Pagi ni sarapan ringkas jer sbb anak2 pun selalunya jarang makan waktu pagi2.
Cekodok Ringkas
400 gm tpg gandum
480 ml air
8 sudu makan santan pekat (boleh gunakan coconut cream)
4 sudu makan udang kering (rendam, tumbuk)
segenggam ikan bilis (rendam, tumbuk)
4 biji bawang besar (hiris)
1 biji kentang (potong dadu)
2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
Cara
Campurkan semua bahan dan gaul rata. Adunannya jgn terlalu keras kerana resipi tidak menggunakan telur. Cekodok akan garing diluar tapi lembut didalam. Hidangkan ketika hangat dan dicicah dgn sos cili atau sambal cuka.
Yumm yummm mesti sedap nih. Siap ada santan, udang kering dan ikan bilis. Mama nowadays, terpaksa ration penggunaan udang kering dan ikan bilis...dah tinggal seciputttt je..
ReplyDeleteMama,suruh jer Tuan kat rumah tu replenish stock lerr. Senang sikit kerja kalau sumer bahan ada. Anyway, anak2 saya mmg suka jenis cekodok camni sbb ianya garing. Ni pun x cukup,anak bongsu req nak lagi..nampak2 ptg buat lagi lerr.
ReplyDeleteUnik ni jemput2 cam ni.. tak pernah try lagi.. Boleh lah saya cuba.. next time kalau buat jemput2.
ReplyDeleteCubalah rossya, malahan boleh diolah lagi resipi ni ikut selera anda. Kekadang tu saya taruk udang hidup(segar) ataupun hotdog yg dipotong dadu bersama cili merah hiris utk rasa pedas.
ReplyDelete