Made this tonite, fresh from the pot!! A Chinese local favorite drink, Cheng Tng which comes with lotus seed, winter melon strips, longan pulps, etc, etc, etc.
Sukatan bahan-bahan untuk membuat cheng teng sumernya agak2 jer - mengikut citarasa sendiri. Even bahan-bahan yg digunakan juga terdiri dari pelbagai macam jenis. Walhasil, tepuk dada tanya selera! Resipi yg saya berikan di sini merupakan yg very basic. Diharap sesiapa yg gemar dgn cheng tng ini dapat membuatnya sendiri.
CHENG TNG (CHEE KONG)
Bahan-Bahan
200 gm isi buah longan kering
air secukupnya (kira-kira 3 liter- jika kurang boleh tambah)
beberapa helai daun pandan (disimpul)
50 gm biji teratai (lotus seeds) - rebus hingga empuk
10 biji buah kembang semangkuk - rendam dgn air hingga kembang
beberapa keping buah samak kering - hiris
sedikit fungus (di rendam hingga kembang dan rebus hingga lembut)
50 gm halwa kundur (winter melon strips)
sagu biji besar (optional)
beras barley (optional)
keledek rebus (optional)
gula pasir/gula batu secukupnya
gula melaka (optional)
Cara
Rebus buah longan bersama air dan daun pandan hingga empuk. Masukkan gula, halwa kundur dan buah samak kering dan masak lagi hingga buah tersebut lembut.
Ambil sebuah mangkuk sederhana. Isikan dengan sedikit fungus, buah kembang semangkuk, biji teratai dan sagu biji. Tuangkan air longan yg telah direbus tadi bersama 'isi-isi'nya yg lain. Hidangkan panas-panas. Jika yg suka cheng teng sejuk, tambahkan ketulan air batu.
I like this! Tapi dah lama tak makan.....mana la nak cari benda-benda cam ni kat sini...tak pe, nanti kita pergi Singapore, boleh singgah tak rumah bro? Hihi... sungguhlah tak malunya kita!
ReplyDeleteApa salahnya mama, kalau sudi nak datang. Boleh kenal2 dgn famili masing2. Bertambah lagi tali persaudaraan sesama Islam.
ReplyDeletesalam abg rozzan..
ReplyDeleteishzah suka minum cheng teng ni..tapi tu la...tak reti nak beli kat mana bahan-bahan yg tertera di resipi tuh...tak kenal rupa bahan-bahannya...best kalau dapat minum cheng teng ni...
Ishzah, you pergi je kat kedai sinseh; semua bahan2 tu ada kat sana.
ReplyDeletesalam encik rozzan dah kat 5 thn tak makan ni..sayang nya certain ingredients ni susah nk cari kat uk ni...sedih....
ReplyDeleteWS muzafir.
ReplyDeleteActually tak perlulah adakan sumer bahan tu. Basically its a "dried longan" syrup base. Bahan2 yg lain tu sekadar sampingan. But I guess kalau tak cukup lengkap bahan2 tu, rasanya kurang enaklah yer.