Saturday, March 29, 2008
KUIH BAKAR BERLAUK / KUIH BAKAR MANIS
Kuih Bakar Berlauk ni pernah saya postkan resipinya sometime in 2006. Tengahari tadi saya buat ih ni. However, saya hanya buat separuh bahan, yg separuh lagi saya buat kuih bakar manis (pandan). Here's the recipe again.
KUIH BAKAR BERLAUK
Bahan-Bahan
400 ml santan kotak KARA
350 - 400 ml air
300 gm tepung gandum
6 biji telur (saiz besar)
sedikit pewarna kuning
garam secukup rasa
Cara:
Satukan semua bahan dan tapis. Boleh dibubuh sedikit pewarna kuning jika mahu.
Untuk Intinya:
300 gm daging kisar
2 ulas bawang putih (tumbuk)
2 cm halia (tumbuk)
sedikit rempah kari daging (abt 2 sudu mkn)
secubit garam
2 sudu makan minyak masak utk menumis
Cara:
Gaulkan semua bahan. Panaskan minyak dan tumis daging tadi hingga masak. Ketepikan.
Untuk Taburan/Hiasan
secukup cili merah (dihiris), secukup daun saderi (sup)
Cara Membuat Kuih Bakar Berlauk:
Panaskan acuan kuih bakar di atas dapur. Oleskan dgn sedikit minyak. Kemudian, tuangkan adunan tepung tadi dan tutup sebentar. Kemudian taburkan daging, daun saderi dan hirisan cili merah. Tutup dan biarkan kuih masak.
Setelah separuh bahagian adunan di atas digunakan utk kuih bakar berlauk, baki yg sebahagian lagi saya bubuhkan:
1 sudu besar pes pandan
1 sudu teh pewarna hijau
4 sudu besar (bumbung) gula pasir
Kemudian kacau adunan sehingga gula larut sebelum dibakar dalam acuan kuih bakar.
KUIH BAKAR MANIS (PANDAN)
EPOK-EPOK SAYUR
EPOK-EPOK SAYUR
Kulitnya
1kg tepung gandum
2 sudu besar (bumbung) minyak sapi
120 ml minyak masak
350 ml air hangat/panas
1½ sudu teh garam (campurkan pada air hangat/panas)
Cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen). Masukkan minyak sapi dan gaul rata. Kemudian masukkan pula minyak masak dan gaul lagi. Akhir sekali masukkan air hangat sedikit sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam. Setelah itu, buatlah bebola-bebola kecil mengikut saiz yg anda suka. Kemudian canai nipis dan isikan dgn inti sayur dan kelimlah dgn rapi dan kemas. Goreng dgn minyak yg mencukupi dgn api yg sederhana panas sehingga kekuningan. Hidangkan dgn sambal cuka.
Inti Sayur
3-4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 btg kecil cili merah
3 sudu besar udang kering (rendam)
(Kesemua bahan di atas di tumbuk/kisar halus)
400 gm taugeh (bersihkan, kalau rajin buang ‘ekor’nya)
1 biji sederhana sengkuang (hiris seperti lidi mancis)
½ batang lobak merah (hiris seperti lidi mancis)
sedikit daun sup/bawang
garam secukup rasa
secukup minyak utk menumis (kira-kira 3 sudu besar)
Cara:
Panaskan minyak dlm kuali lalu tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Kacau rata dan biarkan sebentar sehingga separuh masak. Kemudian masukkan taugeh dan garam. Kacau sebentar sehingga rata. Jangan terlalu lama agar taugeh tidak terlalu layu. Akhir sekali bubuh daun sup/bawang. Gaul dan matikan api. Sejukkan dahulu sebelum digunakan.
Sambal Cuka10 sudu besar (bumbung) cili kering kisar
4 ulas bawang putih (tumbuk)
2-2½ cawan air
1 sudu teh garam
3 sudu besar cuka
4 sudu besar gula pasir
Cara:Satukan semua bahan dan masaklah di atas api yg sederhana sehingga mendidih. Sesuaikan rasa mengikut citarasa anda. Tambah dan kurangkanlah apa yg perlu. Bagi anda yg tak boleh makan cuka, tukarkan dgn air asam atau sos tomato.
