Sunday, September 30, 2007

SALAM SEMUA

By now, ramai tentu dah sibuk dgn persiapan utk Syawal yg bakal menjelang nanti. Saya pun tidak berkecuali cuma... masih merancang apa yg mahu dibuat. Tapi, terasa mcm malas je nak buat kuih yg bermacam sbb kalau tetamu datang berkunjung (especially yg agak rapat) pasti ada saja hidangan/jamuan makanan yg disediakan. Sesudah tu, kuih-muih pun kekadang tak terjamah. Ada sesetengah tu pula, kuih raya tahun lepas masih tersadai dalam bekas/botol hingga datangnya raya tahun ini! Ada ke? Walau apa pun, biarlah bersederhana dalam apa jua hal. Buatlah seadanya, kalau tak cukup, buat lagi...

On that note, I'll just post a few pictures of what we had for our berbuka puasa a few days ago. Btw, my wife did most of the cooking for these.

Selamat meneruskan ibadah puasa anda, membuat kuih-muih dan selamat ..segala-galanya, Insya'allah.


Wednesday, September 26, 2007

BAMIAH ARAB
























Harini kami berbuka dengan hidangan yg ringkas - Bamiah Arab, yg dimakan bersama roti perancis atau roti biasa, sambal sotong dan juga mee goreng. Jom cuci mata..











 BAMIAH ARAB

Bahan-Bahan
500 gm daging kambing/lembu (dipotong ikut citarasa anda)
120 gm minyak sapi
1 tin kecil susu cair (susu sejat)

10 biji buah gajus/badam (kisar halus)*

2 sudu makan ketumbar*    }
1 sudu makan jintan kasar*}
1 sudu kecil jintan halus*    } ........disangai sebentar dan kisar halus

6 ulas bawang merah* }
4 ulas bawang putih*   }
3 cm halia*                       } .........kisar halus dgn sedikit air

1 sudu kecil serbuk lada putih*
Satukan bahan-bahan kisar*

300 gm bendi (dibersihkan dan dibelah tapi jgn putus)
3 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 sudu makan sos tomato
sedikit daun ketumbar
2 biji tomato (dibelah dua)
garam secukup rasa
secubit serbuk perasa (optional)

Cara:
Panaskan minyak sapi dan goreng bendi sebentar. Ketepikan. Dengan lebihan minyak itu, tumislah bahan-bahan kisar * hingga garing. Kemudian, masukkanlah daging yg telah dipotong tadi bersama-sama bawang dadu, garam & perasa (optional). Setelah itu, masukkan 2-3 cawan air. Kacau rata dan biarkan hingga daging 3/4 masak. Setelah daging hampir empuk, masukkan susu sejat dan sedikit air lagi lalu biarkan mendidih. Setelah daging empuk, masukkan sos tomato, daun ketumbar, dan tomato. Kacau sebentar sebelum dimatikan api.


Monday, September 24, 2007

MEE KURNIA





Yesterday's breaking of fast was indeed a change! my youngest daughter Farah decided to cook for us! But of course with a little (just a little..) help from her mother. All these while I was busy with Izad who went thru diagnosing some problems I had with my PCs. Farah actually decided to cook Mee Kurnia, a recipe which was in one of the cookbooks we have. In fact, there was an entry in my blog on this Mee prepared by my missus back then. So, for the recipe, you may refer to this link http://rozzan.blogspot.com/2006/09/mee-kurnia-dan-banana-tempura.html

My verdict on Farah's Mee Kurnia? Well, the taste is almost there (sedap) although we could do with a little bit more salt. Here's the pic.


Sunday, September 23, 2007

KEK LAPIS CREAM CHEESE

Pagi tadi berkesempatan membuat kek lapis cheese - resipi asal dari sdri Deeyana dari Kuching, Sarawak. Agak senang membuatnya dan rasanya tak terlalu manis. Anyway, sori eh Deeyana saya ubah title jadi Kek Lapis Cream Cheese. .. ampunsss. Anyway kpd sesaper yg ingin mencuba, silakan.


