Tuesday, December 30, 2008

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1430 & MASEHI 2009

Salam untuk semua dan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1430 & Masehi 2009. Sepuluh jari saya susun memohon maaf kerana dalam bulan Disember ni tak banyak updates yg dapat saya buat dek kerana sebab2 yg di luar jangkaan saya. Apa pun diharap ini tidak melemahkan semangat anda utk mencuba resipi2 yg lain.

Kalau tak silap saya, banyak juga permintaan resipi yg blum dapat saya penuhi ataupun tag yg belum saya jawab. Insya'allah, jika masa mengizinkan, akan saya tunaikan. Kalau tak dapat saya penuhi pada kali ini, sekali lagi maaf yer. Insya'allah di lain masa jika ada, akan saya tunaikan. Kpd mereka yg request resipi, diharap bersabar yer! Kalau perlu remind me again via email ya!

Di kesempatan ini, saya nak ucapkan terima kasih kepada anggota-anggota Resipi.Net yg telah sudi berkunjung ke rumah saya minggu lepas. Maaf ler jika layanan atau sambutan kurang memuaskan....ataupun juadah yg disediakan tak menepati citarasa anda. Thanks MamaZieza (beliaulah ketua rombongan...heheh), Penyulawa, Mel dan yg lain2 yg datang berkunjung.

Berikut adalah beberapa foto yg sempat saya abadikan. Jom lihat.



Kasihan Penyulawa....dah berapa hari tak tidor ekkk... (ekcelli, beliau demam....tapi Mustaffa Centre jadi kot??? )


Penyulawa...sewaktu bersembang-sembang dgn my famili members...


Apa entah yg terbayang di mata Penyulawa..sehinggakan bila gambar disnap, mata terpejam dan tersenyum lebar..... Ingat cik abg kot....


Mamazieza (cip rombongan) diapit dgn puteri2 kesayangan saya


Khusyuk Rinnchan tengok rancangan TV Suria...


Bincang apa eh?? Serius nampak...sampai Mamazieza dok kat bawah


Group photo


Juadah ringkas







KEK LAPIS MIXED FRUIT



Kek Lapis Mixed Fruit ni merupakan salah satu juadah yg saya sediakan minggu lalu sewaktu menerima tetamu dari Resipi.Net. Resipinya lebih kurang sama dgn Kek lapis Prune dgn sedikit olahan je. Rasanya seperti kek buah-buahan atau fruit cake. So, kpd sesiapa yg ingin mencuba, this is the recipe.


KEK LAPIS MIXED FRUIT

Bahan-Bahan :
15 biji kuning telur
3 biji putih telur
8 oz gula halus
12 oz mentega
4½ oz tepung Hong Kong }
1 sudu teh baking powder } .... diayak bersama
120 gm mixed fruit (atau lebih, ikut suka anda)
3/4 sudu besar ovalette
60 gm gajus (cincang dan bakar sebentar)
1 sudu teh serbuk vanilli
sedikit pewarna lemon yellow (optional)

Peraturan :

1) Pukul mentega dan vanilla sehingga kembang..... Bahan (A).

2) Pukul telur, tepung, baking powder, gula dan ovalette dgn high speed hingga pekat (kira2 sepuluh minit)..... Bahan (B)

3) Satukan Bahan (A) dan (B). Bubuh pewarna kuning lalu kacau rata-rata.

4) Sediakan loyang 9" x 6". Alaskan dgn kertas tracing/parchment lalu griskan dgn mentega di dasar loyang dan sekelilingnya.

5) Bakarlah selapis selapis dgn lapisan pertama menggunakan api atas bawah. Lapisan kedua hingga akhir, anda boleh gunakan api 'grill' (api atas jer). Lapisan pertama dibiarkan plain. Lapisan kedua dibubuh mixed fruit, lapisan ketiga dibubuh gajus, dan seterusnya hingga selesai.




Dan...yang di bawah ni siaran ulangan heheh..Pudding Batik yg orang rumah request buatkan utk teman beliau pada 26 Dec lalu.







Yang pic kat bawah ni pula, just a suggestion jikalau anda nak bubuh kekata buat majlis tersebut. Saya tak buat, cuma gunakan photo express & edit the pic jer yaa. Kalau nak buat, perhaps gunakan sugar icing supaya lebih tahan lama.


Saturday, December 20, 2008

MEE BAKSO

Mee Bakso merupakan salah satu hidangan yg tak asing di negara jiran Indonesia. Resipinya mudah dan rasanya "lumayan". Di internet, terdapat pelbagai resipi utk membuatnya tapi yg pasti asas kuahnya adalah stok daging lembu dan juga daging yg diadun menjadi bebola-bebola. Selainnya adalah mengikut kreativiti dan selera anda sendiri.

Actually, dah lama saya nak buat Mee Bakso ni, cuma masa jer yg belum sesuai. Alhamdulillah hari ni dapatlah saya membuatnya. Saya rasa ramai yg dah tahu camner nk buat. Tapi bagi mereka yg belum tahu dan ingin mencubanya, di sini saya sertakan resipi yg mudah utk diikuti.