Wednesday, March 26, 2008
CHOC ORANGE CUPCAKE
Sunday, March 23, 2008
BUBUR NASI (KAMPUNG)
Hujung minggu selalunya my other half 'cuti' dari tugas2 memasak. Kalau dapur tak berasap, jawabnya ..beli jer makanan dari luar. But today, mcm terlebih rajin so, I masak bubur nasi yg ringkas jer. I'm sure anda dah terbiasa membuatnya kan!! - so I just share the pics ya. Anyway, there's one earlier posting on this BUBUR NASI (KAMPUNG)
Friday, March 21, 2008
LONTONG GORENG
Sunday, March 16, 2008
KEK LAPIS EVERGREEN
Resipi Kek Lapis Evergreen ni kalau tak silap saya dapati dari Forum Cari. Terlupa lak siapa penyumbangnya. Anyway thanks for sharing. Cuma, pada pendapat saya, kek ni agak manis. Maybe next time when I do it, I shall cut down on the sweetness such as sugar,milk or kaya. Also, I only did 75% of the cake
KEK LAPIS EVERGREEN
Bahan-Bahan
10 biji telur ayam
16 oz mentega
1 gelas tpg gandum (I based on 120 gm)
1 gelas gula kasar (I based on 240 gm)
1 botol kecil pandan paste
1 tin susu pekat (kecil)
1 tin sekaya (sama sukatan susu)
1 peket santan serbuk
sedikit vanilli
CARA:-
PUKUL MENTEGA DAN GULA HINGGA KEMBANG. LEPAS ITU, MASUKKAN TELUR SATU-PERSATU HINGGA HABIS.MASUKKAN SUSU, SEKAYA, PASTA PANDAN DAN SERBUK SANTAN KE DALAM ADUNAN TADI. GAUL SEBATI. TERAKHIR, MASUKKAN VANILIN DAN TEPUNG GANDUM. GAUL HINGGA SEBATI.
SEDIAKAN LOYANG YANG TELAH DISAPU DENGAN SEDIKIT MENTEGA DI SEKELILINGNYA. LAPIS SETIAP LAPISAN ADALAH MENGIKUT SUKATAN 1 CAWAN KOPI BAGI SETIAP LAPISAN. BAKAR LAPISAN PERTAMA DENGAN MENGGUNAKAN API ATAS. BEGITULAH SEHINGGA ADUNAN HABIS.
SETELAH HABIS ADUNAN DILAPIS, BAKAR SEKEJAP DENGAN MENGGUNAKAN API ATAS SEHINGGA KECOKLATAN DAN FINALLY BARULAH DIPASANG API BAWAH BAGI MENGEMBANGKAN LAGI ISI KEK ITU NANTI.
Nota:
Peraturan ini 'wholesale' dari yg empunya resipi. Saya akan cuba ubahsuaikan dgn cara saya sendiri later, Insya'allah.
ROTI NAIK
Sumber : Majalah Saji Jun 2007
Bahan-Bahan :
700g tepung berprotin tinggi (bread flour)
50g lelemak sayuran
200g air suam-suam panas
200g susu cair (sejat)
100g gula kaster
1 sudu kecil garam
1 peket yis kering (11gm)
2 butir telur
sedikit majerin (saya gunakan mentega)
Cara :
1. Ayak tepung ke dlm mangkuk mixer. Masukkan yis, gula, garam & telur dan gaul/uli hingga rata.
2. Tuangkan susu cair dan air suam sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.
3. Kemudian masukkan lelemak sayuran dan terus menguli sehingga adunan lembut dan licin. Bubuh sedikit lagi air jika perlu.
4. Bulatkan adunan dan biarkan sehingga ia naik sekali ganda.
5. Tumbuk adunan utk melepaskan angin di dalamnya. Setelah itu, bentuklah menjadi bebola-bebola kecil dan susun di dalam loyang yg telah digris. Biarkan sehingga adunan naik sekali ganda.
6. Bakar selama 20-30 minit, di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 180 C.
7. Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan sapukan sedikit majerin di atasnya. Hidangkan bersama lauk kari, serikaya, dll.
Tuesday, March 11, 2008
AGAR-AGAR GUDIR
Agar-Agar Gudir ni memang feveret sejak kecil lagi. Resipi ni saya ciluk dari FP Rossya. Tapi tak tau where I went wrong sbb agar-agar ni hampir keseluruhannya dipenuhi dgn 'santan' nya. I guess, perhaps sukatan santan dan telurnya harus dikurangkan agar lapisan plainnya lebih banyak kelihatan. Jom tengok...
AGAR-AGAR GUDIR
Bahan A
1050ml air
150g gula melaka
150g gula pasir
1 bungkus agar-agar powder (plain)
2-3 helai daun pandan
sedikit pewarna chocolate (brown)
1/4 sudu teh condensed milk flavour (essence) optional -saya tak taruk
Bahan B
2 biji telur
200ml santan pekat (saya gunakan santan segar dlm peket plastik-kalau nak lebih baik, gunakan perahan santan pekat dari 1/2 biji kelapa)
1/2 sudu teh vanilli
1/2 sudu teh garam (I added in)
Untuk menyediakan Bahan B
~ Pukul telur bersama esen vanilli dahulu hingga sebati. Baru masukkan santan pekat & garam. Ketepikan.
