Menu mudah minggu lepas... kerana lately, hanya hujung minggu jer yg dapat diluangkan utk masak LOL!!
Wednesday, February 29, 2012
ROTI BOYAN / EPOK-EPOK SPECIAL
As-Salam semua. Dah seringkali kita membuat roti boyan atau epok-epok (karipap). Saya rasa semua dah arif membuatnya. Cuma pada kali ini saya nak share satu resipi yg saya buat kelmarin semasa keluar bersama bekas teman2 sekolah berbrisk-walking di Botanic Gardens.
Resipi ini lebih kurang mcm roti boyan dan epok2 telur.. Kebetulan, anak2 pun mmg suka dgn epok2 telur dan dah lama saya tk buat.. Saya ubahsuaikan sedikit resipi roti boyan dan epok-epok. Jom tengok, manalah tau ianya bertepatan dgn selera anda.
ROTI BOYAN
(EPOK-EPOK TELUR SPECIAL)
Bahan-Bahan Kulit
700 gm tepung gandum
300 – 320 ml air hangat (suam-suam panas)
60 ml minyak sayur
Bahan-Bahan Kulit
700 gm tepung gandum
300 – 320 ml air hangat (suam-suam panas)
60 ml minyak sayur
3 sudu besar majerin planta
1 sudu makan minyak sapi
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
Cara:
1 sudu makan minyak sapi
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
Cara:
1) Tepung diayak ke dalam sebuah bekas.
2) Bubuh garam dan gula di dalam air hangat, kacau rata.
3) Panaskan minyak, majerin dan minyak sapi lalu masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bekas berisi
3) Panaskan minyak, majerin dan minyak sapi lalu masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bekas berisi
tepung tadi sambil
dikacau sehingga adunan rata.
4) Kemudian, tuangkan air hangat yg dah bercampur
gula/garam ke dalam adunan tepung dan uli
sehingga menjadi
adunan doh yg lembut.
5) Buatlah beberapa bebola mengikut saiz yg anda
inginkan. Rehatkan adunan sebentar (kira-kira ½ jam).
Bahan Inti
600 - 700 gm kentang
Bahan Inti
600 - 700 gm kentang
(dibersihkan & direbus dgn sedikit garam hingga
empuk, kemudian buang kulit dan lecek)
2 sudu makan udang kering (direndam dan tumbuk halus)
5 - 6 biji telur (kocok sedikit)
sedikit daun sup/bawang (dihiris)
3 - 4 biji bawang besar (dihiris)
15-20 batang cili padi (dipotong kecil2)
secukup lada hitam serbuk
garam secukup rasa
5 - 6 biji telur (kocok sedikit)
sedikit daun sup/bawang (dihiris)
3 - 4 biji bawang besar (dihiris)
15-20 batang cili padi (dipotong kecil2)
secukup lada hitam serbuk
garam secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi + 2-sudu besar minyak masak (utk
menumis)
350 gm isi ayam digoreng dgn sedikit garam, kunyit. (
pastu disiat-siat)
Keju slices (dipotong2)
Cara Membuat Inti
Cara Membuat Inti
Gaul kentang yg dah dilecek bersama udang kering. Ketepikan.
Panaskan minyak
sapi/minyak masak. Tumis bawang besar dan cili padi sehingga ia setengah
masak/layu. Tuangkan
telur dan gaul bersama bawang /cili padi. Bubuh sedikit garam dan kacau sekali-sekala
sehingga telur ¾ masak jer. Angkat dan tuang telur ke dalam bekas berisi
kentang lecek tadi.
Kemudian, masukkan serbuk lada hitam dan daun sup/bawang.
Gaul adunan kentang ini sehingga rata.
Cara Membuat Roti Boyan
Ambil dua bebola doh yg dah direhatkan tadi dan canai hingga menjadi 2 keping bulatan. Ambil satu keping dan isikan inti kentang, siatan isi ayam dan keju slice. Ambil sekeping lagi doh dan tangkupkan ke atas kepingan pertama. Kelimlah seperti mengelim epok-epok (karipap). Buatlah begini sehingga selesai doh dan inti.
Ambil dua bebola doh yg dah direhatkan tadi dan canai hingga menjadi 2 keping bulatan. Ambil satu keping dan isikan inti kentang, siatan isi ayam dan keju slice. Ambil sekeping lagi doh dan tangkupkan ke atas kepingan pertama. Kelimlah seperti mengelim epok-epok (karipap). Buatlah begini sehingga selesai doh dan inti.
Panaskan secukup minyak di dalam kuali dan mulalah
menggoreng roti boyan ini seperti biasa.Gunakan
api yg sederhana agar ia masak sekata.
Tuesday, February 28, 2012
PERMINTAAN RESIPI MACARONS
Atas permintaan sdri Noraini, di sini saya ingin berkongsi resipi Macarons yg saya perolehi dari seorang kawan FB yg berIDkan PUTERI MANJA. Terima kasih Puteri kerana mengizinkan saya memperpanjangkan resipi ini kepada yg berminat- termasuk saya, cuma saya blum ada masa lagi nak mencubanya, heheh.Memang cun2 belaka kejadian Macarons ni cuma saya prihatin ttg kemanisan rasanya. Apapun, kalau ada yg nak bertanyakan lebih lanjut ttg resipi ni, maybe bolehlah jenguk2 kat FB Puteri Manja yer.. Mekasih Puteri !!
MACARONS
Sumber Resipi : AZLITA/PUTERI MANJA
Sumber Foto : PUTERI MANJA
Bahan-Bahan :
2 biji (80 gm) putih telur (saiz L)
60 gm gula kaster
80 gm almond powder (dikisar lagi supaya lebih halus)
100 gm gula aising
60 gm gula kaster
80 gm almond powder (dikisar lagi supaya lebih halus)
100 gm gula aising
sedikit esen vanilla
Intinya Puteri guna Nutella
Cara-Cara :
1. Ayak almond powder dengan gula aising. Ketepikan dahulu.
2. Masukkan gula kaster dan putih telur dalam satu bekas. Ambil sebuah lagi bekas yg besar sedikit dan letakkan air panas. Masukkan bekas gula dan telur tadi ke dalam bekas air panas. Kacau perlahan2 sahaja sehingga gula larut dan suhu larutan gula dan telur mencapai 50 - 55C….Agak2 gula dah larut boleh lerr..Angkat dari mangkuk/bekas air panas tadi.
3. Setelah dikeluarkan dari bekas air panas, masukkan esen vanilla dan pukul adunan telur dan gula ini dgn kelajuan maksima (tinggi) sehingga menjadi pekat dan bertanduk.
4. Masukkan sedikit-sedikit, gula aising dan almond powder yg telah diayak tadi ke dalam adunan putih telur tadi. Kacau rata dgn menggunakan spatula sahaja. Harus diingat, adunan ini lebih pekat dari adunan membuat kek.
5. Masukkan adunan yg dah siap ini ke dalam piping bag. Picit ke atas dulang oven yg dah dialas dgn baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 sentimeter. Ambil toothpick dan pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan Macarons untuk mengelakkan permukaan Macarons menjadi berlubang bila dibakar.
6. Biarkan permukaan Macarons kering atau tak melekat di tangan sebelum dibakar selama lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( bergantung kepada cuaca juga ni. Puteri letak Macarons ni di bawah kipas supaya ia cepat kering. Sebelum dibakar, test dulu dgn jari, kalau dah tak melekat, bolehlah dibakar).
7. Bakar di dalam oven pada suhu 140 darjah Celsius selama 20-25 minit – bergantung kepada oven masing2. Kemudian sejukkan sebelum diletak intinya.