Tuesday, April 07, 2009
LOPES
Makan lopes, dah biasa. Tengok orang buat lopes depan mata pun dah banyak kali. Beli... lazimlah. Buat sendiri..... heheh, tak pernah. Tuhari pergi ke majlis cukur rambut "cucu" bekas teman sepejabat, ingatkan nak rasa lopes yg terhidang. Belum sempat orang rumah nak pi amik, rombongan kump yg diundang utk memimpin majlis dah pun tiba. Kesian.....
Semalam, adalah sket masa terluang. So, seumur hidup, inilah kali pertama saya buat lopes. Di sini saya ingin berkongsi bersama anda-anda yg blum tahu membuatnya. Yg dah tahu, bolehlah berkongsi pengalaman, pandangan atau tips ya!
LOPES
Bahan- Bahan
1 kg pulut (dicuci bersih, toskan)
secukup air
40-50 gm abucang (yg ditumbuk kasar2)
secukup daun pisang (dipotong selebar 3 inci)
tali rafia (utk mengikat lopes)
1 biji kelapa parut putih
½ sudu teh garam halus
500 gm gula Melaka
4 sudu makan gula pasir
500 ml air
3 helai daun pandan
Cara :
1) Pulut direndam dengan air dan abu chang selama 2 jam, kemudian toskan.
2) Rendam daun pisang dalam air panas sebentar sehingga lembut sedikit dan lap kering. Lipat daun pisang dan bentukkan tiga segi (seperti lipatan membuat samosa). Bubuh 2 sudu makan pulut ke dalamnya. Padatkan isinya dan lipat daunnya dengan rapi. Buatlah lagi beberapa keping. Kemudian, susun 3 atau 4 keping pulut bungkus ini dan ikat ketat dengan tali raffia. Pastikan daunnya tidak koyak atau merekah. Buatlah sehingga selesai kesemua pulut tadi.
3) Bubuh lopes-lopes ini kedalam periuk dan rebus selama 2 jam atau lebih, sehingga masak. Setelah itu tos dan sejukkan sebelum dihidangkan dengan kelapa parut kukus serta sirap gula Melaka.
Kelapa Parut
Kelapa parut dikukus dengan sehelai daun pandan dan disejukkan dahulu. Gaul dengan garam dan ketepikan.
Sirap Gula Melaka
Masak gula Melaka, gula pasir, air dan 2 helai daun pandan sehingga mendidih dan gulanya larut. Tapis dan sejukkan.
Nota:
1. Saya gunakan periuk tekanan (pressure cooker) utk merebus lopes ni. Bolehlah jimatkan masa sket. Saya rasa 1 jam - 1jam 15 minit dah mencukupi.
2. Ada sesetengah orang gunakan 'getah pengikat' (rubber-band) utk mengikat lopes ni. Terserah kpd anda. Cuma ada yg berpendapat penggunaan getah kurang baik dari segi kesihatan.
3. 1 kg pulut ni boleh menghasilkan kira-kira 50 keping lopes. So, kalau belum yakin, I sarankan anda buat 1/2 bahagian dulu.
4. Anda boleh sesuaikan kemanisan/kepekatan sirap gula melaka mengikut citarasa anda.
Contoh Cara Mengikat Kepingan2 Lopis
salam
ReplyDeletenak tanya nih, abucang tu apa ya??
CK
yalah bro, baru nak tanya-apa benda abucang tu?
ReplyDelete-saja nak report; semalam makcik cuba talam keladi bro, sedap cuma colour dia pucat sikit. gambar 'kepucatan'nya ada kat blog makcik..thanks
Abu chang tu yg biasanya org buat rendam sotong kering tu ya? Kalau guna air abu soda yg dijual dlm botol tu boleh tak? pastu nak kena bilas tak sebelum dibungkus?
ReplyDeleteUntung dan bertuah betul isteri bro rozzan, kalau teringin jer benda2 yg tak pernah dibuat pun bro boleh buat, contoh suami mithali, tahniah! saya mmg suka lopes singapore, kat kl ni lopes bulat2 kaler hijau, dah ler tak kenyal, tak sedap pulak tu, saya gelar dia lopes temberang, bila nak makan lopes rasa nak balik s'pore jer...
