Wednesday, July 29, 2009

KEK LAPIS NUTELLA

Lama..saya googled utk mencari kek lapis nutella di internet. Walaupun ada beberapa results tp tak satu pun yg berkongsi resipinya. So, what I did was to create one of my own lah.... kalau sesiapa yg nak cuba, silakan.



KEK LAPIS NUTELLA

Bahan-Bahan
500 gm mentega
180 gm gula
1 sudu teh ovellette

10 biji telur (saiz besar)
1 tin (397gm) susu pekat manis

260 gm tepong Hong Kong
100 gm horlicks
220 gm Nutella

180 – 200gm Nutella untuk di bubuh pada lapisan kek (lebih pun takpe, sedapp..)

Cara:

1) Pukul mentega, gula dan ovalette sehingga kembang (kira-kira 10 minit).

2) Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul (kira-kira 7-8 minit)

3) Perlahankan speed mixer, bubuh susu pekat manis dan terus pukul.

4) Seterusnya, kurangkan kelajuan mixer hingga ke paras paling perlahan (rendah) lalu masukkan tepung HK dan horlicks sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati dan rata.

5) Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan plain. Yg satu lagi dibubuh Nutella dan dikacau rata.

6) Bakarlah selapis selapis. Pada setiap lapisan cokelat, bubuh lagi Nutella (dgn menggunakan sudu, biarkan ia jatuh sedikit-sedikit di atas lapisan kek.
contoh :


7) Bakar sehingga selesai adunan dgn anggaran suhu 180 – 210 darjah Celsius (mengikut kesesuaian oven anda).

35 comments:

  1. bro,nk resepi... ;p

    ReplyDelete
  2. bro, u nie rajin betul melapis kek yer...how i envy u...

    ReplyDelete
  3. cik rozann,

    tiap lapis, bakar berapa minit ye?

    ReplyDelete
  4. Wow Zan..chocolates...i like...hehehe

    ReplyDelete
  5. salam bro, makuda nak tanya texture kek ni camne, moist berminyak ke atau pun skit kering?...tq bro

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. woo hoo... bestnya...yum2..

    ReplyDelete
  8. BR > Anonymous
    Hah, dah salin resipi blum?


    BR > Mima's Oven
    Thanks sis!


    BR > ligo
    Abt 6-8 minit


    BR > Anonymous (sofea)
    Hah, dah cuba blum? Nak kasi rasa tak tau alamat rumah heheh..


    BR > Mak uda ida
    Kek ni moist dan tk berminyak. Alhamdulillah, tk mengecewakan.


    BR > nik
    Cubalah.....

    ReplyDelete
  9. loyangnya size apa

    ReplyDelete
  10. BR > anonymous

    Saya gunakan loyang 10" x 7"

    ReplyDelete
  11. Brother, apa pasal kek lapis nutella, bila dah siap bakar kek nya keras tak lembut seperti kek lapis biasa

    ReplyDelete
  12. Bro, terima kasih...
    Da try buat.... tapi belum mkn lagi...hehehe...(puasa) Baunye sedap...
    Tapi... tak secantik Bro punya... Nie first time buat kek lapis (oven baru)...
    Akan cuba lagi...

    ReplyDelete
  13. BR > Anonymous

    Yg saya buat, Alhamdulillah, tk keras. Ada kesilapan kot dari segi proses pembakaran kek tu? Lapis pertama api atas bawah, lapis kedua hingga akhir-api atas jer..

    ReplyDelete
  14. BR > Aishamirafiq

    Wah, dah cuba yer? Senangkan? Insya'allah rasanya sedap...Syabas. Keep up the effort!

    ReplyDelete
  15. Telah mencuba resepi ini baru-baru ni..kek untuk raya..yum sedap

    TQss Rozzan

    ReplyDelete
  16. boleh tak kek ini dikukus?

    ReplyDelete
  17. So far saya tk pernah kukus kek lapis ni. So tk dpt nk komen pulak arr. Sorry yer.

    ReplyDelete
  18. Thanks CINTA krn sudi mencuba resipi ni. I'm Happy anda berjaya...

    ReplyDelete
  19. Salam bro rozzan
    I nk tanye lapisan coklat bakar dulu?
    den aru bubuhkan nutella atau bile buat lapisan coklat terus bubuhkan nutella???

    TQ
    Sueryani

    ReplyDelete
  20. WS Sueryani

    Bila dah ratakan adunan cokelat tu, terus taruk nutella tu. Then baru dibakar yer. harap anda faham ya.

    ReplyDelete
  21. salam bro , saya ingin mencuba kek lapis ni . Tapi di sini takde tepung hong kong dan juga horlicks .. boleh tak saya substitute horlicks dengan tepung susu ? apa bezanya texture ataupun rasa kek ni kalau saya gunakan tepung gandum instead of tepung hong kong ? TIA

    ReplyDelete
  22. Salam BR, terima kasih sudi berkongsi resepi yg sgt sedap niii.. Pertama kali cuba hasilnya sungguh mengujakan. InsyaAllah akan cuba resepi kek lapis yg lain pula

    ReplyDelete
  23. Salam Bro, oven i tkde yg sebelah atas ar.. cuma ade yg sebelah bawah jek.. how eh like that..?

    ReplyDelete
  24. BR > Mimi

    Kalau nk buat kek lapis, anda perlu ada oven yg mempunyai api atas bawah yer, yg lebih penting api atas (grill). Harap maklum yer.

    ReplyDelete
  25. andaman seri indahWednesday, October 26, 2011

    tq cik rozan...
    saya dah cuba beberapa resepi cik rozan...mmg sedap n lembab..anak2 pn suka makan kek lapis

    ReplyDelete
  26. hai abg...
    this first time i try to make lapis nutella...power..tks abg for the resepi... anak i suka...

    ReplyDelete
  27. Salam bro Rozzan. Saya dah cuba kek ni Raya yg lalu, memang yummy, saudara mara yg datang suka kek ini kerana sedaaaaap!!! Trm kasih bro & saya nak cuba resepi yg lain:)))

    ReplyDelete
  28. As salam.. Klu guna loyang saiz 10x7 guna telor brapa biji ye?

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum bro Rozzan,
    Thanks for sharing. Rasa-rasa boleh ke kita olah resipi lapis yang biasa (lapis rempah misalnya), tapi tambah nutella? Kemudian tak perlu tambah rempahnya.

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  30. As Salaam Bro, teruja nak mencuba kek lapis ni....Pertama kali nak buat....Mudah2an menjadi...nanti saya post the outcome ya....Barakallah kerana berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  31. Ive tried it bro. Success. Thanx bro.

    Yui zura

    ReplyDelete
  32. Bro tq for sharing so far ur recipe I try success alhamdullilah.. if I dont use ovalet can I omit tis or any substitution? Thanks

    ReplyDelete
  33. Salam....can i not use horlicks en here in UK they dont sell HK flour wat flour can i use instead

    ReplyDelete
  34. gula tu maksudnya gula yg biasa atau gula halus atau mcm mana?

    ReplyDelete
  35. tak pernah tahu pulak nutella boleh dibuat kek and sedap ke? tak pernah try. sebelum nie try kek coklat je

    ReplyDelete