MEE BAKSO

Bahan-Bahan
1½ kg mee kuning (dicelur sebentar)

secukup sayur kobis (dihiris)
secukup sayur sawi (disiang & potong ikut suka)
secukup lobak merah (dihiris)
(Kesemua sayur dicelur sebentar)

Bahan Sup/Stok
1 biji bawang besar atau 6 ulas bawang merah }
4-5 ulas bawang putih }
2 cm halia }.....ditumbuk/kisar
1 ibu jari lengkuas (titik)
1 btg serai (titik)
1 sudu teh lada hitam
½ sudu teh lada putih
sedikit cengkih, pelaga dan kulit kayu manis
1 kotak kiub pati daging lembu
2 liter air
garam secukup rasa
secukup minyak utk menumis

500 gm bebola daging lembu

Cara:1) Panaskan minyak dalam periuk lalu masukkan bahan kisar, serai, lengkuas, cengkih, pelaga dan kayu manis. Tumis sehingga garing.

2) Masukkan air, kiub pati daging lembu dan juga bebola daging tadi. Kacau sebentar dan pastikan kiub tu larut. Kemudian bubuh lada hitam/putih & garam. Biarkan sehingga kuahnya mendidih. Matikan api.

Cara Menghidangkan Mee BaksoBubuh mee ke dalam sebuah mangkuk. Bubuh sedikit kobis, sawi & lobak merah. Kemudian tuangkan kuah/sup tadi dan susun bebola-bebola daging. Akhir sekali, taburkan bawang goreng ke atasnya. Mee ini enak dihidangkan dgn sambal cili padi.

Sambal Cili Padi (sukatan agak2 jer)
1 peket cili padi
3-4 ulas bawang putih
kicap manis
garam, gula, cuka (atau jus limau kasturi)

*Tumbuk cili padi bersama bawang putih. masukkan kicap manis, garam, gula dan cuka. Sesuaikan rasanya.

Nota:
1) Anda boleh juga gantikan mee kuning dgn bee hoon.
2) Saya campurkan sos tomato dgn sos cili dan bubuh sedikit ke dalam hidangan mee bakso tu.


Sunday, December 14, 2008

CUSTARD PUFF, ECLAIR & FRUIT TART

It's been a while since we've last met. By that, I meant one of closest friend and classmate since 1976. Back then we were in Commonwealth Sec School. Yeah, we did call, email and sms once in a while but that's that. So when we get the opportunity to meet, I guess it's a worth looking up to, and a lot of catching up to do. How time really flies.


Safaruan Mohd Noor. Yup that's his name, or Wan as we would called him - a popular guy during our time in school. With his musical talent (esp playing the guitar), I guessed he's melted & broken many girls' hearts, heheh.... Now he's happily married to a long-time sweetheart with four kids in tow. (You win me on this ya!! coz I've three!)


Another fact abt him.... he was the son of a popular local TV personality (dramatist), the late Encik Mohd Noor Juri (Al- Fatehah to him), an activist with the Malay theatre group "Perkumpulan Seni" or PS. Currently with a local Nasyid group SOLIHIN, they have released a debut album with the same title. Safaruan has also contributed & composed 2 songs, one of which Secebis Kasih dan Dunia Sementara. Congrats! Syabas to you & SOLIHIN. May Allah's blessings be with all of you in your path towards spreading the teachings of Islam.




OK, OK, back to topic. Actually I wanted to do quite a few bit of stuff to bring to the place where we're having barbeque since I'm having my Saturday off yesterday. However, due to unforeseen circumstances, I had to report for work. So, contingency plan came in. Fried noodles scrapped!, marinated chicken wings, hotdogs, ccustard pff & eclairs still on but .. my fruit tarts will come without the usual custard base filling, something which I really adore. So, I guess, I have to rely on my whipped cream to do a quick and fast job of making a cushion for all the strawberries, peaches, pineapples & kiwi fruits to sit on!!! . If I really had the choice, nope, I'd rather toil to make the custard base as I believe in not only making the food taste good but also look good & presentable.







We went there after the Asar prayers and stayed for a good three a half hours. I suppose it a time well spent and a good way to strengthen 'tali silaturrahim' amongst us. Too bad, some of our other close friends are not available. I really miss the good old days back then, when all of us were together, happily enjoying ourselves and probably not worrying about our futures! So, if you happen to read this... Musa, Zaini, Ishak, Rahim and the rest..do keep in touch ya!

Friday, December 12, 2008

CHICKEN PIE (PAI AYAM)



Sekedar nak berkongsi resipi Pai Ayam (Chicken Pie) yg saya buat beberapa hari lalu. Resipinya saya ambil dari salah sebuah laman di Internet tetapi saya ubahsuai sedikit utk mendapatkan hasil yg menepati citarasa saya. So, here it is.


CHICKEN PIE

Pastri:
400 gm mentega
500 gm tepung gandum
100 gm tairu biasa (plain yoghurt)
2 sudu teh gula
2 biji kuning telur
secubit garam

Cara
Masukkan semua bahan ke dalam sebuah bekas yg besar kecuali tairu. Gaul rata sehingga bahan menyerupai ‘breadcrumbs’. Kemudian, masukkan tairu dan uli sehingga menjadi adunan yg lembut. Masukkan adunan ke dalam peti sejuk kira-kira 30 minit hingga 1 jam sebelum digunakan.