Assalamualaikum bro rozzan,
ReplyDeleteterime kasih atas resipi lopez kegemaran saya, bagaimana cara nya menggunekan pressure cooker. utk mengukus lopez?
selain gunakan abuchang, boleh tak kalo digantikan dengan bi-carbonate of soda?
ReplyDeleteSalam, semoga chat. Sekarang ngape blog selalu tak update. Cbuk ye, apa-2 pun semoga sentiasa chat sefamili.
ReplyDeleteBR > CK,
ReplyDeleteAbucang tu sejenis bahan berwarna putih yg kita gunakan utk melembutkan sotong kering.
BR > makcikkantin
Mekasih sudi cuba talam kelasi tu. Lenkali, anda boleh bubuh sedikit pewarna coklat utk gelapkan sket warnanya.
BR > anonymous
ReplyDeleteBab abucang tu betul! Selepas merendamnya, buang aje airnya, tak perlu dibilas lagi dgn air lain.Tp kalau nk bilas pun takpe.
Kadang2 utk tujuan bisnes (ckp senangnya, nak untung lebihlah) sipembuat lopes menggunakan pulut yg dicampur dgn beras, krn harga beras lebih murah dari pulut. Tu pasal lopes jadi tk kenyal. Btw, anda asal Spore yer?
BR > anonymous
ReplyDeleteGunakan pressure cooker seperti biasa. Masukkan lopes2 yg dah diikat rapi. Bubuh air melebihi dari paras lopes (lebih pun takpe). Pastu tenggek atas api. Selepas beberapa ketikakan nanti p/ckr tu nanti berbunyi?, biarkan saja sehingga 1- 1 1/2 jam. sehingga lopes masak.
BR > anonymous
ReplyDeleteTak sama rasanya kalau anda gunakan bic of soda.
BR > anonymous
ReplyDeleteYup, kebelakangan ni sibuk dan juga kurang sihat sedikit. Tapi, kalau dah betul2 sibuk then maybe saya akan fikirkan utk pencen kot..agar tak menghampakan pengunjung2 ke sini. Apa pun, mekasih atas doa dan perhatian anda.
ya, saya asal s'pore, bro nak pencen dr blog ker? pleaaase dont! saya doakan u sehat, family sehat, tak sibuk2, lebih relax n boleh terus kongsi resepi, i luv ur blog....
ReplyDeleteOooo, orang Spore. Thanks for ur doa, sis.
ReplyDeleteBro Rozzan, abuchang bahasa omputih ape eh? Nanti nak cuba cari kat kedai Asian. Kalau tak rendam pulut tanpa abuchang boleh tak?
ReplyDeleteHunny
Hi Hunny,
ReplyDeleteSorry yer lambat reply.
Kalau tak silap dlm bahasa Inggeris, they called it "lye". As an alternative, perhaps u can substitute it with the liquid form called "lye water". Kalau tk rendam, rasa lopes anda tka bangkit lah, mcm kurang enak sbb aromanya takder.
saya gunakkan sedikit saja air kapor tujuan supaya lopis kenyal dan saya pernak tercuci pulut yang di rendam abuchang semalaman, hasilnya lopis yang yang kurang gelap warna nya.
ReplyDeleteBagaimana kah cara untuk mdendapatkan lopis yg warna nya hijau cantik
Salam Bro Rozzan
ReplyDeleteTerimakasih kerana berkongsi resipi lopes! Pertama kali cuba..Alhamdulillah..sukses.Suami & anak2 suka kerana kat Australia tak mcm spore boleh beli.
Hanya Allah saja membalas jasa baik anda.
salam bro rozzan...
ReplyDeleteanak² saya mmg suka sgt dgn kuih lopes nie... bli byk, mahal... fikir punya fikir... saya buat stail sendiri... bungkus daun pisang saya tak reti... so wat mcm ketupat nasi nona tu... pulut yg dah rendam abu tu saya masukkan dlm plastik kecik sepenuhnya & stapler hujung tu... 3 stapler... so jadi mcm bantal kecik... kukus dlm periuk skali dgn sehelai daun pandan... bila dah masak, bg sejuk, baru gunting plastik & lopes 4 segi bantal tu golek dgn kelapa...
Kool
ReplyDelete