Wednesday, September 30, 2009

KEK LAPIS MANGO CHEESE, NUTELLA STRAWBERRY, PRUNE APRICOT & REMPAH

Salam Lebaran buat anda semua. Maaf kerana lama saya "bercuti" dari blogging. Bulan puasa ..almaklum sajalah, masa 24 jam setiap hari tu mcm tak cukup jer.. Apa pun, semoga anda semua sihat sejahtera dan sentiasa ceria dalam menyambut Syawal yg mulia ni. Utk mereka-mereka yg belum sempat saya bermohon maaf, sepuluh jari saya susun memohon kemaafan jika terdapat terkasar bahasa ataupun perkara yg menyinggung perasaan anda secara sengaja ataupun tidak. Semoga tali silaturrahim di antara kita sesama Muslim kekal berpanjangan, Insya'allah.

Sebenarnya, Raya kali ini, saya tka buat kuih raya pun...heheh. Macam takde mood gitu. Anak bongsu saya yg buat 4 jenis kuih dan lainnya samada pemberian orang ataupun kuih tunjuk2 yg diuruskan oleh orang rumah. Krepek2 pula saya sempat beli di ...Johor, heheh.... Saya hanya sempat buat 12 biji kek lapis utk famili.

So, kat sini saya kongsi bersama antara kek2 lapis yg saya buat. Resipinya akan saya poskan later ya...


KEK LAPIS MANGO CREAM CHEESE






Rasa kek ni tak terlalu manis. Bahan2 utama yg digunakan termasuklah KRAFT cream cheese, mango puree dan preserved mango slices.


KEK LAPIS MANGO CHEESE


Bahan-Bahan

450gm mentega
1 tin susu manis
250gm cream cheese
10 biji telur
150gm gula halus
200 gm tepung Hong Kong
1 sudu besar ovalette
100gm Horlick
120 gm preserved mango (digunting kecil-kecil dan digaul dgn mango puree sket supaya lembut )
2 sudu besar mango puree


Cara :

1. Mentega, susu dan cream cheese dipukul hingga putih.

2. Telur, tepung Hong Kong, Horlick dan ovalette dipukul hingga kembang dan pekat.

3. Satukan semua adunan adunan di atas dan gaul hingga rata dan sebati.

4. Bahagi kepada 2 bahagian:- satu bahagian dicampur pewarna jingga (oren) atau kuning, esen mango dan mango puree.- satu bahagian lagi dibiarkan warna asal.

5. Bakar selapis adunan jingga sehingga masak, Kemudian, bakar pula lapisan kedua (plain) dan taburkan preserved mango yg dah digunting2 tadi. Bakarlah sehingga selesai adunan.


KEK LAPIS NUTELLA /STRAWBERRY






Kek ni adalah olahan dari Kek Lapis Nutella yg saya kongsi sebelum ini. Cuma, lapisan plain saya campurkan dgn serbuk aiskrim strawberry, strawberry paste/essence dan bubuh cherry tips (chelory). Pada bahan chocolate tu tetap sama - dibubuh Nutella yg digaul rata dan juga Nutella 'droppings' pada setiap lapisan nya. Kek ni fofular dikalangan tetamu2 saya.


KEK LAPIS NUTELLA STRAWBERRY

Bahan-Bahan
450 gm mentega
160 gm gula
1 sudu teh ovellette
10 biji telur (saiz besar)
1 tin (397gm) susu pekat manis
240 gm tepong Hong Kong
100 gm horlicks
200 gm Nutella

secukup ceri atau chelory tips
40 gm serbuk aiskrim strawberry
1 sudu teh esen strawberry

180 – 200gm Nutella untuk di bubuh pada lapisan kek


Cara:

1) Pukul mentega, gula dan ovalette sehingga kembang (kira-kira 10 minit).

2) Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul (kira-kira 7-8 minit)

3) Perlahankan speed mixer, bubuh susu pekat manis dan terus pukul.

4) Seterusnya, kurangkan kelajuan mixer hingga ke paras paling perlahan (rendah) lalu masukkan tepung HK dan horlicks sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati dan rata.

5) Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu bahagian dibubuh serbuk aiskrim strawberry, esen strawberry dan pewarna merah jambu. Yg satu lagi dibubuh Nutella dan dikacau rata.

6) Bakarlah selapis selapis. Pada setiap lapisan cokelat, bubuh lagi Nutella (dgn menggunakan sudu, biarkan ia jatuh sedikit-sedikit di atas lapisan kek. Manakala pada lapisan strawberry, kalau suka, bolehlah dibubuh cherry atau chelory tips.


KEK LAPIS PRUNE APRICOT







Kek ini adalah olahan dari resipi kek lapis prune. (sila rujuk kpd resipi kek lapis prune yg telah saya kongsi di entry yg lalu). Saya hanya tambahkan buah preserved apricot selain dari prune yg biasa kita gunakan. Based on feedback, most of my guests like it.



KEK LAPIS REMPAH







Kek lapis rempah ini saya ubah sket resipinya utk mereka yg gemar dgn kek lapis rempah yg lebih lembab (moist). Saya tambahkan sukatan susu pekat manisnya dan lebih sedikit rempah.


KEK LAPIS REMPAH

Bahan-Bahannya:
20 biji kuning telur (saiz besar)
5 biji putih telur
13 oz gula halus
18 oz mentega
5 oz tepung Hong Kong
½ tin susu pekat manis
2 oz badam kisar
5 sudu teh rempah kuih (atau ikut citarasa anda)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilli


Cara :

1. Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan.

2. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat.

3. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati.

4. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur. Kacau rata-rata lalu masukkan tepung sedikit demi sedikit.

5. Masukkan badam dan rempah kuih. Kacau hingga rata dan sebati.

6. Ambil loyang yg telah dialas dgn kertas tracing dan disapu dgn mentega. Masukkan 2 senduk lauk adunan ke dalamnya dan mulalah membakar seperti biasa, selapis demi selapis.

7. Lapisan pertama, gunakan api atas bawah, suhu 180 darjah Celsius. Lapisan kedua sehingga selesai, gunakan api atas jer (grill), suhu kira-kira 180 – 200 darjah. Selepas setiap lapisan dibakar, keluarkan loyang dan tekan sedikit dgn penekan kek lapis supaya rata. Kemudian baru dibubuh lapisan kedua. Bakar sehingga selesai.

27 comments:

  1. nak resepi2 tu sume boleh? ari tu saya dah try kek lapis asam haw par tu..mmg sedap..

    ReplyDelete
  2. huish....kecur air liur teman menengoknyer!

    ReplyDelete
  3. salam..agak2nya kek lapis rempah tu ada berapa lapis ye..dan ambil masa berapa lama baru siap masak...?..walaumacammanapun , puan sungguh hebat...kagum lahh...

    ReplyDelete
  4. salam..agak2nya kek lapis rempah tu ada berapa lapis ye..dan ambil masa berapa lama baru siap masak...?..walaumacammanapun , puan sungguh hebat...kagum lahh...

    ReplyDelete
  5. Rozzan ada jumpa baulu lapis rempah yg tradisional raya ni? Bau dia wangi.

    ReplyDelete
  6. saya baru belajar buat kek lapis -nak tanya kenapa kek lapis saya selalu tenggelam di tengah

    ReplyDelete
  7. Salam rozzan skeluarga..Selamat Hari Raya kak t dan abg amin sekeluarga ucapkan pd rozzan dan keluarga. Maaf zahir bathin.

    ReplyDelete
  8. Bro Rozzan
    Moga keluarga Bro Rozzan bergembira di bulan Syawal ni...
    Wah kek lapis Bro Rozzan semua nampak power betul.. esp yg mango tu. Tak sabar nak cuba. Hope u can share the recipes soon ya! Terimakasih banyak2.. :)

    ReplyDelete
  9. salam, can add google gadget "translate languages" into your web ?

    ReplyDelete
  10. BR > Anonymous,
    Resipi2 dah ada, cubalah..