Inti:
500 gm kentang (potong dadu, rebus hingga empuk, toskan)
100 gm lobak merah (potong dadu, rebus dgn kentang)
2 biji bawang besar (potong dadu)
50 gm kacang peas
80 gm jagung dlm tin
secukup cendawan butang (hiris atau potong kecil2)
300 gm isi ayam (potong dadu)
2-3 sudu besar tpg jagung (bancuh dgn 5 sudu besar air)
1 sudu besar gula (optional)
1-2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
1/2 sudu teh serbuk buah pala (optional)
secukup lada putih / lada hitam.
4 sudu besar minyak
1 biji kuning telur + 2 sudu besar susu segar (utk sapu atas permukaan pie)

Cara
1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan isi ayam tadi dan kacau sebentar sehingga agak masak.
2) Seterusnya, masukkan cendawan, kentang, lobak, kacang peas & jagung. Kacau hingga sebati lalu bubuh garam, gula, lada putih/hitam & serbuk buah pala. Kalau bahan agak kering, bubuh sedikit air dan gaul lagi.
3) Kemudian tuangkan campuran tpg jagung bersama air tadi. Gaul rata-rata. Sesuaikan rasanya dan matikan api.

Cara Membuat Pie
Keluarkan adunan dari peti sejuk lalu dicanai. Anda boleh buat pie mengikut saiz yg anda suka. Setelah adunan dicanai, terapkan dan bubuh ke dalam acuan pie lalu ratakan. Cucuk2 sedikit adunan di dasar acuan. Kemudian, isikan dgn intinya dan tutuplah acuan pie ini dgn sekeping lagi adunan yg telah dicanai. Cucuk2 lagi di permukaannya dan sapukan dgn kuning telur. Bakar dalam oven dgn suhu 180C selama kira-kira 30 minit.


Nota:
1. Anda boleh juga masukkan telur rebus ke dalam inti pie ini. Kalau gunakan telur ayam, setelah direbus, dipotong ke beberpa bahagian kecil. Boleh juga digunakan telur burung.

2. Anda boleh gantikan jagung, kcg peas & lobak dgn sayur campur (mixed vege) dgn sukatan yg lebih kurang sama.

3. Saya gunakan acuan pie bersaiz medium dan menghasilkan kira-kira 14-16 biji pie.

Sunday, December 07, 2008

TAG DARI EIJA / ZANIE


WORK STATION

Rules:
snap work station anda then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada. sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..

Oleh kerana kesuntukan masa, tak dapat ler saya pass tag ni kpd yg lain, setakat di sini jer arr.

Saturday, December 06, 2008

SALAM AIDILAHDA

Kepada semua pengunjung, kami sekeluarga ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha". Semoga kita semua sentiasa di bawah perlindunganNya, diberkati amal ibadah kita dan mendapat rahmat & hidayah drpd Nya, Insya'allah.
"Labbaikallahummalabbaik. Labbaikalaa syariikalakalabbaik. Innalhamda wanni'mata lakawal mulk. Laa syariikalak"

Friday, December 05, 2008

BINGKA PISANG

Been quite bz lately sbb tu takde updates. My apologies. Ada tag dari kawan2 pun yg belum sempat disempurnakan. Anyway, mekasih kpd Zanie & VG. Insya'allah, bila ada kelapangan nanti saya akan update ya. Meantime, mekasih ummi for this award. Harap2 otak ku betul2 kreatif lah yer! Tapi kdg2 buntu jugak nak fikirkan apa nak share dgn kawan2. Kena makan brain-booster kot!



So, pada kesempatan ini, saya nak share resipi bingka pisang yg saya adaptasikan dari resipi bingka beras. Bukan apa, saja nak perabihkan pisang kepok yg tak sempat menjadi "goreng pisang". Drpd terbuang, lebih baik dibuat juadah kot! heheh.. So, resipi yg mudah dan takkan mengecewakan.



Bahan-Bahan

250 gm tepung beras*

220 gm gula pasir* (kurangkan sedikit jika anda penawar)

500 ml santan pekat*

700 ml air*

1 sudu teh garam atau secukup rasa*

400 gm pisang kepok/raja (dipotong kecil-kecil)

1 helai daun pandan (disimpul)



Cara

1. Masukkan semua bahan * kedalam bekas lalu dikacau hingga rata.

2. Kemudian tapis kedalam sebuah periuk dan masukkan daun pandan.

3. Masak/kacau di atas api yg sederhana sehingga adunan pekat dan licin.

4. Masukkan potongan-potongan pisang tadi dan gaul sebentar.

5. Tuang ke dalam loyang yg telah disapu minyak pada dasar dan kelilingnya. Ratakan permukaannya.6. Bakar di dalam oven sehingga masak dgn suhu 180-200 darjah selama kira-kira 50 minit - 1 jam.