Friday, April 03, 2009

KEK LAPIS LEGIT (SPEK KOEK)



Salam sejahtera. Malam semalam berkesempatan membuat satu lagi kek lapis, iaitu kek lapis tradisi Indonesia - Lapis Spek koek atau pun Lapis Legit. Dalam pencarian saya melalui Internet untuk mencari 'resep' asli kek lapis ni di kalangan warga Indon, saya telah menemui pelbagai versi. Tetapi, semuanya menjurus ke 'arah' yg sama. Kebanyakannya tak menggunakan putih telur, cukup setakat kuningnya saja. Wow.... bertambah-tambah ler kolesterol!!! Boleh jadi ke? Tak bantat/bantut ke kek aku nanti? Dan yg putih telur yg berlambak ni, nak buat kek lagi kot! - kek zebra, kek fly african, dll.. Saper nak makan byk2 eh?


Namun oleh kerana didorong perasaan ingin tahu camner rupa, tekstur dan rasa kek lapis spek koek ni, saya nekad jer buat. Kalau aku tk dapat makan, tong jer yg makan lerr..... So, dgn tekad yg bulat saya pun mula membancuh adunan dan ...Alhamdulillah menjadi, cuma ada beberapa perkara yg harus diperhatikan semasa membuatnya yg akan saya terangkan nanti. Utk sesiapa yg nak mencuba silakan, kalau yg bimbang, cuci mata je yer! Saya nak bagi rasa pun, semua dok jauh2. Kalau sebelah rumah/blok, boleh saya hantar.. Apapun kek ni rasanya tak menghampakan dan tak berminyak sangat. Kemanisannya pun OK.

So, inilah resipinya yg telah saya buat sedikit penyesuaian.




KEK LAPIS LEGIT (SPEK KOEK)

Bahan-Bahannya:

20 biji kuning telur

200 gm gula halus

350 gm mentega

4 sudu makan susu pekat manis

1 sudu teh vanilli

85 gm tepung Hong Kong (ayak bersama b.powder)

2-3 sudu teh rempah kuih

¼ sudu teh baking powder



Peraturannya:

1. Pukul mentega dan susu pekat hingga kembang. Ketepikan.

2. Pukul kuning telur bersama vanilli. masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat.

3. Masukkan mentega yang telah dipukul tadi ke dalam adunan kuning telur. Kacau rata-rata.

4. Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit bersama rempah kuih. Kacau lagi hingga adunan sebati.

5. Bakarlah selapis demi selapis hingga masak.


Nota :

a) Anda boleh gunakan loyang 7" x 7". Saya gunakan loyang 9" x 6"

b) Suhu oven kira-kira 200 darjah Celsius (sesuaikan dgn oven anda).

c) Satu lapisan menggunakan kira-kira 1½ - 2 senduk adunan.

d) Lapiskan setiap lapisan dgn hati-hati. Ini disebabkan, oleh kerana adunan kek ni tak pakai putih telur, adunannya pekat sket. Bila kita nak ratakan dgn belakang senduk tu, ia agak payah sket - "kurang licin".


13 comments:

  1. hi abg rozzan, it so wonderful you have this recipe. im a fan of kek lapis, tested ur recipes and it works leh......but the 1st 5 layers always terbakar. Why??? any tips or not?

    ReplyDelete
  2. Hi, cuba you refer kat my tips on baking kek lapis but I think its got to do on the position of ur loyang in the oven. Perhaps you can email me to tell me how you bake it.

    ReplyDelete
  3. Sy suka sgt kuih ni sbb dr kecik dah biasa kek ni dibuat oleh masyarakat Jawa S'pore. Mmg yg authentic guna 100% yolks saje, resepi yg sy biasa buat sampai 25biji. Yg sy blaja dari chef Asma,she recommends oven kecil jenis Pensonic AE18 sbb kek tak kering. Oven ni ada api bawah (utk that 1st layer) then tukar api atas(utk 2nd and layer seterusnya). Last bakar api atas n bwh 10minit.Adunan kek ni pekat n tak jatuh, so boleh buka oven n check if dah masak. Sy set temp pada 160C, each layer abt 5-8 minutes, sampai dark brown. Layer 'hampir hangus' ni yg buat kek nampak berlapis. Oven ni juga sesuai utk bingka Ambon.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih RS kerana sudi berkongsi informasi ttg kek lapis ni. Diharap dpt dimanfaatkan oleh semua.

    ReplyDelete
  5. hi abg rozzan, im a first time baking kueh lapis.i would like to know how long do i have bake each layer. as for the layering, can i use any type of senduk. as for the baking tin, can i use silicone type with different inch.

    ReplyDelete
  6. BR > Nazia

    Hi. Selalunya satu lapisan memakan masa kira-kira 6-8 minit tergantung kpd oven dan suhu yg anda gunakan. You can use any senduk or some even use tablespoon. Its ok asal every layer you put in almost the same amount of batter. As for silicone, mould, heheh... I tk pernah cuba so tk dpt beri komen ya

    ReplyDelete
  7. Apa beza kek lapis rempah dan lapis legit sebab lapis legit pun tarok rempah. Dan apa itu spekkoek? Legit tu ertinya lekit(melekit /sticky/fudgy) dlm bahasa Jawa. Benar ingin tahu kerana bingung.

    ReplyDelete
  8. Kek lapis rempah, bumbu, legit dan spek-koek, semuanya lebih kurang sama. Ia merujuk kpd kek lapis yg menggunakan rempah sebagai salah satu bahan utama yg memberikan identiti kek tersebut. Orang Melayu gunakan perkataan rempah manakala orang Indonesia gemar menyebut bumbu atau legit. Spek koek pula merupakan kekata yg digunakan utk kek lapis rempah ni yg dicipta sewaktu zaman penjajahan Belanda ke atas negara Indonesia.

    Cuma, yg saya perhatikan kek lapis spek koek ni tak gunakan langsung putih telur dlm bahannya.

    ReplyDelete
  9. salam bro rozzan,
    suke tgk resepi2 bro. nak tanya rempah kuih tu yg mana?tq

    ReplyDelete
  10. hai bang rozzan:
    kenapa layer kek itu yang warna coklat dan putih tidak dibahagi kepada dua?

    ReplyDelete
  11. BR > Lovely Birdnest

    Yg anda nmpk garis2 warna cokelat tu bukan adunan warna cokelat. Adunannya tak dibahagi dua. Garisan2 cokelat tu adalah permukaan setiap lapisan kek yg dibakar. Utk menampakkan garisan2 tu, kita kenalah bakar setiap lapisan sehingga permukaannya berwarna cokelat tua. jadi bila dipotong, nampaklah garisan2 tu. harap maklum ya.

    ReplyDelete
  12. hai bang rozan:

    1) can you estimate how many gram/ml for one layer? 1 or 1.5 teaspoon measurement is very subjective because we did not see how big is the teaspoon? How thick or too thin is not good also. Is difficult to adjust yah...
    2)i heard after one layer, we need to use one tools to memampatkan the layer so that the layer kek is padat?
    3)what is tepung hong kong ah? I currently in Jakarta, the people selling baking material dont know what is tepung hong kong...
    need your guide.

    ReplyDelete
  13. Rempah kuih ni ape bang

    ReplyDelete