KEK LAPIS CREAM CHEESE (sumber : Deeyana)


Bahan A

10 biji kuning telur sejuk

6 biji putih telur sejuk

50 gm tepung jagung

300 gm gula

250 gm tepung Hong Kong

2 sudu makan ovalet

2 oz air sejuk


Bahan B:
400 gm mentega
2 sudu besar susu pekat
170 gm cream cheese (jenama philadelphia/anchor)

Bahan C:
170 gm cheddar cheese (diparut)


Cara:
1) Satukan semua Bahan A dan pukul dgn mixer hingga pekat selama kira-kira 8-10 minit.

2) Mentega dan susu dipukul hingga sebati. Masukkan cream cheese dan pukul/kacau hingga adunan rata.

3) Masukkan Bahan A yg telah dipukul ke dalam adunan mentega dan gaul hingga sebati. Bakar selapis demi selapis dgn setiap lapisan ditabur cheese parut.























Nota dari Deeyana:
Untuk mendapat taburan cheese yang rata, setelah adunan diratakan dlm loyang, baru taburkan cheese dan dibakar.


Nota dari saya:
Kek Lapis ini tidak begitu "kaya"(rich). Texturenya lembut dan ringan tetapi kurang lembab/moist.

Saya telah menambahkan sedikit cokelat van houten pada setiap lapisan yg ketiga. Its optional though, sekadar menambah variasi pd kek tersebut jer.










BUBUR LAMBUK

Sesuatu yg unik di bulan Ramadhan ini ialah terdapatnya pelbagai jenis/rasa bubur nasi yg boleh kita nikmati. Di negara jiran (M'sia) ianya digelar 'bubur lambuk' manakala di sini disebut sebagai 'bubur masjid' saja. Kenapa masjid? Hah, tentulah sebab, di bulan Ramadhan ni, hampir setiap masjid2 menyediakan bubur nasi ini.

Teringat sewaktu saya kecil2 dan tinggal di 'kampung' di Singapura ni. Masa dulu, pd tahun2 60an, Singapura ni masih banyak kampung! Saya sendiri pernah tinggal di 'Kaki Bukit'. Waktu bulan puasa, suka beratur di surau depan rumah menunggu giliran mengambil bubur...seronok. Begitu cepat masa berlalu! Dewasa ni, tak perlulah tunggu waktu bulan puasa nak menikmati bubur masjid ni. Kita juga boleh menyediakan bubur lambuk ini mengikut citarasa sendiri.

Semalam, saya membuat sedikit bubur lambuk ini, sikit jer, sbb yg makan nantinya saya sorang jer! Anak2 dan org rumah tak favorit dgn bubur ni. Cuma warnanya berbeza (gelap sedikit) kerana saya menggunakan sedikit rempah beriani. Sukatannya agak2 je.


BUBUR LAMBUK
200gm beras (cuci bersih)
250 gm daging cincang
1/2 cawan kacang tanah
3 sudu makan kacang dhal
2 sudu makan kacang merah
2 sudu makan kacang hijau
2 sudu makan kacang lepat
secukup sayur campur (carrot, k.peas & jagung)
secukup air

Rebus kesemua bahan hingga kekacang empuk.

Sementara itu sediakan bahan2 tumis seperti berikut:

2 biji bawang besar
1 inci halia
3 ulas bawang putih
2 sudu makan rempah beriani
10 biji buah gajus
Kisar semua bahan2 ini hingga halus.

Secukup minyak makan dicampur sedikit minyak sapi
200 ml santan pekat kotak(saya gunakan jenama KARA)
sedikit serbuk lada putih
sedikit air mawar
secukup garam

daun ketumbar atau daun sup/bawang
sedikit bawang goreng
telur dadar hiris

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga garing.
Masukkan tumisan ini ke dalam periuk yg berisi beras/kekacang yg telah direbus tadi. Gaul rata2. Masukkan sayur campur lalu bubuh santan, air mawar, serbuk lada putih dan garam. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih. Akhir sekali masukan sedikit daun ketumbar atau daun sup/bawang. matikan api.

Apabila menghidangkannya, bubuhlah sedikit bawang goreng, telur dadar hiris dan sedikit lagi dedaun.

