Friday, September 16, 2011

CHOCOLATE CORNFLAKES MACAROONS

Ada yg suka dan ada yg kurang minat dgn cookies "chocolate cornflakes macaroons" ni dek kerana kemanisan  meringuenya. Ada satu posting yg lalu ttg  resipi yg sama tetapi ada yg feedback hasilnya tk begitu garing atau rangup.

Di sini saya sertakan satu lagi resipi mudah yg Insya'allah akan menepati citarasa anda khususnya kanak2. Kalau nak cuba, silakan.


 
CHOCOLATE CORNFLAKES MACAROONS

Bahan-Bahan

280 gm cornflakes (atau almond flakes)

100 gm choc renchoco/choc chips

255 gm gula halus

115 ml putih telur  

½  sudu teh esen vanilla

½ sudu teh garam halus



Cara-Cara:


Pukul putih telur hingga naik.


Masukkan garam dan gula lalu pukul terus hingga pekat.


Kemudain masukkan cornflakes. choc chips dan vanilla. Gaul rata-rata. Anda boleh juga masukkan kira-kira 50 gm kacang( seperti badam, walnut, hazelnut, etc).
 

Setelah itu masukkan ke dalam acuan cupcakes yg kecil dan bakar hingga masak dan rangup dgn suhu ketuhar sekitar 170 darjah Celsius selama kira-kira 25 - 30 minit (tergantung kpd ketuhar anda).



12 comments:

  1. salam kenal..wah bestnya dah jumpa resepi nie,hari tue mkn dekat umah sedara masa open house kawan dia bagi dr singapore..sedap sangat...boleh cuba lepas nie saya copy yer

    ReplyDelete
  2. WS. Silakan, semoga menepati citarasa anda yer. :)

    ReplyDelete
  3. saya telah mencubanya dan alhamdulillah favourite anak saya. Terima kasih RSR!..

    ReplyDelete
  4. saya dah buat dah.mmg best.tq sekali lg yer

    ReplyDelete
  5. BR > nonierahman

    Alhamdulillah, anda berjaya membuatnya. Saya tumpang gembira :)

    ReplyDelete
  6. Boleh saya tahu - kenapa ada resepi for this bake at low temperature of about 120 celcius?

    ReplyDelete
  7. kawan saya buat tapi the cornflakes tak garing kenapa heh?

    ReplyDelete
  8. salam, bboleh tak saya kurgkan sukatan gula tu, nampk terllau manis

    ReplyDelete
  9. Salam Bro,

    Kenapa bila tunggu giliran nk membakarnya tetiba cornflakes macaroons nya berair pulak dan ianya tak garing.

    ReplyDelete
  10. Saya telah mencubanya. Akan tetapi bahagian dalamnya tak rangup. Dan suhu nyer terlalu tinggi 170°C, hingga ianya menjadi gelap. Ada tips supaya rangup di dalamnya juga. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  11. Saya telah mencubanya. Akan tetapi bahagian dalamnya tak rangup. Dan suhu nyer terlalu tinggi 170°C, hingga ianya menjadi gelap. Ada tips supaya rangup di dalamnya juga. Terima Kasih.

    ReplyDelete