Sunday, November 08, 2009

KEK LAPIS OREO



Salam sejahtera. Semoga semuanya sihat2 belaka. Maaf, kerana dah lama takde updates. For the past one week, saya kurang sihat sket. Apapun, untuk tidak menghampakan Angie, Habibah dan mama kimi , di sini saya sertakan resipi kek lapis oreo, versi saya. Anda boleh mempelbagaikan perisanya tapi yg pasti, asas pembikinannya lebih-kurang sama dgn kek-kek lapis sarawak yg lain ya.

So, utk anda2 semua yg berminat silalah mencuba. Insya'allah menjadi.




KEK LAPIS OREO

Bahan-Bahan

10 biji telur (saiz besar)
500 gm mentega
200 gm gula halus
300 gm susu manis
100 gm keju cheddar, diparut (optional)
50 gm horlicks
50 gm santan serbuk (peket)
100 gm biskut Marie (ditumbuk halus)
180 gm tpg Hong Kong
1 sudu teh serbuk vanilli
1 sudu teh pes pandan (optional)
secukup biskut Oreo (dibuang krimnya)
pewarna hijau dan merah


Cara:

1) Pukul mentega, gula dan vanilli sehingga kembang.

2) Masukkan pula telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan sebati.

3) Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan susu manis. Pukul terus.

4) Seterusnya, perlahankan kelajuan mixer ke paras minimum dan masukkan tepung Hong Kong, serbuk biskut Marie, horlicks dan santan serbuk. Pukul sebentar sekedar utk meratakan adunan.

5) Bahagi adunan kepada 3 bahagian:

a) 1 bahagian dibubuh pewarna hijau & pes pandan (optional)
b) 1 bahagian dibubuh pewarna merah
c) 1 bahagian dibiarkan plain (warna asal)

6) Sediakan loyang persegi empat berukuran 8" x 8" yg telah dialaskan dgn kertas tracing dan digriskan pada dasar dan kelilingnya. Suhu oven sekitar 180 -200 darjah Celsius.

7) Ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna hijau dan bakar lapisan pertama dgn api atas bawah sehingga masak (kira-kira 6-8 minit).

8) Seterusnya, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Kemudian, ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna merah dan bubuh di atas lapisan pertama tadi dan tabur kan sedikit keju parut. Bakar hingga masak (kira-kira 5-7 minit)

9) Selepas itu, ambil 2 senduk (bumbung) adunan plain dan bubuh ke atas lapisan merah tadi dan susun pula biskut oreo di permukaannya. Banyak sikitnya biskut, terserah kpd anda seperti contoh di bawah ni.



10 ) Bakarlah sehingga adunan selesai.


Nota:

1) Anda boleh gunakan apa jua warna yg anda sukai.
2) Anda boleh tiadakan keju parut atau pes pandan jika anda tidak menggemarinya.
3) Anda boleh gunakan sepenuhnya 100 gm horlicks jika anad tidak menggemari santan serbuk.


15 comments:

  1. salam bro rozzan...dah lama saya tunggu resepi ni dari bro rozan...tq ye kerana berkongsi resepi yang sedap2 ni...sebenarnya saya nak belajar buat kek lapis...secara sendiri2...dan dah banyak juga guna resepi bro rozan...alhamdulillah sedap dan menjadi...kalau tak keberatan jemputlah keblog saya...tengok hasilnya...dan kalau ada kekurangan tolonglah tunjukkan...

    ReplyDelete
  2. salam...
    saya ingat nak cuba buat utk raya haji nanti...
    dah salin pun resepinya, terima kasih ye..

    ReplyDelete
  3. BR > Ima

    W'Salam. Dah lama yer tunggu resipi ni. Alhamdulillah dpt juga saya tunaikan hajat Ima yer! Terima kasih krn kepercayaan anda dlm mencuba resipi2 dari sini. Insya'allah, nanti saya pi ziarah blog anda yer!

    ReplyDelete
  4. BR > zanafahmi

    WS. Silakan utk mencuba ya. Saya doakan kejayaan anda.

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, this is the first time i jumpa bloger dan Insan yang TAK kedekut dan bermurah hati untuk berkonsi ilmu sesama saudara. semoga Bro Rozan aan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah dan mendapet ganjaran pahala dri Allah yg tidak putus2. Thanks ye.. i dah lame cari resipi ni. i dah try mintak dgn kawan2 tpi tak nak kasi. Alhamdulillah dgn izin Allah sayer jmpa resipi yg bagus dri yg sayer jgkakan. Terima kaih byk2


    from-hayaty

    ReplyDelete
  6. slam bro rozzan....dah banyak kali saya cuba buat kek lapis. tk pernah pun bercantum antara satu sama lain. kenapa ya...??

    ReplyDelete
  7. 1st time saya bljr buat kek lapis terus menjadi.Saya telah mencuba beberapa jenis kek dlm blog ni dan semuanya tk mengecewakan.Trima kasih banyak kepada Tuan punya blog kerana sudi berkongsi resepi2 dgn kami.:)

    ReplyDelete
  8. BR > Anonymous

    You're most welcome sis.

    ReplyDelete
  9. okie bro rozzan, nak buat yang ni lah petang atau malam ni.. hehehe

    ReplyDelete
  10. saya nak tnye....mesti dibakar lapisan demi lapisan atau macam mane

    ReplyDelete
  11. nak tye,serbuk vanilli tu samen dgn vanilla ke?huhu...saya budak baru belajar... :-)

    ReplyDelete
  12. Kalo kukus ok x?

    ReplyDelete
  13. Salam.. Bro, sedapnye tgok Kek tu.. Nnti nk try la.. Saya nk try guna Pengukus.. Harap2 mnjadi..

    ReplyDelete
  14. Salam.. Bro, sedapnye tgok Kek tu.. Nnti nk try la.. Saya nk try guna Pengukus.. Harap2 mnjadi..

    ReplyDelete