Permintaan dari seorang pengunjung, roz. Resipi ni saya tukil dari sebuah buku masak tempatan "Hidangan Warisan Kita".
PUTU PIRING
sumber : Puan Hjh Asfiah Hj Abdullah
Bahan-Bahan
600 g tepung beras, diayak dan dijemur sebentar
450 g gula melaka
300 ml air kelapa
450 ml air sejuk
1 biji kelapa parut yang dibuang kulit arinya
5 helai daun pandan, disiat-siat
Cara :
1. Tepung dan daun pandan dikukus selama 5 minit. Angkat dan jemur pula sehingga ia kering.
2. Campurkan air kelapa dan air sejuk. Kemudian dimasukkan ke dalam tepung tadi lalu digesek gesek sehingga keadaan tepung tadi menjadi lembap berderai.
3. Gaul sedikit garam bersama-sama kelapa parut. Kukus selama 15 minit.
4. Gula melaka dihiris halus-halus.
5. Siapkan kukusan putu piring. Alaskan acuan putu piring dengan kain bersih lalu dibubuh dengan separuh adunan tepung. Bubuh pula gula melaka dan tutupkan dengan separuh lagi tepung. Tutuplah acuan ini rapat-rapat dan kukuslah is hingga masak.
6. Apabila masak, keluarkan dari acuan dan aturkan di dalam piring yang sudah dibubuh kelapa parut.
Alhamdullillah.... Dengan sukacitanya saya ucapkan ribuan terimakasih pada abg rozzan atas resepi ini.akan saya cuba dan beri feed back nanti... InsyaAllah, salam dari kami di Melbourne, Roz :)
ReplyDeleteWS. Harap2 resipi ni menepati citarasa anda ya sbb saya blum mencubanya. Heheh, xde alat pengukusnya!
ReplyDeleteSalam bro Rozzan....
ReplyDeletedah lama akak tak tinggalkan jejak kat sini....you sehat? anak2 dan isteri? moga semuanya sehat ya. take care - kak QJ.
Hmmm... Teringin sekali nak cuba membuatnya tapi saya pun tak ada alat pengukusnya. Agak2 kat mana eh boleh dibeli alat ni?
ReplyDeletewah..putu piring arr Zan..boleh u buat meniaga ye..hehe
ReplyDeleteSalam,ni nak beritahu yg kami dah cuba dan menjadi.1st time cuba ikut resepi ni tapi agak tawar so kita tambah garam n ubi parut kat tepung to get d flavour d 2nd time, tapi tepung agak kering, alhamdullillah, semlm our 3rd time try dah pas rasanya....tapi masih bole d biaki lagi n cuba nak haluskan lagi tepung ni.tamu kami pun suka dpt d jamu dgn kue ni. trimakasih banyak2 yer...
ReplyDeletecamana nk atasi tepung kering ya...tambah air ya
Deletewah...bestnye..boleh la cube2 buat nnti ..time kasih kerana berkongsi resepi ini :)
ReplyDeleteBR > QueenJah
ReplyDeleteWS kak. Saya sihat cuma bz sket... Famili pun sihat Alhamdulillah. Harap2 akak pun begitu juga yer!
BR > Rosie
ReplyDeleteHeheh, saya pun kurang pasti kat mana nk beli alat pengukusnya.. Saya nk makan beli jer , hihihi..
BR > Roz
ReplyDeleteAlhamdulillah, practice makes perfect! Heheh, dah buat pas kat sini sket arr....
BR > Cadlynn
ReplyDeleteWah, you pun rajin nk cuba jugak yer. Ni mesti dah ada pengukus nya eh?
BR > anonymous
ReplyDeleteHeheh, saya tkde alat mengukusnya, camner nk niaga, hihihi..
Terima kasih atas resipe putu piring ni..baru dapat beli alat kukusan putu piring di Kg.jawa Melaka tp kena tempah baru dpt. Saya beli yang hanya 4 tempat sahaja. Harga RM140!
ReplyDeleteSalam...mane nk dptkan acuan die?sy mengidam nk mkn dan nk buat sendiri...
ReplyDeleteAs salam, nanti saya cuba resepi ni, semalam cuba resepi lain, tak jadi2. 2 try masih gagal. N siapa nak tempah acuan cuba tanya m.ikhwanrazak@yahoo.com
ReplyDeleteaslmkum.. nk tanya.. air kelapa tu air kelapa muda ke tua?
ReplyDeleteaslmkum.. nk tanya.. air kelapa tu air kelapa muda ke tua?
ReplyDelete