Sunday, March 07, 2010

PUTU PIRING (Permintaan Resipi)

Permintaan dari seorang pengunjung, roz. Resipi ni saya tukil dari sebuah buku masak tempatan "Hidangan Warisan Kita".



PUTU PIRING
sumber : Puan Hjh Asfiah Hj Abdullah

Bahan-Bahan
600 g tepung beras, diayak dan dijemur sebentar
450 g gula melaka
300 ml air kelapa
450 ml air sejuk
1 biji kelapa parut yang dibuang kulit arinya
5 helai daun pandan, disiat-siat


Cara :

1. Tepung dan daun pandan dikukus selama 5 minit. Angkat dan jemur pula sehingga ia kering.

2. Campurkan air kelapa dan air sejuk. Kemudian dimasukkan ke dalam tepung tadi lalu digesek gesek sehingga keadaan tepung tadi menjadi lembap berderai.

3. Gaul sedikit garam bersama-sama kelapa parut. Kukus selama 15 minit.

4. Gula melaka dihiris halus-halus.

5. Siapkan kukusan putu piring. Alaskan acuan putu piring dengan kain bersih lalu dibubuh dengan separuh adunan tepung. Bubuh pula gula melaka dan tutupkan dengan separuh lagi tepung. Tutuplah acuan ini rapat-rapat dan kukuslah is hingga masak.

6. Apabila masak, keluarkan dari acuan dan aturkan di dalam piring yang sudah dibubuh kelapa parut.

MEE BANDUNG - Permintaan Resipi




















MEE BANDUNG

sumber : Hjh Ratnah Djohan


Bahan-bahan:

½ kg tulang rusuk lembu

300 gm keledek .

3 liter air


(Bahan di atas direbus hingga keledek hancur)


200 gm kobis panjang (dipotong-potong)

300 gm udang hidup (yang sederhana besarnya, buang kepala dan ekor)

300 gm daging lembu - dihiris

200 gm sotong – dihiris

beberapa keping fish cake (hiris) –ni saya yg tambah..

½ kg sawi (dipotong-potong)

10 biji telur

4 biji bawang besar

20 ulas bawang putih

1 ½ kg mee kuning

1 tin tomato puree (100g)

1 botol sos tomato

1 cawan lada kering kisar

secukup garam, gula, serbuk perasa (jika suka)

secukup minyak utk menumis

kicap

bawang goreng, lada jeruk



Peraturan membuat semangkuk mee:


Jerang kuali, panaskan setengah senduk minyak. Tumis satu sudu makan bawang putih hingga kuning. Masukkan sedikit bawang besar, dua sudu makan lada kisar, satu sudu makan tomato sos, sedikit tomato puree, daging, sotong, udang dan fishcake secukupnya. Kacau rata.


Masukkan kicap, gula, serbuk perasa dan garam secukup rasa. Tuangkan pula sedikit air rebusan tulang.

Masak sehingga mendidih. Pecahkan telur sebutir, biarkan sehingga ia setengah masak, lalu masukkan sedikit mee, sawi dan kobis. Masak sehingga meenya masak(lembut sedikit). Hidangkan panas-panas dengan lada jeruk dan bawang goreng.


Mee Bandung enak dimasak, semangkuk demi semangkul baru lazat rasanya.


URAP SAYUR

Permintaan dari beberapa kenkawan ..Harap menepati citarasa anda ya.















SAYUR URAP

Bahan-Bahan
200 gm kelapa parut (dibuang kulit arinya)
garam secukup rasa

Dikisar (tidak terlalu halus)
6-8 btg lada merah
8 ulas bawang merah
2 sudu besar penuh udang kering (direndam sebentar)
2 ulas bawang putih
½ cm cekur (buang kulit dan hiris atau tumbuk) –kalau tk suka, takyah taruk

Cara
Campurkan kelapa dengan bahan-bahan yg dikisar lalu bubuh garam secukup rasa.
Panaskan kuali dan sangai bahan-bahan campuran ini di atas api yg kecil selama 10 minit atau hingga
hampir kering. Angkat dan ketepikan.

Pelbagai Sayuran
150 gm taugeh
200 gm kangkung (ambil daunnya dan batangnya dihiris ikut suka)
150 gm kacang panjang (dipotong kecil2 atau ikut suka)
200 gm kacang boto (potong kecil2)

Cara Membuat Urap
1) Jerangkan air (bubuh sedikit garam) dalam periuk sehingga mendidih.
2) Celur berasingan sayur2 di atas sehingga separuh masak jer (kecuali kacang boto) dan toskan.
3) Bubuh ke dalam sebuah mangkuk besar dan taburkan rempah urap tadi lalu digaul hingga rata.

