Tuesday, July 31, 2007

NAGASARI JAGUNG

A few weeks ago, sdri Mooo had requested for the Nagasari Jagung recipe. My apologies for the delay in retrieving the recipe. Oleh kerana dah lama tak buat, tu lerr pasal entah kat mana tercampaknya resipi tu. Finally jumpa gak. Actually resipi nie, saya dapat dari orang rumah saya. Dulu, beliau sering membuatnya. Alhamdulillah, rasanya enak pd citarasa saya. Kalau Moooo dan yg lain nak cuba, this is the recipe. Bab gambar, Insya'allah akan saya tepekkan jika saya membuatnya pada masa terdekat ni K! atau ada sesaper nak buat dan share gambarnya kat sini?


NAGASARI JAGUNG

Bahan-Bahannya:
1 tin jagung (whole kernel corn)
250 ml santan pekat (bubuhkan secubit garam)

450 ml air
175 gm gula pasir
1 helai daun pandan
(dimasak hingga mendidih dgn api perlahan lalu disejukkan)

200 ml air
1 paket tepung Hoon Kwee
(dicampur dan kacau rata)

Cara:
1) Campuran air dan tpg Hoon Kwee dimasukkan ke dalam periuk dan dikacau sebentar dgn api yg kecil.

2) Kemudian, masukkan air gula dan santan pekat. Teruskan mengacau bancuhan ini dgn api perlahan sehingga menjadi adunan yg hampir pekat. Masukkan jagung dan terus kacau.

3) Apabila adunan menjadi kental, tutup api dan angkat periuk.

4) Bubuh lebih kurang 2 sudu makan adunan ke atas kepingan plastik atau daun pisang dan bungkus dgn rapi. Ini hendaklah dilakukan sewaktu adunan masih panas. Setelah selesai semua adunan, biarkan sebentar sehingga panasnya hilang sebelum dimasukkan dalam peti sejuk .

5) Nagasari Jagung ini enak dimakan ketika sejuk. Selamat mencuba!!!

2 comments:

  1. Macam senang je ni bro. Ada harapan dicuba ni...tapi kena guna plastik je la nampaknya, daun pisang tak de la pulak.

    ReplyDelete
  2. Mmg kalau org rumah saya buat pun gunakan plastik jer. Cuma, jika guna daun pisang, lagi harum baunya.

    ReplyDelete