Semalam saya berkesempatan membuat Kek Lapis Strawberry Cheese. Ini merupakan tambahan kepada resepi2 kek lapis bagi anda penggemar2 kek lapis yer. Kalau ingin mencuba, silakan... saya iringin dgn doa agar anda berjaya, Insya'allah.
KEK LAPIS STRAWBERRY CHEESE
Bahan-Bahan
450 gm mentega
250 gm Philadelphia cream cheese (jenama Kraft)
1 sudu makan ovalette
150 gm gula halus
10 biji telur
1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis
300 gm tepung Hong Kong
100 gm Horlick
180 gm jem strawberry (reduced sugar- kurang manis)
1 sudu teh esen strawberry
sedikit pewarna merah/merah jambu (lebih baik jenis yg pekat atau serbuk)
Cara :
1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati.
2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang.
3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.
4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar.
5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh jem strawberry, esen strawberry dan pewarna merah.
7. Bakarlah menggunakan loyang 10”x7” atau 8”x8” yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius.
8. Ambil 2 senduk adunan plain dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dgn api atas bawah sehingga masak. Utk l;apisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Ambil 2 senduk adunan plain lagi dan ratakan dia atas lapisan pertama tadi.
9. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan strawberry dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Buat begini sehingga habis semua adunan.
Nota:
Mengenai corak lapisan samada 2 plain, 2 merah atau 1 plain 1 merah, terserah pada kreativiti dan citarasa anda.
Salam Bro,
ReplyDeleteTQ for d recipe. Dah byak juga resepi2 kek lapis bro yg lain kak sue dah cuba, mmg best n jadi kegemaran kami skluarga. Selamat myambut Ramadhan al-Mubarak. wsslm.
ASSALAMUALAIKUM..bro kek lapis ni mgoda n i pun tgoda...heeeeeeee..
ReplyDeleteSELAMAT MYAMBUT BULAN RAMADAN DR IEMA & FAMILI D TAWAU SABAH..
BR > Sueozana
ReplyDeleteWS. You're most welcome sis. Alhamdulillah I'm glad akak berjaya membuat kek2 lapis tu. Maksudnya Kak Sue pun berbakat!! Keep up the good work.
Selamat Berpuasa utk anda sekeluarga juga ya!
BR > Jeffiema
ReplyDeleteW'Salam. Kalau dah tergoda tu, jomlah buat!! Insya'allah menjadi. Selamat Berpuasa utk anda & famili di Sabah yer! :)
Salam... Bro. Yummy!!! tgk kek tu... tapi Bro ada recipe Kek lapis cholocate chip tak? If ada.... bole kasi...
ReplyDeleteTerima kasih...
Mengancam sungguh kek Abg Rozzan. Skill Hani belum sampai ke tahap buat kek lapis lagi tapi hati ni terlonjak-lonjak nak cuba. Confidence nak buat kek lapis belum hinggap lagi agaknyer.
ReplyDeleteAbg Rozzan .. some‘amateur’questions, if you dun mind. Bakar lapisan yg pertama (api atas bawah dgn suhu 180-200 C) tu, what is the baking time? And bakar lapisan kedua dan seterusnya dengan api grill (api atas), what is the temperature and baking time?
ReplyDeleteNampak gambar rasa mcm sedap sangat, nak cuba buat lah; tapi...kalau takde tepung hong kong, ovalette dan horlicks apa yg boleh di ganti? boleh ke jadi juga? terima kasih
ReplyDeletesalam bro, nak tau if tgk on ur kek lapisan ats skali(top layer)cm ada ada garisan kotak2..bro pkai pe mke dat kek jd cmtu??bukn pe nmpak snang nk potong..nmpak kemas
ReplyDeleteBR > Aishamirafiq
ReplyDeleteWS. Nanti saya cuba carikan yer! Kalau dah ada saya postkan kat blog k!
BR > Hani In Canada
ReplyDeleteSis, i dah reply kat comment bos tp I reprint kat sini yer.
Sis, selalunya masa membakar varies a little based on the oven used. I'm using a built-in oven. The first layer using api atas bawah takes a little longer abt 7-8 minutes. Or after 4-5 min, u may turn to grille and bake for another 2-3 min. Lapis kedua till end, you can use suhu abt 180 -200 also & bkg time abt 6-7 minutes. But seriously after you have master it, xyah tgk time. Dok jer tepi oven & jenguk2 sekali sekala pad setiap lapisan. Kalau dah masak, then bakar the next layer...
BR > Ann Kay
ReplyDeleteMungkin anda boleh gantikan tpg Hong Kong kpd tepung kek atau tpg serbagun. Takde jugak, pakai tpg gandum yg diayak beberapa kali.
Ovalette boleh digantikan dgn quick75, jilk, TBM atau lain2 penstabil (emulsifier).
Horlicks mungkin anda boleh tukarkan kpd santan serbuk atau tepung susu yer.
Cubalah...
BR > zarina
ReplyDeleteSis, saya gunakan 'wire rack' -redai kek yg selalunya kita gunakan utk meletakkan kek (selepas dibakar) sementara menunggu ia sejuk. Saya tekapkan rack tu di permukaan kek semasa kek masih hangat2. Harap maklum.
Sedap menu hari ini.. Jom sertai kempen 1 Blog 1 Bendera sempena kemerdekaan negara tercinta..
ReplyDeleteMeh la jengok kek lapis sarawak di keklapis.kaksue.com
ReplyDeletetq 4da info bro..bleh tak u uploadkn pic 'rack' tu..nk tgk cmni rupenye bnde tu..cos kdg2 g kdai jual brg2 wat kek ni diorg pon xtau sgt nma2 bnde yg kte mksudkn..hope dat my request xmenyusahkn..TQVM..
ReplyDeletesalam
ReplyDeletenak tanya antara lapisan kek tu ada letak ape2 tak?
Salam Bro Rozzan,
ReplyDeleteTerima kasih kena sudi share recipe Kek Lapis ini.
I dah cuba membuatnya semalam. Guess wat? This is my very first kek lapis.
Menjadi lah! So happy. Yang suprised nye, Hubby yg tak suka Kek Lapis, gave me a thumbs UP!
I will try other kek lapis recipies very soon.
Thanks again!
Amrina,
ReplyDeletepada setiap lapisan tu saya tk bubuh apa2 pun. Harap maklum.
Lyn BakingWithLove,
ReplyDeleteWS and Congrats! Happy to hear that. All the best in your future trysts....
I minta yer resepinya...tq
ReplyDelete