Saturday, August 28, 2010

SALAM RAMADHAN

Diam tak diam, dah 18 hari kita berpuasa. Tak lama lagi nak Raya. Pasti anda semua sedang sibuk membuat persiapan Raya di samping meneruskan ibadah puasa di bulan yg mulia ini.

Lazimnya di bulan puasa, saya jarang buat updates kerana, anda faham2lah yer. Siang bekerja, pulang rumah bersiap utk hidangan berbuka, lepas tu malam berteraweh. Kalau tk di masjid, buat di rumah. Esok nak bangun sahur dan pastu pi kerja lagi. Haiz.....begitulah rutin setiap hari...

Namun demikian, saya akan cuba penuhi permintaan resepi2 anda tp ini tergantung kepada samada resepi2 tersebut ada dlm simpanan saya. atau tkde, saya akan cuba cari di lelaman kenkawan ataupun di internet. Mudah2an, saya dapat menyempurnakan hajat anda semua ya. Tapi bagi mereka yg belum saya dapat tunaikan permintaannya, harap bersabar yer. Insya'allah, kalau info tu dah ada, saya khabarkan.

Sementara itu, sahaja nak berkongsi pic2 hidangan berbuka saya yg sempat saya snap..





Monday, August 09, 2010

RAMADHAN AL-MUBARAK

To all my brothers and sisters in Islam.




Buat semua pengunjung2 dan saudara se Islam, saya ucapkan selamat menyambut bulan puasa Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita semua diberi kesihatan, kesabaran dan kekuatan rohani dan jasmani dalam menyempurnakan rukun Islam yang ketiga ini, Insya'allah.

Saturday, August 07, 2010

KEK LAPIS STRAWBERRY CHEESE
























Semalam saya berkesempatan membuat Kek Lapis Strawberry Cheese. Ini merupakan tambahan kepada resepi2 kek lapis bagi anda penggemar2 kek lapis yer. Kalau ingin mencuba, silakan... saya iringin dgn doa agar anda berjaya, Insya'allah.

KEK LAPIS STRAWBERRY CHEESE
Bahan-Bahan
450 gm mentega
250 gm Philadelphia cream cheese (jenama Kraft)
1 sudu makan ovalette
150 gm gula halus
10 biji telur
1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis
300 gm tepung Hong Kong
100 gm Horlick
180 gm jem strawberry (reduced sugar- kurang manis)
1 sudu teh esen strawberry
sedikit pewarna merah/merah jambu (lebih baik jenis yg pekat atau serbuk)

Cara :
1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati.
2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang.
3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.
4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar.
5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh jem strawberry, esen strawberry dan pewarna merah.
7. Bakarlah menggunakan loyang 10”x7” atau 8”x8” yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius.
8. Ambil 2 senduk adunan plain dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dgn api atas bawah sehingga masak. Utk l;apisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Ambil 2 senduk adunan plain lagi dan ratakan dia atas lapisan pertama tadi.
9. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan strawberry dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Buat begini sehingga habis semua adunan.

Nota:
Mengenai corak lapisan samada 2 plain, 2 merah atau 1 plain 1 merah, terserah pada kreativiti dan citarasa anda.

Tuesday, August 03, 2010

KUIH BAKAR DURIAN




















Kuih Bakar Durian yg cukup 'mengkhayalkan' sewaktu minum petang Ahad lalu... Saya adjustkan sedikit jer resipi ni dari resipi yg saya postkan dahulu kerana kali ini saya tak menggunakan oven utk membakar.


KUIH BAKAR DURIAN

Bahan-Bahan
260 gm tepung gandum
240 gm gula
500 ml santan pekat (dalam kotak/pkt)
250 ml air (campur dgn santan)
6 biji telur saiz besar - kocok sedikit
300-350 gm isi durian (dilecek)
2 sudu besar minyak sapi QBB
1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
pewarna kuning
secubit serbuk vanilli

Cara:
1. Lecekkan isi durian bersama gula di dalam sebuah bekas (mangkuk besar).

2. Masukkan minyak sapi, gaul rata. Seterusnya, masukkan santan berselang seli dgn tepung dan kacau sehingga rata dan sebati.

3. Masukkan pula telur, garam dan vanilli. Kacau rata-rata.

4. Panaskan acuan tembaga kuih bakar/bahulu cermai di atas api dan mulalah membakar kuih. Oleskan dgn sedikit minyak pd setiap kali sebelum menuangkan adunan kuih.

5. Bakar sehingga masak. Satu bahan boleh menghasilkan kurang lebih 70-80 biji.