Untuk membuat Agar-Agar
~ Masakkan kedua2 gula dengan sebahgian air dan daun pandan hingga larut. Angkat dan ditapis. Campur agar-agar serbuk dengan air yang selebih nya dan masukkan air gula/ esen condensed milk dan sedikit pewarna coklat. Jerang lagi atas api. Kacau biar sebati. Bila agak mendidih masukkan adunan telur. Masak lagi hingga mendidih lalu digaul sebentar. Mati kan api dan tuangkan kedalam acuan yang sudah dibasahkan dahulu. Untuk cepat mengeraskan nya.. letakkan acuan2 itu diatas dulang berisi air. Bila sudah sejuk, masukkan kedalam peti sejuk. Enakkan dimakan ketika sejuk (dari peti sejuk).
TALAM JAGUNG
Made this Kuih Talam Jagung last night. Takde intention nak buat but since my daughter dah tersalah buka tin cream corn, so terpaksalah gunakannya daripada terbiar kat dalam peti sejuk. Kalau sesaper nak cuba, here's the recipe and some pics.
TALAM JAGUNG
Bahan-Bahan (Lapisan bawah)
350 ml santan (saya gunakan 200ml santan kotak, 150 ml air)
75 gm tepung beras
1 sudu besar tpg jagung
200 gm krim jagung (cream corn dlm tin)
4 sudu besar (abt 40-50 gm) gula
secubit garam
Cara:
Satukan semua bahan di dalam mangkuk kecuali krim jagung. Kacau rata dan tapiskan kedalam periuk. Kemudian, masukkan krim jagung dan kacau hingga sebati. Setelah itu, masaklah sebentar di atas api yg sederhana sehingga pekat sedikit lalu tuangkan ke dalam loyang yg telah disapu minyak sedikit. Kukus hingga masak -lebih kurang 15 minit.
Bahan-Bahan Lapisan Atas
300 ml santan pekat
3 biji telur (saiz besar)-kocok sedikit
3 sudu besar (bumbung) tepung gandum
130 gm gula
1/2 sudu teh pes pandan
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna hijau (optional)
secubit vanilli
Cara:
Satukan semua bahan dan tapis ke dalam sebuah periuk. Masak sebentar di atas api yg sederhana (abt 5-8 min). Tuangkan ke atas lapisan pertama tadi dan kukus hingga masak selama kira-kira 20-25 minit. Sejukkan sebelum dipotong.
Nota:
1) Anda boleh juga terus tuangkan bahan lapisan atas ke atas lapisan bawah tanpa memasaknya di atas api. Pastikan bahan telah dikacau rata dan ditapis.
2) Permukaan lapisan atas kuih saya ni bergelombang sket kerana heheh... saya letak terlebih telur. Instead of 3, I put in 4. Tu hah yg tak rata.. Tapi rasanya lebih lemak arr ..
Friday, March 07, 2008
CHOCOLATE BUN
Sunday, March 02, 2008
CHOC & ALMOND CUPCAKES
Baked these cupcakes last night and did some ganache topping on them this afternoon. Guess they're a little messy though. I, for once am not really into cupcakes frosting/icing. Probably becoz I think they're too sweet and that nobody at home will eat the end-product or probably I'm not good enough. However, I've done some cake icings before- way back in the 80s, the easy ones of course. Nowadays, everthing is so elaborate, beautiful and cute. So, just to share some pics and the recipe which I've obtained from Internet.
CHOC CHIP & ALMOND CUPCAKE
Ingredients
110gm--1/2cup castor sugar
110gm--1/2cup unsalted butter
110gm--1 cup plain flour
60gm chocolate chips
60gm ground almonds
2 drops of almond essence ( I used 1 tsp vanilla instead)
1 teaspoon of baking powder
2 eggs
1½ tablespoons of milk
Method
Put the sugar and butter into a bowl and beat by hand with a wooden spoon or use a mixer until creamy. Add 1 egg and beat in. Add the second egg and beat in. Sieve in the flour and the baking powder and mix gently. Add the ground almonds, chocolate chips, almond essence and mix gently
Divide the mixture into cupcake cases which have been placed into a baking tray. I use a large spoon. This makes about 12 cupcakes in large cases. I fill each case about