Kek Lapis Mixed Fruit ni merupakan salah satu juadah yg saya sediakan minggu lalu sewaktu menerima tetamu dari Resipi.Net. Resipinya lebih kurang sama dgn Kek lapis Prune dgn sedikit olahan je. Rasanya seperti kek buah-buahan atau fruit cake. So, kpd sesiapa yg ingin mencuba, this is the recipe.
KEK LAPIS MIXED FRUIT
Bahan-Bahan :
15 biji kuning telur
3 biji putih telur
8 oz gula halus
12 oz mentega
4½ oz tepung Hong Kong }
1 sudu teh baking powder } .... diayak bersama
120 gm mixed fruit (atau lebih, ikut suka anda)
3/4 sudu besar ovalette
60 gm gajus (cincang dan bakar sebentar)
1 sudu teh serbuk vanilli
sedikit pewarna lemon yellow (optional)
Peraturan :
1) Pukul mentega dan vanilla sehingga kembang..... Bahan (A).
2) Pukul telur, tepung, baking powder, gula dan ovalette dgn high speed hingga pekat (kira2 sepuluh minit)..... Bahan (B)
3) Satukan Bahan (A) dan (B). Bubuh pewarna kuning lalu kacau rata-rata.
4) Sediakan loyang 9" x 6". Alaskan dgn kertas tracing/parchment lalu griskan dgn mentega di dasar loyang dan sekelilingnya.
5) Bakarlah selapis selapis dgn lapisan pertama menggunakan api atas bawah. Lapisan kedua hingga akhir, anda boleh gunakan api 'grill' (api atas jer). Lapisan pertama dibiarkan plain. Lapisan kedua dibubuh mixed fruit, lapisan ketiga dibubuh gajus, dan seterusnya hingga selesai.
Dan...yang di bawah ni siaran ulangan heheh..Pudding Batik yg orang rumah request buatkan utk teman beliau pada 26 Dec lalu.
Yang pic kat bawah ni pula, just a suggestion jikalau anda nak bubuh kekata buat majlis tersebut. Saya tak buat, cuma gunakan photo express & edit the pic jer yaa. Kalau nak buat, perhaps gunakan sugar icing supaya lebih tahan lama.
Salam Abg Rozzan
ReplyDeleteWow!! cantiknya kek lapis mixed fruit abg tu... the layers are so even...
rina tengok gambar pun terliur nak makan kek lapis tu...yummy...
Salam Maal Hijrah 1430 & Happy New Year 2009 to Ang Rozzan & family.
Rina
Brunei.
W'Salam Rina.
ReplyDeleteThanks & Salam Tahun Baru buat anda sekeluarga juga ya!
Salam Bro Rozzan,
ReplyDeleteI salute banget sama ye!Detail banget puding Batik nya ya!!. Resep nya di bagiin dong bang!. Terima kasih duluan ya.
i think the archive you wirte is very good, but i think it will be better if you can say more..hehe,love your blog,,,
ReplyDeleteMakasih ya Nur,
ReplyDeleteResepnya udah ada sih! Sila rujuk at my earlier entry on Pudding Batik dtd 21 Sep 06 for the recipe atau check from "Senarai Resipi" ya!