Monday, February 26, 2007
TAGGED!!!
Masya'allah.. Baru nak pick up segala stamina yg ada, nak mula blogging semula. Dah kena tagged (amende tu??). Rinnchan, next time bila part yg camnie, bilis K! Anyway, I guess I have to share with evereyone the 6 weird things abt me (ada ker???)
1) I still sleep with bantal yg berisikan kabu-kabu (bkn aper, kepala dah banyak batu- so kalau bantal tu lembik yg mcm sponge tu, pendekata 3-4 bantal jadikan satu pun tak selesa..heheh)
2) I cannot do business, sbb perasaan tak sampai hati tu selalu ada kat dlm diri. (Bila dah tetapkan harga sesuatu juadah yg ditempah - bila part diaorg nak bayar, kekadang tu kasi discount lagi!!- camni bisniz bleh lingkup, ada kedai pun tutup..)
3) I can finish up my meals, be it lunch, dinner, etc and totally forget to take a drink. ( I guess I've got lots of liquid in my body)
4) I prefer to give recipes and teach someone whenever he/she requests to place an order with me..( Now, is it weird??, hah, which is why I cannot do bisniz )
5) I cannot watch movies in cinemas (bukan kerana bayaran tiket yg semakin naik harganya, tapi ......heheh... once dah masuk dlm panggung tu..bila lampu sumer ditutup, mulalah mata saya menjadi kuyu dan langsung tertidur!!)
6) When I was young, in pri school, I used to throw my siblings things down the rubbish chute whenver I got into an arguement. ( Bkn aper, kalau nak bergasak tentu kalah sbb kita yg kecik so amik jer apa2 barang diaorg, lontarkan dlm tong sampah- mesti argument tu stop...Tapi tu citer dulu2, skarang dah tobat nasuha.)
Nah sekarang nie tiba masanya saya nak mengtag korang pulak yerr!!.
saper ehhh........
1) mamadewi
2) apid
3) ariannur
4) eliana
5) cik bawang
6) mummy jam
Rules: People who are tagged should write a blog post of 6 weird things about them as well as state this rule clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. Don't forget to leave a comment that says 'you are tagged' in their comments and tell them to read your blog.
Sunday, February 25, 2007
KEK LAPIS
BUBUR NASI KAMPUNG
Note: Untuk yg bertanya, sambal bawang dan sambal udang kering tu actually senang jer. I learnt from my late mother, tp sukatannya agak2 jer K!
Sambal Bawang (aka sambal belacan with bawang hiris)
10 batang cili merah
15 batang cili padi
sedikit belacan (bakar sebentar)
4 biji bawang besar hiris
* Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan. Masukkan bawang besar hiris dan tumbuk sebentar jer-sekadar 'layukan' bawang tu sikit. Kalau suka boleh bubuhkan sedikit perahan jus limau kasturi.
** Utk sambal udang kering, saya gunakan cili merah, cili padi dan udang kering yg telah direndam. Tumbuk kesemua bahan hingga udang kering halus. Siap lerrr. :)
Monday, February 19, 2007
NASI GORENG KAMPUNG
Lantas, aku bergegas keluar bilik dan terus ke ruang tamu and join my daughter tengok CARTOON - best gak ah sekali2 tgk kartun!!! Tapi tu pun setelah aku masukkan beras dalam periuk, nak masak Nasi Goreng Kampung lerr jawabnya. Tapikan, saya tambah itu ini kat nasi tu jadi maybe nasi goreng tu kena tukar nama Nasi Goreng Bandar ..heheh. So, below are some fotos of the end result and the simple recipe which I think most of you are able to do it.
NASI GORENG KAMPUNG
Bahan-Bahannya:
1½ tin susu beras
1 biji bawang besar (hiris)
2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
8 batang cili merah*
15 batang cili padi* (boleh kurangkan jika mahu kurang pedas)
2 sudu makan udang kering* (rendam dgn air)
sedikit belacan*
(Kisar semua bahan * tapi jgn terlalu halus).