Thursday, March 04, 2010

OTAK-OTAK

Buat Ita, maaf yer kerana terlewat nak postkan resipi ni. Resipi saya tukil dari buku masak tempatan Resipi Pesta Perut. Harap-harap ia menepati citarasa anda.

Bagi anda yg permintaannya belum sempat saya tunaikan, harap bersabar yer...


















OTAK-OTAK
Sumber : Nurhuda Yusof

Bahan Utama
1 ekor ikan parang/tenggiri (kira-kira 1½ kg)

Bahan-Bahan untuk membuat otak-otak putih atau isi:
500-700 gm isi ikan
1 biji kelapa muda putih parut (dikisar atau giling halus-jgn gunakan air)

Bahan-Bahan Kisar
4 batang serai
1 ibu jari lengkuas
1 jari halia
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
sedikit lada putih secukup rasa
beberapa helai daun pisang, kertas timah (aluminium foil) & lidi tajam utk menyemat

Bahan-Bahan utk membuat otak-otak kepala atau otak-otak berempah:
Kepingan ikan yg telah disiapkan lebih awal
5 sudu makan rempah kari ikan
2 biji kelapa parut (dikisar halus dan diketepikan)

Bahan-Bahan Kisar:
5 batang serai
1½ ibu jari lengkuas
2 jari halia
7-8 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
garam secukup rasa

Beberapa helai daun pisang yg dilayukan sebentar
kertas timah
lidi tajam utk menyemat

Cara Membuat Otak-Otak Isi
Gaul kelapa dgn bahan2 kisar hingga rata. Campurkan isi ikan dan garam secukup rasa dgn rata. Layukan sedikit daun pisang. Isikan sedikit adunan lalu lipat (seperti pais) dan tekan-tekan dan leperkan selebar dua jari. Semat kiri kanan dgn lidi. Lipat pulakedalam kertas timah supaya bila dibakar, tidak bimbang hangus. Bakar dalam ketuhar sehingga masak lalu dikeluarkan dari oven.

Cara Membuat Otak-Otak Rempah:
Gaul rata bahan-bahan kisar dgn kelapa. Masukkan rempah kari dan secukup garam. Masukkan pula sedikit air asam pekat (utk menghilangkan bau dan rasa hanyir ikan). Gaul hingga rata. Kemudian, masukkan kepingan ikan dan gaul supaya ikannya bersalut rempah. Bentang sehelai daun pisang, isikan dgn 2 potong ikan dan timbus dgn rempah. Semat dan lipat kiri dan kanan dgn lidi. Kemudian bungkus dgn kertas timah dan bakar dalam oven hingga masak.

Mengisi otak-otak dalam daun kelapa
Jika otak-otaknya hendak dibakar dgn menggunakan daun kelapa, kita perlu menggunakan dapur arang atau tempat pembakar sate. Gunakan daun kelapa hijau tua. Kerat saun kelapa sepanjang 20 cm. Isikan dalam sepotong daun sekeping ikan dan rempahnya. Tambah rempah jika kurang. Tangkupkan dgn sehelai lagi daun.Semat kiri dan kanan dgn lidi kemudian dibakar dgn api yg kecil hingga masak. Api tidak boleh besar sbb adakalanya sungguhpun daunnya hangus, isi di dalamnya mungkin belum masak lagi.

Monday, March 01, 2010

WADEH UDANG & MUFFIN PISANG

Resipi Wadeh Udang ni saya tukil dari internet (dah lama saya copy tp baru jer mencubanya smlm) tp lupa pulak dr blog atau Forum mana. Apapun, mekasih kpd empunya resipi ni, umyah. Alhamdulillah, hasilnya tk mengecewakan. Kalau sesiapa yg nak cuba, silakan.

















WADEH TEPUNG GANDUM
sumber : Umyah

Bahan-bahan

14oz tepung gandum
4 oz tepong wadeh (white urad flour)...carilah kat kedai mamak
11 oz air
1 1/2 sudu teh garam
1 sudu besar yeast (instant yeast)
1 sudu teh potas (saya guna soda bicarbonate)
2 biji telur
1/2 sudu lada hitam ditumbuk halus
1 inci halia hiris halus (atau tumbuk halus)
150 gm bawang kecil hiris halus
3 tangkai daun kari hiris halus
2 batang lada hijau hiris halus (optional)

Udang hidup secukupnya
Minyak utk menggoreng.

