Monday, September 13, 2010

KEK LAPIS BLUEBERRY CHEESE

Di sini, saya nak berkongsi resipi Kek Lapis Blueberry Cheese yg saya sempat siapkan utk Hari Raya. Resipinya saya adaptasikan dari resipi Kek Lapis Strawberry Cheese yg dah saya poskan resipinya sedikit masa dulu. Insya'allah menjadi.





































BLUEBERRY CHEESE


Bahan-Bahan

450 gm mentega

250 gm Philadelphia cream cheese (jenama Kraft)

1 sudu makan ovalette

170 gm gula halus

10 biji telur

1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis

300 gm tepung Hong Kong

100 gm Horlick

250 gm blueberry pie filling

1 sudu teh esen blueberry (optional)

sedikit pewarna ungu




Cara :


1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati.

2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang.

3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.

4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar.

5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks.         Gaul rata.

6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh blueberry pie filling, esen blueberry dan pewarna ungu.

7. Bakarlah menggunakan loyang 10”x7”, 8”x8” atau 9” x 9” yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius.

8. Ambil 2 senduk adunan plain dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dgn api atas bawah sehingga masak. Utk l;apisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Ambil 2 senduk adunan plain lagi dan ratakan dia atas lapisan pertama tadi.

9. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan blueberry dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Buat begini sehingga habis semua adunan.





Nota:

Mengenai corak lapisan samada 2 plain, 2 ungu atau 1 plain 1 ungu, terserah pada kreativiti dan citarasa anda.

23 comments:

  1. salam..saya copy resepi ni ye :)

    ReplyDelete
  2. WS. Nak copy, silakan. Semoga anda berjaya membuatnya ya!

    ReplyDelete
  3. salam..nampak menyelerakan..kena beli cream cheese dulu nampaknya..pernah buat kek lapis blueberry ..sedap..

    nanti kalau dah siap akak c and p yer kat blog akak..tq

    ReplyDelete
  4. Salam Bro
    I hv tried it and i must say the combination of cheese and blueberry in any kind of cake memang sedap unfortunately i didnt get the colour right.. i did add violet colour to my batter.. I guess i didnt add enough colouring?? maybe next time i will use wilton gel colouring instead ..

    Anyway ty for sharing.. we love the taste of this cake..

    ReplyDelete
  5. WS Rima,
    Thank you for trying out the recipe.. I must say you are right. Most of the people who tasted this cake will almost instantly luv the taste. I gave my sis half a cake tin during Raya and she ordered a full tin. My wife gave some to her friends and one of them ordered three!! As for the colour, yup, u must add more to the batter. Anyhow, you're most welcome sis.. :)

    ReplyDelete
  6. salam bro
    saya dah cuba resepi ni...sedap sangat sangat. thank you for sharing this recipe ye!

    ReplyDelete
  7. WS. Thank You zarin krn sudi mencuba resipi ni. Alhamdulillah anda suka dgn hasilnya. Tahniah krn anda juga berbakat!! Keep up the good work.

    ReplyDelete
  8. salam..bro rozzan ..kwn ofis sy dah cuba..memang sedap...tp dia alter sikit..essen blue beri takder..dgn pewarna ungu..die ganti dengan blueberry paste...jadi sedap..cepat betul clear...thnk u bro

    ReplyDelete
  9. WS Chikadakbiru.
    Alhamdulillah, menjadi percubaan kawan anda. Tak susah nk buatnya. Utk permulaan, anda bolehlah buat 1/2 bahagian. Insya'allah menjadi. Sampaikan salam saya buat teman anda and tell her 'syabas!'

    ReplyDelete
  10. salam. kak nak tanya: tepung hong kong dsan hong kwe tu sama? blueberry filling tu ada jual kat kedai barangan kek? akak nak cubalah kek lapis ni sbb anak akak teringin nak makan. kalau jadi nanti akak nak load dalam fb, boleh ye. load gambar jelah.
    tk.

    ReplyDelete
  11. Kak Julia,

    Tpg HK dan Hoon Kue tak sama kak. Blueberry filling tu ada dijual di pasaraya2 dan juga kedai2 menjual bahan2 baking. Cuba cari yer kak.. Mudah2an berjaya :)

    ReplyDelete
  12. salam,
    kak julia dah cuba buat kek lapis blueberry ni, jadi dan sedap sangat rasanya. terima kasih dan kak julia akan cuba lagi kek lapis yg lain pula.

    ReplyDelete
  13. Kak Julia,
    Alhamdulillah akak berjaya membuat kek lapis ni. Tahni'ah. Semoga terus berjaya kak :)

    ReplyDelete
  14. salam skli lagi. kak julia nak tahulah apa makna senduk bumbung. lepas ni akak nak cuba kek lapis oreo. tkasih.

    ReplyDelete
  15. WS Kak Julia,
    Sebenarnya senduk bumbung atau mumbung tu memberi makna bahawa bahan yg kita sukat tu harus "membukit" atau bhs Inggerisnya "heaped" bukan paras. Harap maklum ya kak.

    ReplyDelete
  16. Salam Rozzan, perlu atau tidak untuk kita menyapukan butter di setiap lapisan seperti kek lapis yang biasa.

    ReplyDelete
  17. Apa tepong hk tu be specified

    ReplyDelete
  18. Salam, saya ingin mencuba tapi boleh saya tahu adakah telurnya menggunakan kedua-dua putih dan kuning? Tks.

    ReplyDelete
  19. This procedure to prepare Blueberry Cheese Layer Cake seems to be simple yet it is quite complicated. I will try this recipe out and see if I will be able to come up with such as an appealing as well as delicious cake. It is now possible to get assistance with writing your oral presentation by clicking on this link: Oral Presentation Writing Help

    ReplyDelete
  20. Sudah cuba. Sgt sedap dan moist. Sgt puas hati. Tq resepinya. Saya cuba cari resepi kek lapis red velvet cheese pula

    ReplyDelete
  21. Jazaakallahu Khairan.
    Saya ambil perkongsian resepi kek lapisnya sahaja lain tiada dulu kini dan selamanya.
    Moga sentiasa dalam Rahmat Allah Ameen.

    ReplyDelete