buat 12 biji kek lapis utk famili.

So, kat sini saya kongsi bersama antara kek2 lapis yg saya buat. Resipinya akan saya poskan later ya...


KEK LAPIS MANGO CREAM CHEESE






Rasa kek ni tak terlalu manis. Bahan2 utama yg digunakan termasuklah KRAFT cream cheese, mango puree dan preserved mango slices.


KEK LAPIS MANGO CHEESE


Bahan-Bahan

450gm mentega
1 tin susu manis
250gm cream cheese
10 biji telur
150gm gula halus
200 gm tepung Hong Kong
1 sudu besar ovalette
100gm Horlick
120 gm preserved mango (digunting kecil-kecil dan digaul dgn mango puree sket supaya lembut )
2 sudu besar mango puree


Cara :

1. Mentega, susu dan cream cheese dipukul hingga putih.

2. Telur, tepung Hong Kong, Horlick dan ovalette dipukul hingga kembang dan pekat.

3. Satukan semua adunan adunan di atas dan gaul hingga rata dan sebati.

4. Bahagi kepada 2 bahagian:- satu bahagian dicampur pewarna jingga (oren) atau kuning, esen mango dan mango puree.- satu bahagian lagi dibiarkan warna asal.

5. Bakar selapis adunan jingga sehingga masak, Kemudian, bakar pula lapisan kedua (plain) dan taburkan preserved mango yg dah digunting2 tadi. Bakarlah sehingga selesai adunan.


KEK LAPIS NUTELLA /STRAWBERRY






Kek ni adalah olahan dari Kek Lapis Nutella yg saya kongsi sebelum ini. Cuma, lapisan plain saya campurkan dgn serbuk aiskrim strawberry, strawberry paste/essence dan bubuh cherry tips (chelory). Pada bahan chocolate tu tetap sama - dibubuh Nutella yg digaul rata dan juga Nutella 'droppings' pada setiap lapisan nya. Kek ni fofular dikalangan tetamu2 saya.


KEK LAPIS NUTELLA STRAWBERRY

Bahan-Bahan
450 gm mentega
160 gm gula
1 sudu teh ovellette
10 biji telur (saiz besar)
1 tin (397gm) susu pekat manis
240 gm tepong Hong Kong
100 gm horlicks
200 gm Nutella

secukup ceri atau chelory tips
40 gm serbuk aiskrim strawberry
1 sudu teh esen strawberry

180 – 200gm Nutella untuk di bubuh pada lapisan kek


Cara:

1) Pukul mentega, gula dan ovalette sehingga kembang (kira-kira 10 minit).

2) Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul (kira-kira 7-8 minit)

3) Perlahankan speed mixer, bubuh susu pekat manis dan terus pukul.

4) Seterusnya, kurangkan kelajuan mixer hingga ke paras paling perlahan (rendah) lalu masukkan tepung HK dan horlicks sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati dan rata.

5) Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu bahagian dibubuh serbuk aiskrim strawberry, esen strawberry dan pewarna merah jambu. Yg satu lagi dibubuh Nutella dan dikacau rata.

6) Bakarlah selapis selapis. Pada setiap lapisan cokelat, bubuh lagi Nutella (dgn menggunakan sudu, biarkan ia jatuh sedikit-sedikit di atas lapisan kek. Manakala pada lapisan strawberry, kalau suka, bolehlah dibubuh cherry atau chelory tips.


KEK LAPIS PRUNE APRICOT







Kek ini adalah olahan dari resipi kek lapis prune. (sila rujuk kpd resipi kek lapis prune yg telah saya kongsi di entry yg lalu). Saya hanya tambahkan buah preserved apricot selain dari prune yg biasa kita gunakan. Based on feedback, most of my guests like it.



KEK LAPIS REMPAH







Kek lapis rempah ini saya ubah sket resipinya utk mereka yg gemar dgn kek lapis rempah yg lebih lembab (moist). Saya tambahkan sukatan susu pekat manisnya dan lebih sedikit rempah.


KEK LAPIS REMPAH

Bahan-Bahannya:
20 biji kuning telur (saiz besar)
5 biji putih telur
13 oz gula halus
18 oz mentega
5 oz tepung Hong Kong
½ tin susu pekat manis
2 oz badam kisar
5 sudu teh rempah kuih (atau ikut citarasa anda)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilli


Cara :

1. Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan.

2. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat.

3. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati.

4. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur. Kacau rata-rata lalu masukkan tepung sedikit demi sedikit.

5. Masukkan badam dan rempah kuih. Kacau hingga rata dan sebati.

6. Ambil loyang yg telah dialas dgn kertas tracing dan disapu dgn mentega. Masukkan 2 senduk lauk adunan ke dalamnya dan mulalah membakar seperti biasa, selapis demi selapis.

