Roti wholemeal kat dapur tu dah beberpa hari tak disentuh. Nak dibuang sayang- rezeki! Teringat waktu dulu2 buat sejenis cucur ataupun jemput-jemput roti. Jadi, daripada terbuang begitu saja, baik roti tu dijadikan hidangan sarapan pagi. So, here it is!
JEMPUT-JEMPUT ROTI
Bahan-Bahan
14 keping roti (wholemeal atau plain white bread)-koyak2kan menjadi kepingan kecil
8-10 sudu besar tepung jagung
1 ½ cawan air
½ cawan susu cair
3 biji telur (saiz besar)
80 gm isi ayam (potong dadu kecil2)
80 gm udang sederhana (buang kulit dan cincang kecil)
2 batang cili merah (potong kecil2)-kurangkan jika tak mahu pedas
1 biji bawang besar (dadu halus2)
50 gm jagung (whole kernel corn)
sedikit daun sup/bawang (hiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
minyak utk menumis
Cara:
Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Tuang air dan susu cair lalu biarkan sebentar supaya air/susu meresap ke dalam roti. Pastikan kesemua kepingan roti itu telah diresapi air/susu. Kemudian masukkan telur, isi ayam, udang, cili merah, bawang, jagung dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam, lada putih serbuk dan tepung jagung. Gaul lagi sehingga adunan sebati. Jikalau adunan cair, tambahkan sedikit roti atau tepung jagung. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.
these morsels actually taste - HEAVEN..
ReplyDeletereally.
i suggest others to try making them. 10 wont be enuff in one sitting.
thank you, master.
Hi, thanks for trying out the recipe. Glad you like them too! You're most welcome!
ReplyDeleteAssalammualaikum Bro Rozzan,
ReplyDeleteYummy....memang sedap. Thanks for sharing the recipe :)
WS Azizah,
ReplyDeleteAlhamdulillah, Im glad you like it. Thanx fr trying out the recipe.
bro, susu cair susu apa ye?
ReplyDeleteBR > anonymous
ReplyDeleteSusu cair tu susu sejat atau evaporated milk.
Assalamualaikum Rozzan.. Thanks 4 the resepi. Sedap, garing sikit d luar, lembut d dlm. Kak Zah gunakan daging kisar yg d sangar terlebih dulu.
ReplyDeleteWS Kak Zah. Mekasih sudi mencubanya.. You're most welcome.
ReplyDelete