3 batang hotdog (dipotong dadu)
2 keping fish cake (hiris)
1 cawan kecil sayur campur (mixed vegetables)
½ batang celery (potong kecil2)
sedikit hirisan kobis (jika suka)
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh sos abalone
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh lada putih/hitam serbuk
garam secukupnya
secukup minyak utk menumis
3 biji telur (digoreng dahulu menjadi telur hancur)
Untuk Hiasan
Beberapa keping hirisan timun
Hirisan hotdog, ikan bilis goreng, ikan kering
bawang goreng, daun saderi
Cili hijau jeruk / hirisan cili merah
Cara:
Masak nasi seperti biasa. Sejukkan sebentar.
Panaskan minyak dalam kuali lalu tumis bawang hiris hingga kekuningan. Masukkan bahan kisar tadi sambil dikacau hingga garing. Kemudian masukkan celery, sayur campur, hirisan kobis, hot dog, fish cake. Kacau rata. Masukkan pula sos tiram & abalone, minyak bijan, lada putih/hitam & garam. Kacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan nasi masak tadi bersama telur goreng hancur. Gaul rata-rata.
Hidangkan bersama bahan hiasan seperti bawang goreng, daun saderi, ikan bilis goreng, timun, cili hijau jeruk,etc. Selamat mencuba!!
Sunday, February 18, 2007
Relax Time....finally
Tuesday, February 13, 2007
VERY MOIST BANANA CAKE
KEK PISANG LEMBAB
Bahan-bahan :
250 g mentega
2 cawan gula (I used 340 gm)
4 biji telur ( I used the big ones)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla (I used serbuk vaniili)
4 sudu besar susu cair
3 cawan pisang dilecek ( I used abt 650 gm pisang raja)
2 cawan tepung ~ diayak (I used 240 gm)
1 sudu kecil soda penaik (bicarbonate of soda)
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
walnut, macadamia nut, pecan (I used walnut, pecan nut & hazelnut)
Cara :
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu per satu, esen vanila, susu dan garam.
3. Masukkan pisang yang telah dilecek ke dalam adunan.
4. Masukkan tepung dan kaup balikkan sehingga sebati.
5. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C/ 350 F selama 1 jam.
Sunday, February 11, 2007
CHENG TNG (CHEE KONG)
Sukatan bahan-bahan untuk membuat cheng teng sumernya agak2 jer - mengikut citarasa sendiri. Even bahan-bahan yg digunakan juga terdiri dari pelbagai macam jenis. Walhasil, tepuk dada tanya selera! Resipi yg saya berikan di sini merupakan yg very basic. Diharap sesiapa yg gemar dgn cheng tng ini dapat membuatnya sendiri.
CHENG TNG (CHEE KONG)
Bahan-Bahan
200 gm isi buah longan kering
air secukupnya (kira-kira 3 liter- jika kurang boleh tambah)
beberapa helai daun pandan (disimpul)
50 gm biji teratai (lotus seeds) - rebus hingga empuk
10 biji buah kembang semangkuk - rendam dgn air hingga kembang
beberapa keping buah samak kering - hiris
sedikit fungus (di rendam hingga kembang dan rebus hingga lembut)
50 gm halwa kundur (winter melon strips)
sagu biji besar (optional)
beras barley (optional)
keledek rebus (optional)
gula pasir/gula batu secukupnya
gula melaka (optional)
Cara
Rebus buah longan bersama air dan daun pandan hingga empuk. Masukkan gula, halwa kundur dan buah samak kering dan masak lagi hingga buah tersebut lembut.
Ambil sebuah mangkuk sederhana. Isikan dengan sedikit fungus, buah kembang semangkuk, biji teratai dan sagu biji. Tuangkan air longan yg telah direbus tadi bersama 'isi-isi'nya yg lain. Hidangkan panas-panas. Jika yg suka cheng teng sejuk, tambahkan ketulan air batu.
MEE HOON GORENG PUTIH
Btw, harini, nak share resipi yg perhaps anda sumer dah biasa buat iaitu Mee Hoon Goreng Putih. Selamat mencuci mata!