7. Lapisan pertama, gunakan api atas bawah, suhu 180 darjah Celsius. Lapisan kedua sehingga selesai, gunakan api atas jer (grill), suhu kira-kira 180 – 200 darjah. Selepas setiap lapisan dibakar, keluarkan loyang dan tekan sedikit dgn penekan kek lapis supaya rata. Kemudian baru dibubuh lapisan kedua. Bakar sehingga selesai.

Monday, September 21, 2009

KAD RAYA



Kad Raya dari Ummi. Mekasih Ummi krn atas ingatan anda. Salam buat anda sekeluarga juga ya...Next time pi Pahang boleh ler singgah umah anda yer!

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




Buat semua pengunjung ke blog ini dan semua kenkawan di alam siber, saya mengambil kesempatan ini utk menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika terdapat apa-apa kesilapan atau keterlanjuran kata semasa berinteraksi dgn anda2 semua. Maklumlah tidak ada yg sempurna selain NYA. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Minal Aidil Wal Faizin, Wal Makbulin. Maaf Zahir dan Batin. Semoga kita semua dipertemukan dalam bulan Syawal yg bakal menjelma ini.
Salam Ukhuwah dari saya.

Sunday, August 30, 2009

AIR KATHIRA

Salam semua. Hah, buat sesiapa yg belum pernah melihat bahan-bahan dan rupa air kathira ni, kat sini bolehlah anda lihat pic nya ya..

Bahan-Bahan sebelum kembang


Bahan-Bahan sesudah kembang




Siap dibancuh dgn air, air gula, susu sejat dan air mawar.



Jemput minum......



Seperkara lagi, bukanlah niat saya utk menyediakan khidmat permintaan resipi. Sesekali tu, kalau mmg ada request dan kebetulan resipi tersebut ada dlm simpanan saya, Insya'allah akan saya kongsi bersama.

Perhaps, anda boleh cuba dahulu googled kat Internet, kalau2 resipi yg anda berhajat ada di blog2 atau lelaman tertentu. Namun, by all means anda boleh request cuma kalau saya tk dapat menunaikan permintaan anda krn sesuatu resipi tu mmg saya takde, harap maaf dan faham yer. Mentelah lagi, sekarang ni bulan puasa dan masa saya terhad. Terima kasih atas kefahaman anda ya.

Friday, August 28, 2009

Hidangan Berbuka

Hidangan berbuka... ringkas





Dan kalau takde masa, beli kat food centre..... bubur kacang je yg masak sendiri..
Heheh...kalau sesekali tak beli, camner pegerai2 tu nak bisnez kan?


Thursday, August 27, 2009

Permintaan Resipi - AIR KATHIRA

Permintaan dari Wahida

AIR KATHIRA(Minuman kegemaran orang Islam India Selatan)
-sumber resipi : Puan Zarina Ibrahim


BAHAN-BAHANNYA:
Disediakan lebih awal:

Sirap:

Didihkan 2 cawan gula dalam 3 cawan air.
Masukkan 1 helai daun pandan, hingga larut gulanya.

1 cbsr kathira - direndam semalaman, buangkan kekotoran dan ditapis.
Dibilas dengan air masak, ditapis lagi.

10 butir kembang semangkuk - direndam semalaman buangkan biji dan kulit.
Ditapis, bilas dengan air masak dan ditapis lagi.

1 sudu besar rata biji selasih - direndam dalam air masak hingga ia mengembang, kemudian ditapis lagi.

1 tin susu cair (sejat)- 'evaporated milk' - (410 g)
1 cawan sirap
6 cawan air
1 sudu teh air mawar


CARA MEMBUATNYA:

Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan katira, kamang semangkuk dan biji selasih. Tuangkan sirap, air susu dan air mawar. Dikacau rata. Masukkan
ketulan air batu atau air batu yang dihancurkan dan dihidangkan.

NOTA:

Biji Selasih -boleh didapati dari kedai India atau dari gerai peniaga Cina yang menjual makanan kering di pasar.

Kembang semangkuk - boleh didapati dari kedai sinseh Cina

Kathira - dapatkan dari kedai peniaga India. Orang-orang Islam gemar minum katira semasa bulan puasa.

Sunday, August 23, 2009

PIZZA

Niat di hati nak berbuka puasa dgn pizza yg pelbagai perisa seperti daging, tuna dan ayam. Namun di saat2 akhir, oleh kerana kesuntukan waktu, saya terus jer buat pizza ayam. Kebetulan, anak bongsu saya nak cuba masak mee (nama resipinya pun tak tahu!). So, saya ajaklah dia pi supermarket dan belikan bahan2 yg diperlukan.

Dahtu sukatan pun takde, main agak2 jer. Semasa masak tu, diapun berkata, nanti lepas tumis bahan2 rencah mee ni dan sebelum dimasukkan mee kuningnya, papa bolehlah rasa eh... Saya pun tercengang sekejap. Ishh, ishh, akukan puasa, camner nak rasa? Rupa2nya dia suruh rasa selepas masuk waktu berbuka, sebelum dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa. Hah..bila siap mee yg dimasak tu, rasanya seperti mee jepun/sukiyaki (kicap) yg pernah saya postkan resipinya kat blog. Bolehlah tahan... anak dara aku masak. cuma, gambar lupa lak nak snap!

