Nasi Minyak merupakan hidangan yg biasa dan selalu dihidangkan sewaktu 'kenduri kahwin' suatu ketika dahulu. Seingat saya, di Singapura sendiri, ianya sudah menjadi semacam sinonim dgn majlis perkahwinan sejak tahun-tahun 60an sebelum nasi briyani 'mengambil alih' tempatnya. Sehinggakan terungkaplah frasa "bila kau nak makan nasi minyak?" -suatu kiasan kata-kata bertanyakan ttg bila seseorang tu nak berumah-tangga! Biduan Ismail Haron & Biduanita Anita Sarawak pun sempat merakamkan lagu "Menunggu Nasi Minyak" pada tahun 70an dulu. Saya sendiri, sewaktu kecil, mmg suka sgt makan nasi minyak ni, yg hanya dapat dinikmati pada majlis perkahwinan saja. Ia jarang atau langsung tak ada dijual di gerai-gerai makanan atau pusat penjaja.
Atas permintaan Ann, saya telah cuba mencari resipi nasi minyak yg telah saya pelajari dari almarhumah mak saudara saya, seorang tukang masak majlis perkahwinan. Heheh, bila dicari tak jumpa-jumpa! Actually, di sebelah keluarga almarhum bapa saya, ramai yg berkecimpung dalam bidang masak dan menjadi tukang masak majlis perkahwinan. Cuma beliau jer yg tak berminat langsung tapi setakat nasi goreng, pernah juga saya rasa masakan beliau.
Untuk membuat Nasi Minyak ni tak lerr susah sangat. Kalau kita ada pengetahuan asas memasak nasi seperti nasi briyani, nasi bukhari, nasi tomato, dll. Insya'allah Nasi Minyak ni tak menjadi masalah utk anda membuatnya.
So, buat Ann dan sesiapa yg berhajat nak masak Nasi Minyak, di sini saya sertakan 2 resipi (kiriman Sdri Lela- mekasih yaa!) dan satu lagi saya petik dari Buku Masak ALMAS. Diharap anda dapat mencuba dgn jayanya.
NASI MINYAK MAMI
(Puan AsmahLaili)
Bahan-Bahan
1 kilo beras basmati, cuci bersih dan toskan
Air mengikut paras beras dan lebihkan sedikit
1 cawan minyak sapi putih
1 sudu makan pes halia
1 sudu makan pes bawang putih
3 sudu makan pes bawang besar
½ cawan gajus, dikisar halus
2 sudu makan air mawar
½ tin susu cair/sejat (evaporated milk)
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 jari kayu manis
2 kuntum buah pek kak (star anise)
2 biji bawang besar, dihiris, untuk tumis
2 helai pandan
½ cawan daun pudina
garam secukup rasa
Bahan Tabur
½ cawan bawang goreng
¼ cawan badam hiris, digoreng
¼ cawan kismis, digoreng
Cara :
Panaskan minyak sapi. Tumis hirisan bawang besar sehingga wangi. Masukkan daun pandan, bunga cengkih, pelaga, kayu manis dan pe’kak. Tumis sehingga naik aromanya. Masukkan pula pes halia, pes bawang putih, pes bawang besar dan tumis lagi sehingga garing sedikit. Curahkan air, susu, air mawar, gajus dan gaul rata. Tutup periuk dan biarkan ia mendidih. Masukkan garam secukup rasa. Kemudian masukkan pula beras. Setelah kering taburkan hirisan pudina, karih sedikit, tutup periuk dan biarkan sehingga nasinya tanak.
Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, badam goreng dan kismis goreng. Enak dimakan dengan apa sahaja jenis lauk.
NASI MINYAK PUTERI SAADONG (FP Rossya)
Bahan-Bahan :
5 gelas beras basmathi
5 gelas air
5 sudu makan minyak sapi
5 sudu makan sos tomato
5 sudu makan sos cili
5 kuntum bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
2 biji bawang besar di mayang halus
2 sudu makan gula pasir (optional)
1 sudu makan garam halus (atau secukup rasa)
2 sudu makan kismis
2 sudu makan bawang goreng
2 helai daun pandan
Cara:
Panaskan minyak sapi. Kemudian tumis rempah tumis bersama bawang besar hingga layu. Masukkan sos cili, sos tomato dan air. Masukkan garam dan gula dan daun pandan. Biarkan hingga mendidih kemudian masukkan beras. Tunggu hingga nasi masak dan taburkan kismis hitam dan bawang goreng di atas nya.
NASI MINYAK
(sumber Mumtaj Begum, Buku ALMAS)
Bahan-Bahan
5 cawan beras basmati (cuci bersih, rendam ½ jam lalu toskan)
5 cawan air
2 helai daun pandan (disimpul)
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 cm kayu manis
1 biji bawang besar (dimayang)
2 biji lada hijau (dibelah dua jgn putus)
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
senggengam daun pudina
5 sudu makan tairu
5 sudu makan susu cair
5 sudu makan minyak sapi
garam secukup rasa
pewarna kuning atau sedikit serbuk kunyit (bancuh dgn sedikit air)
Cara:
Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi elektrik. Tumis daun pandan hingga wangi lalu masukkan cengkih, pelaga dan kayu manis sehingga meletup-letup. Masukkan bawang, lada hijau dan tumis hingga bawangnya layu. Kemudian masukkan pula halia/bawang putih kisar serta daun pudina. Tumis lagi hingga naik aromanya. Tuangkan tairu dan masak selama 5 minit. Tuang air, susu dan taburkan garam, Masak sehingga mendidih. Selepas tu, masukkan beras yg telah ditos, kacau rata dan masak seperti biasa. Apabila nasinya sudah masak, renjiskan di atasnya dgn pewarna kuning atau air kunyit lalu kacau perlahan-lahan dgn garfu.
Assalamualaikum Bang,
ReplyDeleteSaya nak ucapkan terimakasih yang tak terhingga utk. abang....atas berjenis-jenis resepi nasi minyak yang telah abang tunjukkkan.Saya nak cuba buat masa Ramadan nanti!
Bang,saya rasa kalau abang dalam hotel line, pangkatnya dah terlampau tinggi...dah boleh jadi exe. chef.Apa kata abang tukar karier?
Wa'alaikum Salam Sis.
ReplyDeleteAlhamdulillah, saya happy sgt2 bila resipi2 yg saya kongsi bersama di blog ini dapat menepati citarasa pengunjung. Its a wonderful feeling which money cannot buy!
Heheh... sewaktu muda2 dulu mmg lerr cita2 tu ada tp tak tergapai oleh tangan ni.. Kalau nak tukar kerjaya/career pd umur sy yg dah nak separuh abad ni, hmmm...dah susah kot. Cukuplah saya jadi "chef tak bertauliah" kat alam siber ni. Anyway, terima kasih krn kepercayaan anda. Much appreciated ya sis.
salamualaikum dear siste banyak bagu enkau betul pandai saya enkau penai adek yang kecil
ReplyDeleteanywhere staff nure mumtaz excelllent recepie i love it keep up the goood work
WS. Thank you.
ReplyDeleteTerima kasih dengan resepi.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian resipi2nya. Semoga Allah berkati dan membalas dengan kebaikan.
ReplyDelete