MEE HOON GORENG PUTIH
Bahan-Bahan
1 bungkus mee hoon (dicelur sebentar dgn air panas & toskan)
6 ulas bawang putih }
4 ulas bawang kecil } ditumbuk/kisar
200 gm udang hidup (dibersihkan, potong kecil atau biarkan seekor2)
200 gm sotong basah (dibersihkan, potong ikut citarasa)
2 keping fish cake (hiris)
1 pkt crabstick (potong kecil2)
secukup sayur sawi (potong kecil)
secukup kobis (hiris)
1 batang kecil lobak merah (potong seperti lidi mancis)
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu makan sos oyster
1 sudu makan sos abalone
1 sudu makan kicap cair
1 sudu teh lada putih serbuk
secubit perasa atau 1/2 sudu teh gula
garam secukup rasa
minyak secukupnya
bawang goreng, lada jeruk
telur dadar utk hiasan
Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih/kecil hingga kekuningan dan masukkan sotong, crabstick dan fishcake. kacau sebentar lalu masukkan udang hidup, lobak merah, kobis dan batang sayur sawi. Kacau sebentar hingga sayur layu sedikit. Masukkan sos oyster, sos abalone, minyak bijan, kicap cair, garam, gula dan kacau sebentar. Kemudian masukkan lada putih serbuk, daun sayur sawi dan mee hoon yg siap dicelur, lalu kacau sehingga rata. Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Hidangkan mee ini dgn sedikit taburan bawang goreng, lada jeruk dan hirisan telur dadar. Selamat mencuba!
Nota:
Anda juga boleh menggunakan hirisan daging lembu (jika suka). Rebus dahulu hirisan daging tersebut hingga empuk sebelum digunakan)
Thursday, February 08, 2007
KEK SRIKANDI
Tuesday, February 06, 2007
AYAM MASAK MERAH, SAYUR CAMPUR & PARU GORENG SAMBAL
Resipi ayam masak merah dah post previously. Yg lagi dua lauk ni, bahan-bahannya campak2 jer ok ler tu! Tapi aim betul2 K!
Sunday, February 04, 2007
KEK LAPIS CEMPEDAK
Before I start watching the game, let me share some photos of Kek Lapis Cempedak which I did last night.
I have 2 recipes for Kek Lapis Cempedak, one of which I have posted in the entry dated 8 Sep 2006. That recipe, given by a former colleague, was successfully tried and tested. Alhamdulillah. I did the above Kek Lapis using a recipe by "Kak Intan" (Pn Zaleha Osman)- a well-known figure in Singapore's culinary circle. My verdict..., a little 'leceh' (little bit only laa) but walaaa, the taste is good too! So, here's the recipe.
KEK LAPIS CEMPEDAK (sumber : Pn Zaleha Osman)
Bahan A
500 gm mentega
1 sudu besar esen vanilla (saya gunakan vanilli)
Bahan B
20 biji kuning telur
6 biji putih telur
275 gm gula halus
Bahan C
100 gm tepung Hong Kong
½ sudu teh baking powder
Bahan D
500 gm cempedak kisar }
¼ tin susu pekat manis } – dikacau rata
Cara
Pukul Bahan A hingga kembang selama 3 minit. Pukul Bahan B hingga pekat selama 5-7 minit. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B dan kacau hingga rata. Kemudian, masukkan Bahan C dan kacau lagi hingga sebati. Bakar dgn menggunakan grill, selapis selapis. Setiap lapisan kek menggunakan 2 senduk adunan tepung. Bakar selama 2-3 mminit (saya bakar selama kira-kira 6-7 minit dgn suhu 210 – 215 darjah Celsius). Satu lapisan plain, satu lapisan dicampur dgn 2-3 sudu besar cempedak kisar (Bahan D). Buat begini sehingga adunan selesai. Setelah kek masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk sebelum diterbalikkan di atas redai (rak kek).
Nota:
Apabila melapis adunan lapisan cempedak, bakarlah sehingga kering cempedaknya baru dilapis adunan plain tadi.