Sunday, June 29, 2008

BUBUR KACANG HIJAU

Kalau nak diperkatakan tentang manisan seperti bubur atau pengat di kalangan orang-orang Melayu, senarainya memang ler panjang... Saya rasa anda juga tahu atau pernah memakannya. Saya sendiri dan famili, sejak kecil lagi telah menikmati pelbagai manisan yg disediakan oleh arwah emak saya. Arwah emak saya yang merupakan seorang suri-rumah, gemar menyediakan sesuatu juadah utk famili pada setiap petang. Pendekata, ada jer kuih atau manisan yg beliau buat. Dan, saya pula, being the youngest, dan selalu ada kat rumah, suka memerhati apa yg beliau lakukan- kecik2 dah mula busybody kat dapur! Yang herannya, beliau tak pernah membantah kehadiran saya di dapur malahan diberi tugas lagi utk menolong beliau.

Di antara manisan yg terbiasa kita makan adalah seperti bubur kacang hijau, bubur terigu, bubur pulut hitam, bubur putih bubur merah (heheh..ni selalu di buat waktu doa selamat yer), bubur caca, pengat pisang, pengat keledek, pengat labu dan sebagainya. Pendekata, semuanya manis-manis belaka! Nak buatnya tak susah; asasnya sama - santan, gula melaka, gula pasir, air dan sedikit garam. Selainnya mengikut kreativiti anda. Anda yg membuatnya, takde yg betul atau salah. Pucuk pangkal ianya menepati citarasa anda.

Pada kesempatan ini saya sertakan resipi bubur kacang hijau. Mungkin ramai yg dah tau buat tapi bagi yg belum, this one's for you yaa. Nice and simple.



BUBUR KACANG HIJAU

Bahan A
250 gm kacang hijau (dibersihkan dan bilas)
3 cawan air
-rebus kacang hijau bersama air sehingga kacang ¾ empuk (lebih kurang 20 minit) dan air tinggal sedikit je

Bahan B
1½ cawan santan pekat (saya gunakan santan kotak)
1½ cawan air
70 gm gula melaka
50 gm gula pasir
½ sudu teh garam (atau secukup rasa)
2 helai daun pandan (disimpul)

Cara:
Setelah kacang ¾ empuk, masukkan kesemua Bahan B. Kacau sekali-sekala dan biarkan sehingga mendidih. Matikan api.


Nota:
1) Jangan bimbang jika pada awalnya sukatan kuahnya iaitu air/santan kelihatan banyak. Setelah bubur ni masak, kacang akan lebih mengembang dan menyerap kuah tu tadi.

2) Kemanisan bubur boleh anda sesuaikan dgn citarasa anda. Kalau nak kurangkan juga boleh. Ada yg bubuh sedikit durian dan adakalanya pisang juga digunakan (orang dolu2 laa)

3) Ada yg suka makan bubur ni sewaktu ianya masih panas manakala ada yg gemar menyimpannya dalam peti sejuk sehingga betul-betul dingin baru disantap.

4) Saya sendiri pernah makan bubur kacang hijau ni dgn roti perancis atau biskut tawar. Sedap…

5) Last...kalau dulu-dulu, bubur kacang ni boleh dibuat "air batu malaysia" cuma mungkin kuahnya cair sedikit. Tapi tak tau lerr kenapa disebut sedemikian walaupun yg buat org Spore dan dijual di Spore jugak, heheh...

2 comments:

  1. saya dah cuba...emmm sedap .kalau nak lagi sedap tambah sagu ....lagi sedap...

    ReplyDelete
  2. Thanks fr trying. Yup, sagu, dan ada juga yg bubuh jagung biji (whole kernel corn). Heheh kita yg buat dia so bubuh apa yg sedap buat diri kita.

    ReplyDelete