Nota:
Jika anda inginkan bubur yg tidak berempah, bolehlah ditiadakan rempah beriani.
Bab kekacang pula, bubuhlah apa2 pun yg anda gemari.

Friday, September 21, 2007

BERBUKA PUASA

Dalam menjalani ibadah puasa ni actually saya personally tak berapa minat makan nasi, kalau makan pun sedikit saja.. Even waktu sahur pun saya tak makan nasi atau yg berat2. Bangun sahur sekadar mengikut sunnah dan selalunya saya makan sebiji kurma dan segelas air. Nak makan yg berat2 .. mintak ampun! takleh masuk kat perut nie..

Juga sewaktu di bulan puasa ni, we (me & my wife) try to make the dishes simple. Kami juga sering bertanyakan pada anak2 juadah atau lauk apa yg mereka inginkan. Kekadang tu beli jer kat kedai atau bazar. Tapi harus ingatlah.... makan apa yg patut. Di bulan puasa ni, kekadang tu nafsu makan ni ish ish ish , kalau boleh sumer nak.. Bila azan Maghrib berkumandang, makan sebiji kurma, pastu minum air bergelas-gelas. Akhirnya juadah yg banyak tu tak kehabisan. Tersangatlah membazir! Ikutlah cara rasulullah s.a.w. - makan bila lapar tapi berhenti sebelum kenyang.

Di sini saya postkan foto2 lauk yg kami nikmati sewaktu berbuka puasa. Kebanyakannya sama lah seperti entry2 yg terdahulu. Anak2 kami tak begitu adventurous, kalau dah suka sesuatu lauk tu, kalau boleh selalu je di suruh masak seperti rendang, ayam masak merah dan sebagainya. That's why saya jarang update sewaktu bulan puasa ni. Kalau nak cuba sesuatu lauk tu dlm bulan Ramadhan ni, pendekata entah apalah rasanya nanti bila berbuka puasa nanti. So, happy viewing the pics.

For a start, yg ni menu yesterday , elaborate sket sbb yesterday satu hari kat rumah, heheh. Yg lain2 nanti saya attachkan pic nya- ringkas jer.




















Lemak Cili Padi ni lain sket sbb setelah ayam 3/4 empuk, saya keluarkan dari periuk dan dipanggang dalam oven. lebih sedap jika dipanggang atas bara api.











































Roti Canai/Prata Dengan Kuah Dalca




















Menu Nasi Goreng Ringkas tapi Padat

































Thursday, September 20, 2007

BUAT RENUNGAN BERSAMA



Sekedar Saling Mengingati Sesama Kita....

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ....


1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.




Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ......

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.










Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.








Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.


Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:


Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya


Tuesday, September 11, 2007

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Bagi semua pengunjung blog ni, juga rakan2 dan kenalan, saya ingin mengucapkan "Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan yg mulia ni. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa kita dgn penuh keinsafan dan ketaqwaan, Insya'allah".

Seperkara lagi, di dalam bulan Ramadhan, perhaps saya tak banyak buat updates yaa. Harap maklum.


CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES











Arrr, brownies lagi!!! Bukan apa, kesian kat anak-anak. Seringkali bila buat, diaorang tanya, "untuk saper ni?" Kalau dah brownie tu dihias2, sudah tentu utk tempahan orang. Mengeluh lagi......tak dapat rasa.
So, semalam dapatlah tunaikan hajat anak-anak yg nak suruh buat brownie ni. Kali ini saya gunakan resipi sdri MasE. This recipe is very "rich" with lots of chocolate contents. I was thinking why was it named "gooey" but while I was mixing the ingredients, then I realised the texture of the unbaked brownie was actually "gooey". You'll know it when you do it.

So, here's the recipe.


CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Sumber : MasE

Bahan-bahannya

A
250g butter - potong kecil2
400g baking chocolate - potong kecil2

B
6 biji telur
340g gula perang (brown sugar)
2 tsp esen vanilla
20g chocolate emulco (I used 1 sudu makan)

C
80g tepung gandum } diayak
60g serbuk koko } "
140g kacang walnut/pecan/almond (optional)-bakar sebentar dan gaul dgn tepung dan koko


Cara-caranya

1. Panaskan oven pd suhu 160C. Sediakan dan alas acuan ukuran 11”x11” - (saya gunakan loyang 10" x 10")

2. Double boil bahan A hingga cair , ketepikan biar suam sikit.

3. Pukul bahan B hingga gula hancur - guna hand whisk saja.

4. Tuangkan adunan chocolate dan gaul hingga rata dan sebati.

5. Kemudian masukkan tepung dan digaul lagi hingga rata tetapi jgn terlalu lama.

6. Tuang ke dalam acuan dan bakar dgn suhu 160C- 170C selama 50 minit-1 jam.

7. Setelah masak, biarkan brownie tu dalam acuan hingga sejuk. Rasanya akan lebih sedap jika disimpan semalaman.

8. Enak dimakan begitu saja atau dibubuh ganache. Boleh juga dimakan dengan ais krim.


Untuk Bahan Krim Cokelat atau Ganache, saya gunakan resipi yg sama dari sdri Diella

CREAM COKLAT / GANACHE
250 gm cooking chocolate
1 sudu besar marjerin (saya guna mentega)
1/2 cawan fresh cream/whipping cream

Cara:
1. Cairkan cooking chocolate secara double-boil.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/whipping cream dan mentega.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan atas brownie dan hiaslah mengikut citarasa sendiri.

Monday, September 10, 2007

PULUT SERIMUKA DURIAN




Semalam buat kuih Pulut Serimuka yg juga dikenali sebagai Puteri Salat. Oleh kerana kat esbok tu masih ada lebihan durian yg saya beli 2-3 hari sebelumnya; saya pun apa lagi, amik kesempatan buat Serimuka Durian. Mungkin durian tu dari jenis yg agak baik, dgn menggunakan 4-5 ulas jer rasanya dah semerbak harum! (kalau yg suka laa).

Dan pagi tadi pun, bila bawa kat pejabat, ish ish. Terus bawak pi kat pantry. Saper nak rasa pi lah makan kat dlm pantry tu. Kalau tak nanti, satu ofis bau durian sbb baunya dgn cepat masuk ke saluran sistem alat penyaman udara (ckp senang, aircon laa).

So, saper nak cuba, here's the recipe.



PULUT SERIMUKA DURIAN
Bahan-Bahan
400 gm beras pulut (masukkan ke dalam mangkuk kecil, tandakan arasnya)
1 mangkuk santan cair (gunakan mangkuk yg sama yg menyukat pulut tadi)
secubit garam
1-2 helai daun pandan (disimpul)

Cara:
Beras pulut dibersihkan dan dikosek. Kemudian, masukkan beras pulut, santan, garam dan daun pandan ke dalam loyang bulat (saiz 9" atau 10") dan kukus selama kira-kira 20-25 minit atau sehingga tanak. Alihkan pulut yg telah masak tadi ke dalam loyang lain yg telah disapu sedikit minyak di sekelilingnya. Tekan2 dan ratakan pulut tadi sehingga rata dan mampat. Tuangkan bahan serimuka ke atas pulut yg telah ditekan . Kukus selama kira-kira 30 minit atau sehingga masak.

Bahan-Bahan Serimuka
2 cawan santan pekat (saya gunakan santan KARA jer; ni kerja org rajin!)
1 cawan gula pasir
4 biji telur (kocok sedikit)
4-5 ulas durian (diambil isinya dan lenyek halus)
4 sudu makan (mumbung) tepung gandum
secubit serbuk vanilli (optional)
secukup garam (kira2 1/2 sudu teh)

Cara:
Semua bahan Serimuka disatukan dan dikacau rata-rata. Tapis jika perlu.


