Wednesday, September 30, 2009

KEK LAPIS MANGO CHEESE, NUTELLA STRAWBERRY, PRUNE APRICOT & REMPAH

Salam Lebaran buat anda semua. Maaf kerana lama saya "bercuti" dari blogging. Bulan puasa ..almaklum sajalah, masa 24 jam setiap hari tu mcm tak cukup jer.. Apa pun, semoga anda semua sihat sejahtera dan sentiasa ceria dalam menyambut Syawal yg mulia ni. Utk mereka-mereka yg belum sempat saya bermohon maaf, sepuluh jari saya susun memohon kemaafan jika terdapat terkasar bahasa ataupun perkara yg menyinggung perasaan anda secara sengaja ataupun tidak. Semoga tali silaturrahim di antara kita sesama Muslim kekal berpanjangan, Insya'allah.

Sebenarnya, Raya kali ini, saya tka buat kuih raya pun...heheh. Macam takde mood gitu. Anak bongsu saya yg buat 4 jenis kuih dan lainnya samada pemberian orang ataupun kuih tunjuk2 yg diuruskan oleh orang rumah. Krepek2 pula saya sempat beli di ...Johor, heheh.... Saya hanya sempat buat 12 biji kek lapis utk famili.

So, kat sini saya kongsi bersama antara kek2 lapis yg saya buat. Resipinya akan saya poskan later ya...


KEK LAPIS MANGO CREAM CHEESE






Rasa kek ni tak terlalu manis. Bahan2 utama yg digunakan termasuklah KRAFT cream cheese, mango puree dan preserved mango slices.


KEK LAPIS MANGO CHEESE


Bahan-Bahan

450gm mentega
1 tin susu manis
250gm cream cheese
10 biji telur
150gm gula halus
200 gm tepung Hong Kong
1 sudu besar ovalette
100gm Horlick
120 gm preserved mango (digunting kecil-kecil dan digaul dgn mango puree sket supaya lembut )
2 sudu besar mango puree


Cara :

1. Mentega, susu dan cream cheese dipukul hingga putih.

2. Telur, tepung Hong Kong, Horlick dan ovalette dipukul hingga kembang dan pekat.

3. Satukan semua adunan adunan di atas dan gaul hingga rata dan sebati.

4. Bahagi kepada 2 bahagian:- satu bahagian dicampur pewarna jingga (oren) atau kuning, esen mango dan mango puree.- satu bahagian lagi dibiarkan warna asal.

5. Bakar selapis adunan jingga sehingga masak, Kemudian, bakar pula lapisan kedua (plain) dan taburkan preserved mango yg dah digunting2 tadi. Bakarlah sehingga selesai adunan.


KEK LAPIS NUTELLA /STRAWBERRY






Kek ni adalah olahan dari Kek Lapis Nutella yg saya kongsi sebelum ini. Cuma, lapisan plain saya campurkan dgn serbuk aiskrim strawberry, strawberry paste/essence dan bubuh cherry tips (chelory). Pada bahan chocolate tu tetap sama - dibubuh Nutella yg digaul rata dan juga Nutella 'droppings' pada setiap lapisan nya. Kek ni fofular dikalangan tetamu2 saya.


KEK LAPIS NUTELLA STRAWBERRY

Bahan-Bahan
450 gm mentega
160 gm gula
1 sudu teh ovellette
10 biji telur (saiz besar)
1 tin (397gm) susu pekat manis
240 gm tepong Hong Kong
100 gm horlicks
200 gm Nutella

secukup ceri atau chelory tips
40 gm serbuk aiskrim strawberry
1 sudu teh esen strawberry

180 – 200gm Nutella untuk di bubuh pada lapisan kek


Cara:

1) Pukul mentega, gula dan ovalette sehingga kembang (kira-kira 10 minit).

2) Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul (kira-kira 7-8 minit)

3) Perlahankan speed mixer, bubuh susu pekat manis dan terus pukul.

4) Seterusnya, kurangkan kelajuan mixer hingga ke paras paling perlahan (rendah) lalu masukkan tepung HK dan horlicks sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati dan rata.

5) Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu bahagian dibubuh serbuk aiskrim strawberry, esen strawberry dan pewarna merah jambu. Yg satu lagi dibubuh Nutella dan dikacau rata.

6) Bakarlah selapis selapis. Pada setiap lapisan cokelat, bubuh lagi Nutella (dgn menggunakan sudu, biarkan ia jatuh sedikit-sedikit di atas lapisan kek. Manakala pada lapisan strawberry, kalau suka, bolehlah dibubuh cherry atau chelory tips.


KEK LAPIS PRUNE APRICOT







Kek ini adalah olahan dari resipi kek lapis prune. (sila rujuk kpd resipi kek lapis prune yg telah saya kongsi di entry yg lalu). Saya hanya tambahkan buah preserved apricot selain dari prune yg biasa kita gunakan. Based on feedback, most of my guests like it.



KEK LAPIS REMPAH







Kek lapis rempah ini saya ubah sket resipinya utk mereka yg gemar dgn kek lapis rempah yg lebih lembab (moist). Saya tambahkan sukatan susu pekat manisnya dan lebih sedikit rempah.


KEK LAPIS REMPAH

Bahan-Bahannya:
20 biji kuning telur (saiz besar)
5 biji putih telur
13 oz gula halus
18 oz mentega
5 oz tepung Hong Kong
½ tin susu pekat manis
2 oz badam kisar
5 sudu teh rempah kuih (atau ikut citarasa anda)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilli


Cara :

1. Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan.

2. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat.

3. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati.

4. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur. Kacau rata-rata lalu masukkan tepung sedikit demi sedikit.

5. Masukkan badam dan rempah kuih. Kacau hingga rata dan sebati.

6. Ambil loyang yg telah dialas dgn kertas tracing dan disapu dgn mentega. Masukkan 2 senduk lauk adunan ke dalamnya dan mulalah membakar seperti biasa, selapis demi selapis.

7. Lapisan pertama, gunakan api atas bawah, suhu 180 darjah Celsius. Lapisan kedua sehingga selesai, gunakan api atas jer (grill), suhu kira-kira 180 – 200 darjah. Selepas setiap lapisan dibakar, keluarkan loyang dan tekan sedikit dgn penekan kek lapis supaya rata. Kemudian baru dibubuh lapisan kedua. Bakar sehingga selesai.

Monday, September 21, 2009

KAD RAYA



Kad Raya dari Ummi. Mekasih Ummi krn atas ingatan anda. Salam buat anda sekeluarga juga ya...Next time pi Pahang boleh ler singgah umah anda yer!

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




Buat semua pengunjung ke blog ini dan semua kenkawan di alam siber, saya mengambil kesempatan ini utk menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika terdapat apa-apa kesilapan atau keterlanjuran kata semasa berinteraksi dgn anda2 semua. Maklumlah tidak ada yg sempurna selain NYA. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Minal Aidil Wal Faizin, Wal Makbulin. Maaf Zahir dan Batin. Semoga kita semua dipertemukan dalam bulan Syawal yg bakal menjelma ini.
Salam Ukhuwah dari saya.