Anyway, resipi pizza ni pun main campak2 aje, almaklum sajalah bulan puasa ni, camner nak rasakan? Sebelum bermula, bacalah bismillah banyak2 semoga semuanya ok. Oleh kerana masa dah lewat, malas pulak nak buat di dulang pizza yg biasa dan sederhana besarnya. Saya gunakan 2 dulang yg besar, abis cerita! ringkas. But of course, tak habislah semua pizza tu waktu berbuka. Lebihannya boleh dimakan waktu bersahur...

So, this is the pic.






Terdapat pelbagai resipi Pizza. Di sini saya berkongsi satu resipi yg mudah dibuat ya. Kalau xde masa, skarang ni pun dah ada yg ready-made. Beli jer. Intinya anda boleh mempelbagaikan mengikut citarasa anda sendiri.


PIZZA AYAM

Bahan-Bahan
300 gram tepung gandum/roti
20 gram yis segar atau ½ sudu besar yis segera
2 sudu teh gula halus
1 sudu teh garam
1 cawan air suam-suam panas
1 sudu teh bread improver/softener (optional)
1 sudu besar minyak zaitun


Peraturan
Ayak tepung bersama bread improver/softener. Masukkan garam, kacau rata. Kemudian, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Buatkan lubang di tengah-tengahnya, taruh yis, gula dan sedikit air tadi. Kacau yis, gula dan air tadi sehingga sebati. Taburkan sedikit tepung ke atasnya. Biarkan selama 10 minit sehingga campuran yis tu berbuih sket. Setelah itu, uli tepung dengan lebihan air tadi dan minyak zaiton; sehingga lembut dan sebati. Perap selama 15 minit. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.


Bahan-Bahan untuk Intinya

350 gram isi ayam

1 sudu besar serbuk ketumbar
½ sudu teh serbuk jintan halus
½ sudu teh serbuk jintan kasar
1 btg serai
2 ulas bawang putih
½ inci halia
2 hiris lengkuas
1 sudu teh kunyit
2 sudu besar gula pasir
(kisar semua bahan dan perap bersama isi ayam sebentar)

minyak secukupnya

Cara
Panaskan minyak dan tumis isi ayam yg telah diperap. Bubuh garam dan sedikit lagi gula jika perlu. Masak sehingga ayam empuk. Angkat dari api.


Bahan-Bahan Lain
2 btg sosej ayam (potong ikut suka)
1 tin kecil cendawan butang (dipotong ikut suka)
300 gram keju Mozarella (diparut halus) –lebih pun takpe, sedapp…
2 biji bawang besar (dibiris bulat-bulat)
3 biji tomato (dipotong ikut suka)
secukup lada benggala (hijau/merah/kuning)


Bahan-Bahan untuk Sambal
1 biji bawang besar (saiz besar) }
2 ulas bawang putih } ……..dikisar halus
½ cawan lada kering kisar /lada boh
2 sudu makan sos tomato
1 sudu teh tomato puri
sedikit oregano
sedikit garam, gula dan sedikit air


Peraturan
Tumis bawang besar, b.putih dgn lada kisar sehingga garing. Masukkan sedikit air, tomato puri, sos tomato, garam dan gula. Kacau hingga sebati dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda- nak masam lebih ke, manis ke.. Kemudian barulah diangkat dari api.


Cara Membuat Pizza
Adunan roti tadi dicanai leper setebal kira-kira ½ cm. Taruhkan ke dalam 2 dulang Pizza lalu disapukan dengan sambal. Seterusnya taburkan dengan sedikit parutan keju. Lepas tu, taburkan isi ayam, sosej dan cendawan. Kemudian, susun bawang besar, tomato dan lada benggala hijau/merah di atasnya. Akhir sekali, tabur lebihan parutan keju tadi . Bakar didalam ketuhar selama 20 hingga 25 minit dengan sukatan suhu 180 -200 C. Dihidangkan panas-panas.

HIDANGAN RINGKAS BERBUKA PUASA

Bulan puasa ni, nampak lauk/juadah/kuih2 kat bazar,kedai, sumernya nak beli. Bila dah buka, makan sket jer dah kenyang. Juadah yg banyak terhidang kat meja tu jadi semacam 'perhiasan' meja arr. Sebaiknya, berbukalah dgn sederhana. Makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Takut "terbalik court" pulak. Bila waktu bulan puasa, instead of kurang berat badan, ni makin menjadi2 pulak timbangannya. Mentelah lagi kalau dah kenyang sgt, tak larat nanti nak buat amalan2 sunat yg digalakkan dlm bulan yg mulia ni.


Apapun, tepuk dada tanya selera. Asalkan makanan yg dibeli/hidangkan tak membazir.