Tuesday, September 11, 2007

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES











Arrr, brownies lagi!!! Bukan apa, kesian kat anak-anak. Seringkali bila buat, diaorang tanya, "untuk saper ni?" Kalau dah brownie tu dihias2, sudah tentu utk tempahan orang. Mengeluh lagi......tak dapat rasa.
So, semalam dapatlah tunaikan hajat anak-anak yg nak suruh buat brownie ni. Kali ini saya gunakan resipi sdri MasE. This recipe is very "rich" with lots of chocolate contents. I was thinking why was it named "gooey" but while I was mixing the ingredients, then I realised the texture of the unbaked brownie was actually "gooey". You'll know it when you do it.

So, here's the recipe.


CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Sumber : MasE

Bahan-bahannya

A
250g butter - potong kecil2
400g baking chocolate - potong kecil2

B
6 biji telur
340g gula perang (brown sugar)
2 tsp esen vanilla
20g chocolate emulco (I used 1 sudu makan)

C
80g tepung gandum } diayak
60g serbuk koko } "
140g kacang walnut/pecan/almond (optional)-bakar sebentar dan gaul dgn tepung dan koko


Cara-caranya

1. Panaskan oven pd suhu 160C. Sediakan dan alas acuan ukuran 11”x11” - (saya gunakan loyang 10" x 10")

2. Double boil bahan A hingga cair , ketepikan biar suam sikit.

3. Pukul bahan B hingga gula hancur - guna hand whisk saja.

4. Tuangkan adunan chocolate dan gaul hingga rata dan sebati.

5. Kemudian masukkan tepung dan digaul lagi hingga rata tetapi jgn terlalu lama.

6. Tuang ke dalam acuan dan bakar dgn suhu 160C- 170C selama 50 minit-1 jam.

7. Setelah masak, biarkan brownie tu dalam acuan hingga sejuk. Rasanya akan lebih sedap jika disimpan semalaman.

8. Enak dimakan begitu saja atau dibubuh ganache. Boleh juga dimakan dengan ais krim.


Untuk Bahan Krim Cokelat atau Ganache, saya gunakan resipi yg sama dari sdri Diella

CREAM COKLAT / GANACHE
250 gm cooking chocolate
1 sudu besar marjerin (saya guna mentega)
1/2 cawan fresh cream/whipping cream

Cara:
1. Cairkan cooking chocolate secara double-boil.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/whipping cream dan mentega.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan atas brownie dan hiaslah mengikut citarasa sendiri.

17 comments:

  1. wah...nampak sedap brownie ni....nanti nak try buat...tapibole tak chef bagi resepi ganache nye...

    ReplyDelete
  2. Hi myheart! Jgn panggil saya chef laa. tak sampai ke situ lagi heheh. Anyway, saya dah update bahan ganache tu - very simple.

    ReplyDelete
  3. hai sdr Rozzan..i'm new in this field..just married and baru nak blaja cara2 membuat kek ni..malu nk tanya, tapi if not sampai bile2 tak faham huhu.. double boil tu cemane?huhu tak faham hiks! *malunyeee T-T*

    ReplyDelete
  4. Hi ellisa,
    Sila refer kat reply saya ttg double-boiling di ruang komen Very Gooey Choc Cake ya.

    ReplyDelete
  5. salam bro...pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih ..resipi ni sdap sungguh..da tiga kali saya buat dan hasilnye memang best...ni kali pertama sy comment dlam blog abang ni...selamanya ni hanya memangdang dan mencuba resipi bro je...minta dihalalkan ye...

    ReplyDelete
  6. WS laily,

    Alhamdulillah anda berjaya mengikuti resipi ini dgn tepat dan menghasilkan brownie yg enak. Tahniah! maknanya anda juga berbakat. Insya'allah halal...lagipun ilmu ni bukan saya yg punya, hanya dipinjamkan jer...

    ReplyDelete
  7. salam..abang buat atas brownies tu which look like garis2 tu ..how u do that?? (not the decoration)

    ReplyDelete
  8. Hi. Saya gunakan pisau bergigi (serrated knife) yg panjang di mana saya tekankan sedikit pada topping choc tu dan buat motion "zig-zag" utk mendapatkan corak camtu. Harap faham ya.

    ReplyDelete
  9. salam ... thanks for sharing the recipes. very interesting n tempting too.

    ReplyDelete
  10. Salam Bro Rozzan, cantiklah brownies-brownies ni. Cuma brownies saya muka dia tak secantik brownies yg abg buat. Setiap kali I letak M&Ms atau hiasan berwarna-warni, warna dia akan luntur. Macam mana nak elakkan itu berlaku? Kasihan brownies I buruk mukanya. Thanks bro.

    ReplyDelete
  11. BR > Zue
    WS. You're most welcome sis.

    ReplyDelete
  12. BR > Pu3
    WS. Selalunya coklat M&M tu saya biarkan di peti sejuk sebelum saya gunakan. Jadi bila kita susunkan dia, kan makan masa, so sbb dia sejuk jadi tak luntur warnanya. Pastu kalau blum nk makan brownie tu, simpan dlm peti ais yer. Harap maklum..

    ReplyDelete
  13. hi bro rozzan, ni saya nak tanyer .. bila abang letakkan ganache itu? issit bila the brownie masih dalam acuan? or kluakan brownie dari acuan baru tuangkan ganache? ...lagi satu soalan..ape ukuran brownie yang abang potong?? ..maaf jika banyak sangat tanya... terima kasih ^.^v

    ReplyDelete
  14. BR > mscinderella07

    Saya selalu keluarkan brownie tu dari dlm loyang. It's best to leave it overnight (1 day) before u put the ganache topping over it. Siza tu terpulang kpd inisiatif anda yer.Ia tergantung kpd berapa kecil atau besar yg anda mahu. Harap maklum yer.

    ReplyDelete
  15. salam bang...nak tnya sket..baking chocolate ngan cooking chocolate tu sama ke?ingt nak buat harini utk kawan2 anak sya nak dtg braye sok..mntk halal ye resipi..macih..

    ReplyDelete
  16. WS beeb.

    Baking chocolate sama dgn cooking chocolate. Cubalah, Insya'allah menjadi yer!

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum.abg, sy nk tanye utk chewy gooey brownies ni ade amk tempahan x?brp hrga?

    ReplyDelete