Monday, September 13, 2010

KEK LAPIS BLUEBERRY CHEESE

Di sini, saya nak berkongsi resipi Kek Lapis Blueberry Cheese yg saya sempat siapkan utk Hari Raya. Resipinya saya adaptasikan dari resipi Kek Lapis Strawberry Cheese yg dah saya poskan resipinya sedikit masa dulu. Insya'allah menjadi.





































BLUEBERRY CHEESE


Bahan-Bahan

450 gm mentega

250 gm Philadelphia cream cheese (jenama Kraft)

1 sudu makan ovalette

170 gm gula halus

10 biji telur

1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis

300 gm tepung Hong Kong

100 gm Horlick

250 gm blueberry pie filling

1 sudu teh esen blueberry (optional)

sedikit pewarna ungu




Cara :


1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati.

2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang.

3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.

4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar.

5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks.         Gaul rata.

6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh blueberry pie filling, esen blueberry dan pewarna ungu.

7. Bakarlah menggunakan loyang 10”x7”, 8”x8” atau 9” x 9” yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius.

8. Ambil 2 senduk adunan plain dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dgn api atas bawah sehingga masak. Utk l;apisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Ambil 2 senduk adunan plain lagi dan ratakan dia atas lapisan pertama tadi.

9. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan blueberry dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Buat begini sehingga habis semua adunan.





Nota:

Mengenai corak lapisan samada 2 plain, 2 ungu atau 1 plain 1 ungu, terserah pada kreativiti dan citarasa anda.

Wednesday, September 08, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Sempena Syawal yg bakal menjelang lusa nanti, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua pengunjung2 walau di mana anda berada. Sama-samalah kita menyambut hari kemenangan ini dgn penuh kesederhaan dan ketaqwaan.