Hari ini kami sekeluarga menikmati makanan kaum India iaitu Capati. Pertama kali saya dikenalkan dgn makanan ini ialah sewaktu saya menuntut di Pre-U Sek Men Teknikal Tg Katong . Seorang teman Islam berketurunan Benggali/Pakistan telah mengundang kami ke rumah beliau dan ibu beliau telah menghidangkan Capati dgn pelbagai lauknya. Seperti biasa, saya yg tak malu ni pun mulalah mengecek resipi dari tuanrumah. Nasib baik beliau tak lokek orangnya. Resipi asalnya yg ditulis di foolscap paper saya simpan bertahun2 lamanya tapi semenjak dah berpindah-pindah rumah ni, entah manalah saya taruk. So selalunya saya main campak2 jer bahan-bahan nak buat capati dan kheema ni. Untuk posting ini, saya ada berpandukan sedikit sebanyak resipi dari Puan Zarina Ibrahim, seorang tukang masak Singapura yg mmg handal dlm bidang masakan lauk-pauk orang-orang India. Berikut adalah foto dan resipinya:
CAPATI
Bahan-bahannya:
800 gm tepung Atta (wholemeal)
4 sudu besar minyak sapi/masak
2 cawan air (dicampur dgn 2 sudu teh garam)
Cara:
Ayak tepung ke dalam sebuah mangkuk besar dan lubangkan di bahagian tengahnya. Tuang minyak sapi ke dalamnya dan gaul sehingga rata. Kemudian masukkan ½ bahagian air tadi dan uli hingga rata dan sebati. Setelah itu tuang baki air dan uli lagi selama 10 minit. Tutup mangkuk dgn tuala/kain lembab dan perapkan selama kira-kira 45 minit atau 1 jam. Setelah itu, ambil adunan dan buatkanlah bebola-bebola kecil lalu dicanai hingga leper.
Panaskan kuali leper dan ambil satu bebola yg telah leper tadi dan masaklah sebentar (kira-kira 2 minit. Gunakan sehelai tuala kecil yg diponjot utk menekan-nekannya agar ia dapat menggelembung. Setelah itu terbalikkan dan masaklah lagi selama 1-2 minit. Angkat dari kuali dan sapukan sedikit minyak sapi ke atas capati itu. Hidangkan bersama Kheema daging.
KHEEMA KAMBING
Bahan-Bahannya:
700 gm daging kambing/lembu kisar
5 cm halia (kisar)
8 ulas bawang putih (kisar)
10 sudu besar rempah kari daging
secukup air (kira-kira 3-4 cawan)
garam secukup rasa
1 ikat daun ketumbar (potong dgn tangkainya sekali)
1 ikat daun ketumbar (diambil daunnya saja)
3 batang lada hijau (potong kasar2)
1 tin kecil kacang peas
sedikit jagung biji (whole kernel corn)
(Dipotong dadu kecil)
3 biji kentang
1 batang lobak merah
3 biji tomato
3 biji bawang besar
Bahan Utk Menumis
1 biji bawang besar (hiris)
cengkih, pelaga & kayu manis secukupnya
2 senduk minyak masak
Cara:
Gaul daging kisar bersama halia & bawang putih, rempah kari dan garam. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan tumis. Setelah bawang layu, masukkan daging kisar yg telah diperap tadi dan sedikit air. Kacau hingga wangi. Masukkan pula kentang, lobak merah dan lebihan air tadi. Masak hingga kentang/lobak empuk lalu masukkan bawang besar, lada hijau, kacang peas, jagung dan tomato. Akhir sekali masukkan daun pudina & daun ketumbar dan masak selama 5 minit lagi.
DHAL
Bahan-Bahan Utk DiRebus
1 cawan dhal (dibersihkan, rendam 1 jam, toskan)
1 cm halia (hiris halus2)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji tomato (dipotong dadu)
2 batang cili hijau (dipotong kecil2)
1 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa
sedikit kacang kuda rebus (ni saya yg pandai2 taruk bila dhal dah empuk! )
Bahan-Bahan Lain
2 biji tomato (potong dadu)
6 tangkai daun ketumbar (cincang)
1 sudu teh jintan halus (sangai kasar2)
½ sudu teh lada kering (disangai setelah dikisar kasar2)
Cara:
Campurkan semua bahan di atas ke dalam periuk. Rebus hingga dhal empuk, lembut dan pekat.
Masukkan pula tomato. Kacau. Sebelum dihidang, masukkan daun ketumbar & jintan halus lalu dikacau rata. Akhir sekali, taburkan cili kering sangai tadi.
ULAM TIMUN DGN TAIRU
1 batang timun (dibelah dua dan dihiris)
2 btg cili merah (hiris)
2 btg cili hijau (hiris)
2 biji bawang besar (dihiris)
1 sudu besar cuka
sedikit air limau kasturi
sedikit tairu (abt ½ cawan)
secukup garam
Cara:
Campurkan semua bahan di atas dan gaul hingga rata.
PACERI PUDINA -tak sempat nak buat
50 gm daun pudina (setelah dibuang tangkainya)
8 batang cili hijau
1 sudu teh halia hiris
1 biji bawang (sederhana)- belah-belah
1 sudu besar asam jawa (dibilas, diramas dan ambil air asamnya)
Cara:
Kisar semua bahan di atas dan bubuh 1 sudu teh garam. Kacau hingga sebati.
Yang ni toksah citer...memang sedap sangat...bab org kata.."kalau mak mertua lalu kat belakang pun tak perasan"!...hehe...
ReplyDeleteHeheh... toksah kan mertua, sendiri makan pun tak perasan, entah berapa keping dah ngappp!!!
ReplyDeletecamner nak buat capati tu jadi lembut?
ReplyDelete