Sunday, February 10, 2008

KUE TEOW GORENG

Hari ni Ahad- pagi-pagi me & wife dah ke Geylang Serai. Bukan nak ke pasar; saja pergi bersarapan dgn orang rumah (ni dah jadi macam hobby saya hujung minggu!) -btw, kalau terjumpa kami di Geylang, jgn lupa sapa tau.. heheh.. Menyentuh soal stok barang-barang pasar, phew! penuh dah satu freezer! Mintak ampun, jangan ditambah lagi.

Setelah pulang, saya hanya siapkan kue teow goreng (cara Melayu) jer! Oleh kerana anak2 pun bangun lewat, kira-kira untuk santapan brunch laa. So, here's the pics and the recipe which I'm sure ramai dah tau buat pun! Betul kan?






















KUE TEOW GORENG

1 kg kue teow
20 sen taugeh

8-10 sudu makan cili kering kisar
10 batang cili padi (kurangkan jika mahu kurang pedas)
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu makan bumbung udang kering (rendam)
(kisar semua bahan2 ini)

150 gm daging (hiris kecil2-rebus hingga empuk)
2-3 keping fish cake (hiris)
beberapa batang crab stick (potong kecil)
5-6 sudu makan kicap manis
2 sudu makan sos tomato
2 biji tomato (belah 4 atau 6)
1 sudu teh gula
garam secukup rasa
sedikit daun sup/bawang (hiris)
telur dadar, bawang goreng
minyak secukupnya

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga garing. Kemudian masukkan garam dan gula. Kacau rata lalu masukkan pula daging, crab stick dan fish cake. Masukkan pula kue teow dan taugeh. Gaul lagi hingga sebati. Bubuh kicap manis dan sos tomato, gaul. Sesuaikan rasanya mengikut selera anda. Tambahlah apa-apa yg perlu. Seterusnya, masukkan tomato dan sedikit daun sup/bawang. Gaul rata dan bolehlah diangkat. Semasa menghidangkan kue teow, taburkanlah hirisan telur dadar, daun sup/bawang, bawang goreng dan sepotong-dua limau kasturi. Selamat bersantap!


2 comments:

  1. I never get tired eating Kue Tiau goreng...tak tahu la apesal... agaknya pasal masa dok Malawi dulu, susah nak dapat makan kue tiau agaknya! Hehhee...amboi cantiknya bro mekapkan kue tiau ni! Rajin betullah bro.. kalau kitalah, dah gi breakfast kat luar, untuk budak-budak, kita tapau je... kesian anak-anak kita kan..dapat mak macam ni!

    ReplyDelete
  2. Pada saya pun, kue teow ni mama mmg sedap walau dimasak apa pun. Kue teow HongKong, Hor Fun, goreng kicap, dll. Heheh, that day mmg terlebih rajin. "perkakas mekap" pun mmg tersedia ada, apa lagi.

    Actually mmg nak tapau jer b'fast for anak2, tapi mcm jelaklah. Balik2 nasi lemak, nasi sambala goreng, roti canai, mee rebus- takut lak diaorng tak sentuh, membazir.

    Tapi kalau dah malas tu, main beli aja -gasaklah... kalau tk nak makan, diaorang masaklah maggie mee sendiri. Ni lagi kes bapak yg terukkan!!

    ReplyDelete