Salam buat semua pengunjung. Maaf kerana dah lama tak update blog ni. Macam bz sesangat dgn tugas2 seharian. Bila pulang dah penat. Tak dapat nak mengeksperimentasi dgn resipi2 yg blum dicuba ataupun lain2 berita utk dikongsi bersama. Namun, apapun, diharap apa yg telah dipaparkan pada entry2 yg lalu dapat memberi semacam rujukan kpd anda, khususnya pada mereka yg baru berjinak2 utk mempelajari bidang kulinari ini.
Kebelakangan ni, "time is really not not on my side". Rasanya mcm tak larat nak terus berblogging. Tak tahulah, sejauh mana lagi dapat saya teruskan. Tapi, Insya'allah kalau ada masa terluang, saya akan cuba berkongsi -tak kiralah apa pun; resipi ke, informasi ke dan sebagainya. Untuk kali ni saya sertakan resipi Kek Lapis Coffee Chocolate, utk penggemar kopi ya..
Bahan (A)
375 gm mentega
8 sudu besar susu pekat
3 sudu besar coffee oil
secubit garam halus
Bahan (B)
20 biji kuning telur sejuk
5 biji putih telur sejuk
300 gm gula halus
210 gm tepung Hong Kong
1 sudu besar Ovalette
1 sudu teh baking powder
375 gm mentega
8 sudu besar susu pekat
3 sudu besar coffee oil
secubit garam halus
Bahan (B)
20 biji kuning telur sejuk
5 biji putih telur sejuk
300 gm gula halus
210 gm tepung Hong Kong
1 sudu besar Ovalette
1 sudu teh baking powder
200 gm chocolate Cadbury (hazelnut/almond, etc) -dipotong kecil2
Cara :
1. Pukul Bahan A hingga kembang dan ringan. Ketepikan.
2. Pukul Bahan B hingga pekat dan sebati.
3. Masukkan Bahan B ke dalam Bahan A. Kacau rata-rata (sehala).
4. Bakarlah selapis-selapis dan bubuh potongan cokelat pada setiap lapisan genap sehingga adunan selesai digunakan.
Nota:
a) Gunakan loyang 10”x 7” atau 8”x8”.
b) Alaskan dasar loyang dgn kertas tracing/parchment & gris dgn mentega.
c) Gunakan api atas bawah pada lapisan pertama (suhu 180 darjah) dan api grill (api atas je) dgn suhu kira-kira 180 – 200 darjah utk lapisan kedua sehingga akhir.
Salam...
ReplyDeleteBest nampak kek lapis coffee coklat ni... boley la akak try buat ya... akceli dah banyak kali try resepi dari blog Rozzan ni...esplly muffin, sume menjadi...tqvm berkongsi resepi... jemput singgah blog akak :)
...guna resepi kek tapi masuk dalam cup muffin...heheh
ReplyDeleteTerima kasih Bro Rozzan...banyak beri informasi...moga halalkan segala ilmu yang saya pelajari yer!!Allah je lah yang dapat membalas jasa Bro!
ReplyDeleteSalam singgah akak...Sedapnya nengok orang duk buat kek lapis sana sinun...Nampak gayanya kena beli oven baru dulu baru boleh buat ni...Pasal oven lama tak de api atas.
ReplyDeleteSalam....
ReplyDeleteSibuk sgt skg ni ye? takpe la, ada entry sikit2 pun, org baca juga.
Ramai peminat Bro Rozzan ni, kang kalau berhenti berblog, meraung pulak dia org.
Teringin nak buat kek lapis tp bila tgk telur smpai 20 biji, alamak.....kalau jadi ok la, kalau tak...adoi..membazir je. Macamana pun nk cuba jg nanti.
BR > kak fzi
ReplyDeleteWS kak. Terima kasih krn berkunjung. Mekasih juga krn mencuba resipi dr sini yer. Saya dah pi 'rumah' akak tp tk dpt tinggalkan jejak. Heheh, akak bubuh shoutbox arr ,senang nk tgl pesan..
BR > Watierman
ReplyDeleteMekasih kembali sis. Apapun yg dikongsi bersama, semoga kita sama2 dpt manfaat dan pahala dari Nya ya.. Yg baik dari Nya, yg kurang tu ttp dari kita hambaNya.
Bro Rozzan > Cik Sue
ReplyDeleteW'Salam. Nak buat kek lapis mmg kena ada oven berfungsi grill (api atas bawah). Dah beli oven nt, boleh lah cuba ya! Saya doakan kejayaan anda.
BR > Zanafahmi
ReplyDeleteWS. A;ahlah sis. Blakangan ni mcm kurang tenaga dan masa jer.. Apapun, Insya'allah saya akan cuba update utk tk menghampakan pengunjung blog. Bab kek lapis tu, why not cuba 1/2 bahagian dulu dan gunakan loyang kecil sedikit seperti 6" X 6". Kalau dah mahir baru buat satu bahan penuh ya.
salam.
ReplyDeletenk tanye. coffee oil tu ngn perisa coffee same ke lain?
BR > anonymous
ReplyDeleteWS. Coffee oil lebih concentrated (lebih kuat rasanya) dari perisa (esen) coffee dan juga coffee emulco (perisa + pewarna). Harap faham yer.
BR > anonymous
ReplyDeleteWS. Coffee oil lebih concentrated (lebih kuat rasanya) dari perisa (esen) coffee dan juga coffee emulco (perisa + pewarna). Harap faham yer.