Monday, September 03, 2007

GUBAHAN KEK, BROWNIE & BISKUT KRIM KRAKER

Salam buat semua. Dah lama tak buat updating. Seminggu dua ni terasa mcm fatigue dan penat... Virus 'M' pun bertambah2 lagi. Apatah lagi dok asyik terpikir apa gubahan yg nak dibuat utk teman yg berhajat minggu lalu. Dahlah kat ofis bnyk keje, bila pulang rumah dah penat. Kekadang tu tak sedar, lepas Maghrib sementara tunggu Isyak, alih2 dah pukul satu pagi (heheh)..... Nak cari ilham pun tak jelma2.


Ada satu citer, bab kek lapis yg nak saya buat utk kawan ni. Cari2 loyang heart shape yg kecil utk dimuatkan ke dalam dulang yg diberi teman ni takde dlm simpanan. Yg saya ada, dua2 saiz besar. So pi lah kat Kedai Phoon Huat. Cari punya cari, jumpa- tapi harganya mahal sketlah. Oleh kerana terdesak sgt, belilah. It was last Friday. So happy sbb dah jumpa loyang tu, saya pun bakarlah kek lapis utk gubahan tu. Tapi sayang kali, loyang tu mungkin jenis yg tebal dan kuat daya serapan kepanasan oven. Bila lapis pertama jer saya dah rasa sesuatu yg tak kena. Dlm hati dah berkata, "lain mcm jer nampak lapisan kek ni!" Tp disebabkan dah adun bahan kek ni, saya pun bakarlah sehingga selesai- kira2 2 jam. Bila dah habis bakar dan saya keluarkan dari loyang tu, hmmmm...dah nak jadi macam 'intan terpilih'... Apa nak buat, dah nasib....cobaan....


So, bagi sesaper yg masih belum mahir dgn pembikinan kek lapis ni, take heart. "nobody is perfect". Cuba dan cuba lagi. Saya yg dah biasa buat kek lapis pun terkena jugak walaupun kesilapannya ni terletak pada loyangnya. So, dipendekkan citer, esoknya Sabtu selepas keje, round lagi kat Aileen Bakery. Nasib baik loyang tu dapat saya jumpa. Jadi, these are the 3 gubahan yg simple yg dapat saya siapkan. Harap2 ia dapat menepati citarasa yg menerimanya, Insya'allah. So, jom, cuci mata......




MURTABAK LAPIS KRIM KRAKER

Bahan-Bahan
600 gm daging cincang
3 ulas bawang putih }
2 cm halia } …. kisar/tumbuk
4-5 sudu makan rempah kari daging
(Gaul semua bahan di atas dan perap sebentar)

3 biji bawang besar (potong dadu)
3 sudu makan minyak
garam secukup rasa

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang dadu hingga separuh layu. Masukan perapan daging tadi. Bubuh garam dan masak hingga daging kering sedikit. Bahagikan kepada 5 bahagian.

45 keping biskut krim kraker
1 cawan santan
1 cawan susu cair
1 cawan air

secukup daun sup/ daun bawang (potong kecil2)
3 batang lada merah (dihiris)
3 batang lada hijau (dihiris)
150 gm keju parut (optional)
10 biji telur (bubuh sedikit garam, dikocok sedikit)

Cara:
Siapkan loyang berukuran 8”x8”. Alaskan dasar loyang dan sekelilingnya dgn kertas kalis minyak (grease-proof) ataupun aluminium foil. Kemudian sapukan dgn mentega.

Satukan santan, susu cair dan air di dalam periuk dan panaskan di atas api. Ambil 9 keping biskut dan celupkan sebentar di dalam campuran santan/susu cair tadi. Jangan terlalu lama agar biskut tak terlalu lembik dan pecah. Setelah itu, susun biskut tadi ke dalam loyang hingga menjadi satu lapisan rata.

Taburkan satu bahagian daging dgn rata ke atas lapisan pertama biskut tadi. Bubuh sedikit lada merah, lada hijau, daun sup/bawang dan sedikit keju parut. Akhir sekali jiruskan sedikit telur rata-rata ke atasnya. Buatlah begini sehingga lapisan ke lima. Jiruskan lebihan telur rata-rata ke dalam lapisan biskut2 tadi. Biarkan sebentar (abt 5-10 minit) sebelum dibakar dalam oven dgn suhu 170 C selama kira-kira 40 minit. Biarkan ia sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.