Salam Sejahtera buat anda semua. Pada kesempatan ini, saya nak berkongsi satu lagi resipi kek lapis yg saya telah saya cuba. Resipi kek ini ni banyak terdapat di Internet so saya tk dpt pastikan siapakah yg empunya resipi asalnya. Ada yg menggelar Kek Lapis Cokelat Lembab, ada yg sebut Chocolate Mud Layered Cake. Tapi, rata2 ramai yg menggelar kek ini Lapis Idola. Cuma saya ada sesuaikan sedikit bahan2nya utk mengikut citarasa saya. Rasanya tetap sama dgn yg asal. Apapun, tak salah kalau kita berkongsi ya.
Anak Cik Mila sopan berbudi
Menjadi idaman ramai lelaki
Kek Lapis Idola nama diberi
Ada kelapangan, cubalah sendiri
Ini dia resipinya :
Anak Cik Mila sopan berbudi
Menjadi idaman ramai lelaki
Kek Lapis Idola nama diberi
Ada kelapangan, cubalah sendiri
Ini dia resipinya :
KEK LAPIS IDOLA
(sumber : Internet)
(sumber : Internet)
Bahan-Bahan:
500 gm mentega
150 gm gula halus/kaster
10 telur (saiz besar)
300 gm susu pekat
150 ml santan pekat (kotak)
200 gm sekaya
200 gm horlicks
280 gm tepung Hongkong
100 gm Milo
350 gm cokelat masakan – cairkan dgn kaedah ‘double-boiling’
sedikit pewarna kuning/merah

CARA:
1. Pukul mentega & gula sehingga kembang, gebu & putih.
2. Masukkan telur satu-persatu sambil dipukul terus hingga kembang.
3. Perlahankan sedikit speed mixer dan masukkan pula susu pekat, santan dan sekaya.
4. Kemudian perlahankan lagi speed mixer dan masukkan horlicks & tepung lalu dipukul sebentar jer sehingga adunan rata.
5. Bahagi adunan kepada 3 bahagian:
Satu bahagian dicampurkan milo & coklat.
Satu bahagian diwarnakan kuning dan Yg akhir diwarnakan merah.
6. Alaskan dan gris loyang berukuran 8.5” x 8.5” atau 9” x 9”.
7. Ratakan 2 senduk (bumbung) adunan kuning & bakar dgn api grill sehingga masak (kira2 6-8 minit). Keluarkan loyang dari oven dan tekan sket lapisan kek dgn penekan kek lapis. Kemudian ambil 2 senduk adunan merah dan ratakan atas lapisan kuning tadi. Bakar lagi satu adunan kuning dan satu adunan merah (berselang–seli). Jumlah lapisan, 4.
8. Selepas tu, ambil 2 senduk adunan coklat & bakar hingga masak. Ulangi proses melapis adunan cokelat ini sehingga adunan selesai.
9. Seterusnya, ratakan 2 senduk (bumbung) adunan merah & bakar dgn api grill sehingga masak (kira2 6-8 minit). Kemudian ambil 2 senduk adunan kuning dan ratakan atas lapisan merah tadi. Bakar lagi satu adunan merah dan satu adunan kuning (berselang–seli).
10. Bakarlah kek ini dgn suhu kira-kira 200 darjah Celsius.
Nota :
Resipi asal menggunakan pewarna kuning jer bagi lapisan atas dan bawah dgn tengah2nya adunan cokelat.

Nampak sedap & kemas je lapisannya. Bila sampai seru nanti baru saya cuba...skrg jamu mata...
ReplyDeleteHeheh.... thanks. Cuba, senang jer laaa... :)
ReplyDeletehi!saya sudah mencuba resepi ini.hasilnya sangat memuaskan hati.untuk resepi ini,saya telah menggunakan square baking tin 9".tetapi ianya tidak mencukupi untuk adunan saya.mungkin baking tin yang saya gunakan adalah rendah.maka,saya terpaksa kurangkan lapisan coklat.untuk cubaan yang akan datang,saya akn guna baking tin 10".anyway,tq very much for sharing such a lovely recipe n ur idea. tq
ReplyDeleteHi Maryann,
ReplyDeleteThanks krn sudi mencuba resipi kek lapis ni. Maaf sy terlupa nk catitkan ttg ketinggian loyang yg saya gunakan iaitu 9x9x4 inci - jenis loyang utk kek lapis sarawak. Apapun, Im glad u succeed. Syabas! Im sure everyone likes the cake. My dotters luv them very much.
bro rozzann,Last nak tanya saya keliru dengan kek lapis neopolitan yang menggunakan bahan-bahan oz bukan gram kalau gram senang kita timbang kalau menggunakan oz bagaimana pula..???..:)
ReplyDeleteHi marble cake,
ReplyDeleteIn my blog, ada saya sediakan satu 'table for conversion' under WEIGHTS & MEASURES. Boleh rujuk kat situ yer. Tp, kalau nk senang, u boleh amik 1 oz = 30 gm ya.
Salam bro,
ReplyDeleteBerapa biji telur diperlukan untuk resipi ini? Tq
WS. Ada tercatit kat resipi tu, 10 biji telur ya.
ReplyDeletebro,api grill tu sama dgn api atas ke?
ReplyDeleteHai, nak tnya boleh sy tukar milo tu ker serbuk koko, sbb sy xberapa gemar milo.
ReplyDeleteBoleh d kukus ke kek ni
ReplyDeletemerahnya guna pewarna apa?
ReplyDelete