Wednesday, March 23, 2011

KEK MARBLE TRIO


Saja nak buat kek yg simple tapi enak. Dah beberapa kali ternampak di blog Che Mat Gebu (bro kita di Johor yg begitu bertenaga sekali dalam mengupdate blog beliau dgn masakan2 yg pelbagai jenis dan rasa). Saya tabiklah dgn tenaga anda Bro CMG!!


Resipi kek marble ni saya cilok dari blog beliau, cuma saya ubahkan sedikit jer. Tapi mutunya tetap baik dgn hasil kek yg lembut dan gebu dan tak terlalu manis. Thanks bro!


KEK MARBLE TRIO

Bahan-Bahan
300 g mentega
280 g tepung gandum (saya guna tpg Hong Kong)
1 sudu besar susu tepung
1 sudu teh baking powder(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovallate
250 gm gula halus
30 g gliserin
20 ml air (disatukan)  - saya gunakan 50 ml buttermilk
1½ sudu teh coklat emulco (saya guna chocolate paste + beberapa titik pewarna cokelat)
1 sudu teh strawberry emulco (saya gunakan 1 sudu besar mango puree + 1 sudu besar esen mangga + sedikit pewarna kuning)
½ sudu teh esen rose (saya gunakan 1 sudu teh esen vanilla)

CARA
1) Sediakan loyang berukuran 8 x 8 x 3 inci yg telah dialaskan dasarnya dgn kertas tracing/parchment dan diolesi dgn mentega.

2) Pukul mentega hingga kembang dgn speed sederhana (kira-kira 4-5 minit). Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Selepas itu, alihkan adunan ini ke dalam sebuah bekas.

3) Selanjutnya, pukul gula, ovalette dan telur dgn speed/kelajuan yg tinggi selama kira-kira 7-8 minit sehingga adunan naik, kembang dan pekat (seperti adunan baulu).

4) Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan mentega/tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Kemudian, masukkan pula buttermilk dan kacau rata.

5) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian - 1 bahagian dibubuh chocolate paste & pewarna cokelat, 1 bahagian dicampur mango puree, esen mangga + pewarna kuning dan yg akhir sekali di bubuh esen vanilla dan dibiarkan plain. 

6) Tuang aduan secara berselang-seli di dalam loyang tadi. Lorekkan dengan hujung chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.

7) Masukkan loyang ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C dan bakar selama kira-kira 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Apabila masak, keluarkan loyang dari oven dan letak di atas redai kek sehingga ia betul2 sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.



 CATATAN CMG :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek

17 comments:

  1. Salam Bro Rozzan...
    Kek Marble Trio very colourful lah :) Cantik. Tuh ah kadang2 tgk Blog CMG ni bertenaga betul dier update N3. Tabik lah kat si Mat ni :)

    ReplyDelete
  2. Salam Bro..
    Wahhh.. cantiknya marble.. ai loike.. hehe

    ReplyDelete
  3. as-salam abg rozzan,nice combinations of colour. Kek Marble Trio ni mesti sedap kan abg rozzan ?
    must try to do it one day.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum....
    tumpang tnye sikit ye....apa keistimewaan tepung hongkong?

    sy dh byk kali buat kek marble trio resepi CMG ni..mmg tk pernah mengecewakan....tk jemu membuat & opkos tk jemu makan....smpi badan pun jd boooolat.. :D

    ReplyDelete
  5. Salam bro..
    Smoga dirahmati Allah skeluarga.
    Sedap kek ni..tq 4 sharing :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Bro Rozzan,
    Cantiknya kek marble trio ni..sukanya tngk kaler mcm ni...menyelerakan sungguh..

    ReplyDelete
  7. BR > Mama Hawa
    WS. Heheh, mmg CMG tu power sesgt tenaga dia.... hari2 jln terus dgn entry dia. Tabik spring kat beliau!!


    BR > NINA
    WS, thank you. :)


    BR > ady
    WS ady. Alhamdulillah, lembab (moist) & lemak...


    BR > Mamarempit
    WS. Tpg HK sejenis tpg yg diproses halus dan sesuai utk digunkan utk mendapatkan hasil kek yg lembut, ringan dan gebu. Harap maklum ya. Btw, boolat pun boolat lerr, janji ada org yg tetap setia heheh....


    BR > Sueozana
    WS Sue, Insya'allah x mengecewakan. Cubalah..


    BR > Yatie
    WS. Mekasih yer. Takkan tgk jer, cubalah. Berbaloi tau!


    Br >

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan Bro Rozzan,

    Memang melekat mata saya tengok pattern kek marble ni! Sangat abstrak dan unik...nak makan pun sayang tapi mesti sedap kan...kan best dapat tumpang rasa skit..haha..

    ReplyDelete
  9. assalam bro rozzan

    lama tak singgah ke blog ni..dulu saya selalu jengok2 disini. bro apa kabar? harap2 sihat sekeluarga la ye

    btw nak ask kek marble tiro tu ada pakai gliserin..apae tu gliserin?



    salam
    Kay

    ReplyDelete
  10. Hi!Bro Rozzan,saya nak tanya apa tu gliserin,boleh tak Bro Rozzan terangkan sejelasnya...ada tak dijual di pasaraya.

    ReplyDelete
  11. WS Nursham.
    Salam Ukhuwah dari saya juga. Mekasih sudi berkunjung :)

    ReplyDelete
  12. WS Kay.
    Glycerin tu sejenis bahan cecair yg pekat dan tanpa warna, dan ujung2 ada rasa sedikit manis. Dlm bidang kulinari ni, ia digunakan sebagai bahan utk membuat kek kita lembab(moist), lembut dan gebu. harap maklum ya.

    ReplyDelete
  13. nor lyn,
    Di Spore ni, saya pernah beli di kedai menjual bahan2 kek.

    ReplyDelete
  14. AS Salam Bro Rozzan,

    Bila kita campur2 perasa tu tak 'bercampur2' ke taste dia?
    Nak try buat kek nie....TQ

    ReplyDelete
  15. WS, Lina,
    So far, ok jer rasanya,,, yg basic, plain dan cokelat. Cuma saya add perisa mangga jer. Kdg2 ada yg bubuh perisa pandan atau strawberry, di samping campuran plain/cokelat tu. Cubalah...

    ReplyDelete
  16. saya sudah mencuba tapi lekuk tengah kenapa ya mungkin saya tak terbalikkan setelah keluarkan dari oven dan tunggu sehingga sejuk?

    ReplyDelete
  17. o ya di mana boleh saya dapatkan buttermilk?

    ReplyDelete