Cara:

Satukan semua bahan kecuali udang dan minyak. Perapkan selam kira-kira 1 1/2 hingga 2 jam. Kemudian gunakan sarong tangan plastik pada tangan sebelah kiri. Basahkan sedikit dgn air dan ambil sedikit adunan wadeh lalu leperkan pada palstik tu. Buat bentuk bulat donat dan bubuh se-ekor udang. Angkat wadeh ni dgn tangan kanan lalu masukkan ke dalam kuali berisi minyak yg dah panas. Goreng sehingga garing kekuningan. Hidangkan dgn cili hijau.


























Muffin Pisang mudah ni pula saya buat sbb nak habiskan pisang berangan yg ada kat rumah. Rasanya tk begitu manis, teksturnya lembab (moist), kira orait ler .



















BANANA MUFFIN

1 cup (115 grams) walnuts or pecans, toasted and coarsely chopped (optional)

1 ¾ cups (230 grams) all-purpose flour

¾ cup (150 grams) granulated white sugar

1 teaspoons baking powder

¼ teaspoon baking soda

¼ teaspoon salt

1 teaspoon ground cinnamon

2 large eggs, lightly beaten

½ cup (113 grams) unsalted butter, melted and cooled

3 ripe large bananas (approximately 1 pound or 454 grams), mashed well (about 1-1/2 cups)

1 teaspoon pure vanilla extract


Method:

Preheat oven to 350 degrees F (180 degrees C) and place the oven rack in the middle of the oven. Butter or spray with a non stick spray, 12 - 1/2 cup muffin pan.

Place the nuts on a baking sheet and bake for about 8 to 10 minutes or until lightly toasted. Let cool and then chop coarsely.

In a large bowl combine the flour, sugar, baking powder, baking soda, salt, cinnamon, and nuts.
In a medium-sized bowl combine the mashed bananas, eggs, melted butter, and vanilla.
With a rubber spatula or wooden spoon, lightly fold the wet ingredients (banana mixture) into the dry ingredients just until combined and the batter is thick and chunky. (The important thing is not to over mix the batter. You do not want it smooth. Over mixing the batter will yield tough, rubbery bread.)

Spoon the batter into the prepared muffin tins. Bake about 20 - 25 minutes or until a toothpick inserted in the center comes out clean. Place on a wire rack to cool for five minutes and then remove muffins from pan. Serve warm or at room temperature.

Makes 12 regular sized muffins.

Nota:
Resipi di atas ni wholesale dari empunya resipi di internet. Anda boleh buat dgn cara biasa anda membuat muffin. Saya tak bubuh kacang pun. Its up to you. Yg plain jer pun dah enak..


Permintaan Resipi - Oreo Cheese Cake

Salam semua dan selamat menyambut Maulidurrasul. Maaf kerana lama tak update, heheh. I guess I need the break lah...

Terdapat beberapa permintaan resipi yg saya belum tunaikan- samada resipinya blum terjumpa, kerana kesuntukan waktu dan sbb-musabab yg "sewaktu dgnnya", heheh.

Apapun, kali ini saya paparkan resipi Oreo Cheese Cake (unbaked) -permintaan dari seorang pengunjung sedikit masa dulu. Resipi bersumber dari smile di FRD. Harap2 anda boleh mencuba yer.

CHILLED OREO CHEESECAKE (ALA-ALA SECRET RECIPE)
Sumber: Smile (FRD)

Bahan-Bahan
200 gm Oreo (buangkan krimnya)-hancurkan
60 gm mentega (dicairkan)
1 biji lemon (diambil jusnya)
500 gm krim keju (creamcheese)
65 gm mentega (pada suhu bilik)
100 gm gula halus
2 sudu besar gelatine
300 ml whipping cream
100 gm biskut Oreo - dipotong 4


CARA

1. Gaulkan 60gm butter bersama 200gm biskut Oreo tadi dan bubuh ke dalam loyang kek keju (bulat) lalu tekan hingga mampat. Masukkan ke dalam peti sejuk.

2. Pukul whip cream sehingga pekat dan ketepikan.

3. Pukul krim keju bersama 65gm butter dan gula sehingga kembang dan putih.

4. Campurkan jus lemon dgn gelatine dan panaskan dlm microwave oven lalu kacau hingga gelatine larut.

5. Masukkan whip cream ke dalam mixture krim keju tadi (3) dan bubuh gelatine dan biskut Oreo. Gaul sehingga rata.

6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam.