Sambal Goreng Pengantin ni terdapat pelbagai versi. Saya selalu stresskan bahawa apa pun lauk/juadah... kita yg buat dia mengikut citarasa sendiri. Setiap resipi tu cuma memberi asas atau garispandu kpd rasa yg asli dan tulin mengikut tradisi turun temurun. Asal rasa asli nya tk tercemar, selainnya ikutlah citarasa kita masing2. There's no right or wrong recipe !
Di sini saya nak berkongsi satu resipi Sambal Goreng Pengantin yg ada dlm simpanan saya dan telah saya ubahsuai sedikit mengikut citarasa saya. Kebetulan, saya masak lauk ini pada waktu Raya Haji yg baru lalu. Berikut adalah resipinya. Sesiapa yg ingin mencuba, silakan...
SAMBAL GORENG PENGANTIN
Bahan-bahannya
½ kg daging/ tetel
½ kg paru
½ kg limpa
½ kg hati
* Semua bahan di atas direbus, potong dadu lalu digoreng sebentar
10 batang lada merah
10 batang lada hijau
10 batang cili padi (kalau x kuat pedas, boleh dikurangkan atau langsung ditiadakan)
12 ulas bawang putih
12 ulas bawang putih
* Semua bahan di atas dihiris lalu digoreng sebentar
6 tangkai lada kering (digunting serong, nipis dan digoreng sebentar)
Bahan Kisar
3 biji bawang besar
3 batang serai
3 batang serai
2 ½ inci lengkuas
1 ½ cawan cili kering yang telah dikisar
* Semua bahan dikisar halus
1 ½ mangkuk santan pekat dan 2 mangkuk santan cair
½ cawan asam jawa
2 inci belacan
2 inci belacan
3 cawan bawang goreng
3 sudu teh garam atau secukup rasa
½ cawan gula atau secukup rasa
Secubit serbuk perasa (jika mahu)
1 cawan minyak untuk menumis
1 cawan minyak untuk menumis
Daun limau purut (jika suka)
Cara :
1. Santan cair diramas dengan asam jawa dan belacan, diperah dan tapis - diketepikan.
Cara :
1. Santan cair diramas dengan asam jawa dan belacan, diperah dan tapis - diketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga garing dan naik baunya.
3. Masukkan santan cair yang telah ditapis dan kacau sebentar.
4. Kemudian, masukkan daging, paru, limpa dan hati yang telah dipotong dadu dan digoreng, lada merah, lada hijau, bawang putih yang telah digoreng, bawang goreng dan daun limau purut. Kacau hingga rata.
5. Seterusnya, masukkan santan pekat, garam, gula dan serbuk perasa(jika suka). Kalau airnya kurang, bolehlah tambah dgn santan cair lagi.
6. Masak sehingga kuahnya mendidih dan pekat sedikit dan rencahnya resap kedalam daging, paru dan bahan-bahan lain. Kemudian masukkan lada kering yang telah digoreng. Gaul rata dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Tambahlah apa yg perlu.
6. Masak sehingga kuahnya mendidih dan pekat sedikit dan rencahnya resap kedalam daging, paru dan bahan-bahan lain. Kemudian masukkan lada kering yang telah digoreng. Gaul rata dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Tambahlah apa yg perlu.
7. Matikan api dan lauk siap untuk dihidang.
Nota : Sukatan di atas akan menghasilkan jumlah Sambal Goreng yg banyak. Anda boleh kurangkan kpd separuh bahagian atau mengikut kemahuan anda sendiri.
as-salam abg rozzan
ReplyDeletesungguh menyelerakan lauk2 abg rozzan ni..ady suka sangat dgn sambal goreng pengantin ni..sedap mkn dgn nasi impit..
Bro Rozzan sambal goreng pengantin ni power betul lah ni baru gambar aja belum rasa lagi telan air liur :)
ReplyDeleteBR > Ady
ReplyDeleteWS. Alhamdulillah x mengecewakan. Saya juga suka makan "kering2" dgn ketupat/lontng. Even kuah lodeh pun saya buat pekat sedikit.
BR > Nanny Leah
ReplyDeleteInsya'allah, saya gemar lauk ni tp xleh mkn byk2 lerr. Bertambah sihat lerr badan saya nt. LOL..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Abg Rozzan ... Nampak sedap sesangat sambal goreng tu. Hani pulak kalau buat sambal goreng, Hani suka ikut version sambal goreng Abg Rozzan yg ada daging campur udang n tempe tu. Sebabnya Hani suka yg basah2 sikit. Alhamdulillah, selalu menjadi dan sedap!
ReplyDeletePS : Sambal tumis sotong tu pun nampak mengancam! Can you pls share the recipe as well? Thanks!
Tadi masak yr resepi sambal goreng pengantin, perkena dgn nasi tomato dan ayam masak merah. Alhamdulillah, Power!!! Yr sambal goreng. :) tnx for sharing
ReplyDeleteThank you for sharing! Sedap sedap sedap!
ReplyDeleteTkasih berkongsi ilmu semoga bermunafaat. Resepi nye rasa sangat lengkap dan akan saya cuba pd hari raya ni. InsyaAllah.
ReplyDeleteRaya tahun ni saya cuba resipi ni. Sangat sedap��
ReplyDeleteassalam abg rozan..arwah nenda saya dulu ada buat sambal goreng cmni tp ada tmbhan bhn lain spt tahu,tempe potong dadu dn digoreng serta ada udang hidup..bahan lain ttp sama..rasenya mmg terbaik..
ReplyDeleteAssalamualaikum. TQ brother Rozzan for sharing this recipe. Memang sangat sedap resipi ni. Saya dah gunakan resipi ni lebih 3 tahun. Baru nak kasi review...Pada mulanya.. Buat ikut resipi spt diatas.. Makin lama.. Serving makin bertambah. So tahu lah sedap mana resipi ni kan. Pertukaran yang saya buat... Gula digantikan dengan gula melaka. Lauk ni freezes well kalau vacuum pack.bertahan (Ramadan bertemu ramadan.. Bayangkan! RASA TETAP MAINTAIN!) cuma kalau nak gunakan udang... X digalakkan..utk freeze.
ReplyDeleteSelalunya waktu masak saya x gunakan garam. Cuma waktu nak serve setelah panaskan baru ditambah garam.
This recipe is definitely a keeper.
Thanks again for sharing.