Thursday, December 21, 2006

KEK LAPIS MANGGA

Terdapat pelbagai kek-kek lapis yg berperisakan buah-buahan seperti durian, cempedak, pisang, oren, strawberry dan lain2. Saya telah mencuba membuat Kek Lapis Mangga yg mana resipinya telah ada dalam simpanan saya sejak bertahun2 lamanya tapi tak pernah mencuba. Resipi ini yg saya petik dari sebuah majalah, telah saya buat sedikit olahan. Walaupun kek ini tidak berapa lemak sebagaimana kek2 lapis biasa, namun hasilnya tidak mengecewakan. Berikut adalah resipinya:



KEK LAPIS MANGGA

Bahan-Bahan :
12 biji kuning telur
6 biji putih telur
230 gm mentega
180 gm gula halus
120 gm tepung Hong Kong
2 sudu makan susu pekat
1 sudu teh esen mangga
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan puree mangga
sedikit pewarna kuning

Cara:
Mentega, esen mangga dan susu pekat dipukul hingga kembang. Ketepikan. Pukul putih telur dgn baking powder hingga pekat sambil masukkan gula sedikit demi sedikit. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga pekat.

Campurkan adunan mentega, puree mangga, pewarna kuning dan adunan telur lalu dikacau rata. Akhir sekali, masukkan tepung Hong Kong dan kacau rata sekali lagi. Bakar selapis-selapis dgn api grill (suhu 200 – 220 C) sehingga selesai.

2 comments:

  1. "Saya nak order satu kek lapis mangga plssssss untuk hari raya aidil adha ni,bolehlah...boleh!!!"Hehe...nampak menyelerakanlah...:)

    ReplyDelete
  2. Ish, Ish, Ishzah. Jgn pandang pada rupa, cubalah dulu. Harap2 manis rupa enak pula rasanya. Betulkan, kan kan kan....

    ReplyDelete