    Br > Anonymous
    Tak kira pulak berapa lapisan kek lapis rempah tu. Tp masa membakarnya lebih kurang 2 jam. Thanks.


    BR > Anonymous
    Baulu lapis rempah mcm pernah dgr. Nanti saya cuba cari, kalau adalah.

    ReplyDelete
  11. BR > nahariah

    Kalau anda buat dgn mengikut acranya dgn tepat Insya'allah kek kan jadi dgn baik ya..

    ReplyDelete
  12. BR > Kak T
    W'Salam kak. Selamat Hari Raya buat akak & Abg Amin sekeluarga juga ya.

    ReplyDelete
  13. BR > Ananta
    Thanks. Resipi dah ada, cubalah..

    ReplyDelete
  14. BR > anonymous
    I'm not sure how its done. I'll see what I can do later ya.

    ReplyDelete
  15. Salam BR.Kalau saya tak jumpa rempah n tepong Hong Kong,ada lain alternative tak? Saya cari kat sini tak ada jumpalah.

    ReplyDelete
  16. bro rozan,
    walau tak pernah cuba lagi kek lapis, i know that i can rely on you for the recipe (pst pst--ada org kata 'puan sungguh hebat'..he he

    ReplyDelete
  17. BR, Selamat Hari Raya to u & family. Today just bake butter cake for the very 1st time (even though i make halved of the ingredients) & it turns out GREAT!!! my dad simply love it & ask me to bake some more.

    Well actually, i baked it for the sake of fun since there's balance bahan-bahan kuih. Thks BR for sharing it.

    Niat di hati nak mencuba buat kek lapis seperti yg ada di N3 BR tapi saya masih belum expert bab kek-kek lapis ini....hehehe

    Sekadar mencuci mata saje lah saya tengok kek-kek lapis BR yg mengancam ini :)

    ReplyDelete
  18. bro, kek kek lapis tu menggunakan saiz acuan berapa inci x berapa inci ya?

    ReplyDelete
  19. Maya, kalau tpg Hong Kong xde, boleh gunakan sebarang tpg kek atau tpg gandum. Cuma kalau kek lapis rempah, mesti ada rempahnya lah yer. Kalau di Spore, no problem, ada dijual. Kalau kat Msia, di pasaraya2 besar, mungkin ada ya.

    ReplyDelete
  20. Makcikkantin,

    Alhamdulillah, mekasih atas kepercayaan anda ya. Heheh, bab puan/tuan tu xpelah, beliau kurang pasti sbb saya pun tak taruk gambar. Nak boh gambar tak muat pulak, besooo sgt lerr...

    ReplyDelete
  21. Selamat Hari Raya buat Sofie juga ya.

    Terima kasih krn mencuba resipi kek butter tu. Senang dan ringkas jer, Insya'allah menjadi.

    Tanamkan semangat & kumpulkan keyakinan dlm diri. Insya'allah suatu masa nnti anda boleh membuat kek2 lapis tu ya!

    ReplyDelete
  22. Aida,

    Kesemua resipi di atas tu saya gunakan loyang berukuran 10 x 7 inci.

    ReplyDelete
  23. BR, thks for the encouraging words. Will do other recipes in here if time permits. Btw, had done Butter Cake for the 2nd attempt & i've added colouring to it to make it more colourful :)

    Thks a lot & keep posting new recipes in here :)

    ReplyDelete
  24. Salam BR.Terimakasih.Nanti saya cuba cari lagi kat kedai Asian groceries yg lain around Adelaide here.I've tried ur resepi sate dan kuah nye.Alhamdullilah..jadi dan sedap - tu kata my hubby n sons lah.
    Thanks again BR.

    ReplyDelete
  25. WS maya. Terima kasih kembali. Saya doakan anda berjaya mendapatkan bahan2 tersebut.

    ReplyDelete
  26. abg rozan tau jualker kek lapis tue...mengidam ler.eiii terliurnya

    ReplyDelete
  27. BR > ira

    Kalau betul2 berhajat, just email ur request to me. If time permits, Insya'allah I'll oblige.

    ReplyDelete