Sunday, September 23, 2007

BUBUR LAMBUK

Sesuatu yg unik di bulan Ramadhan ini ialah terdapatnya pelbagai jenis/rasa bubur nasi yg boleh kita nikmati. Di negara jiran (M'sia) ianya digelar 'bubur lambuk' manakala di sini disebut sebagai 'bubur masjid' saja. Kenapa masjid? Hah, tentulah sebab, di bulan Ramadhan ni, hampir setiap masjid2 menyediakan bubur nasi ini.

Teringat sewaktu saya kecil2 dan tinggal di 'kampung' di Singapura ni. Masa dulu, pd tahun2 60an, Singapura ni masih banyak kampung! Saya sendiri pernah tinggal di 'Kaki Bukit'. Waktu bulan puasa, suka beratur di surau depan rumah menunggu giliran mengambil bubur...seronok. Begitu cepat masa berlalu! Dewasa ni, tak perlulah tunggu waktu bulan puasa nak menikmati bubur masjid ni. Kita juga boleh menyediakan bubur lambuk ini mengikut citarasa sendiri.

Semalam, saya membuat sedikit bubur lambuk ini, sikit jer, sbb yg makan nantinya saya sorang jer! Anak2 dan org rumah tak favorit dgn bubur ni. Cuma warnanya berbeza (gelap sedikit) kerana saya menggunakan sedikit rempah beriani. Sukatannya agak2 je.


BUBUR LAMBUK
200gm beras (cuci bersih)
250 gm daging cincang
1/2 cawan kacang tanah
3 sudu makan kacang dhal
2 sudu makan kacang merah
2 sudu makan kacang hijau
2 sudu makan kacang lepat
secukup sayur campur (carrot, k.peas & jagung)
secukup air

Rebus kesemua bahan hingga kekacang empuk.

Sementara itu sediakan bahan2 tumis seperti berikut:

2 biji bawang besar
1 inci halia
3 ulas bawang putih
2 sudu makan rempah beriani
10 biji buah gajus
Kisar semua bahan2 ini hingga halus.

Secukup minyak makan dicampur sedikit minyak sapi
200 ml santan pekat kotak(saya gunakan jenama KARA)
sedikit serbuk lada putih
sedikit air mawar
secukup garam

daun ketumbar atau daun sup/bawang
sedikit bawang goreng
telur dadar hiris

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga garing.
Masukkan tumisan ini ke dalam periuk yg berisi beras/kekacang yg telah direbus tadi. Gaul rata2. Masukkan sayur campur lalu bubuh santan, air mawar, serbuk lada putih dan garam. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih. Akhir sekali masukan sedikit daun ketumbar atau daun sup/bawang. matikan api.

Apabila menghidangkannya, bubuhlah sedikit bawang goreng, telur dadar hiris dan sedikit lagi dedaun.

Nota:
Jika anda inginkan bubur yg tidak berempah, bolehlah ditiadakan rempah beriani.
Bab kekacang pula, bubuhlah apa2 pun yg anda gemari.

No comments:

Post a Comment