Resipi sate/satay ni adalah permintaan dari seorang pengunjung blog. Lupa pulak namanya. Apa pun, diharap resipi ni dapat membantu anda ya!
SATE/SATAY
(sumber :Noreha Bajuri, Buku Resipi Ceria Keluarga)
Untuk hidangan 100 cucuk satay.
1 kg daging lembu/kambing/ayam (dibuang kulit dan dipotong halus)
Rempah untuk digaul:
1 inci halia
3 batang serai
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang putih
(semua bahan dikisar halus)
2 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
(disangar dan dikisar bersama bahan diatas)
350g gula pasir
2 sudu teh serbuk kunyit (untuk warna kekuningan)
garam secukup rasa
Bahan-Bahan untuk Kuah:
5 ulas bawang merah
1 inci halia
2 batang serai
1/2 inci lengkuas
2 sudu cili serbuk
(dikisar halus)
1 kg kacang tanah
asam sebesar ibu jari
gula dan garam secukup rasa
air daging
Cara :
Bahan-bahan yang dikisar digaul bersama gula, kunyit, garam dan daging, kemudian diperap sekitar 1 jam. Air dari daging jangan dibuang kerana akan digunakan membuat kuah. Setelah daging sebati dengan rempah, barulah boleh dicucuk kemudian dibakar atau digoreng saja.
Kacang tanah digoreng tanpa minyak kemudian dikisar kasar. Untuk pekat, sebaiknya kacang yang telah dikisar direnihkan kedalam sedikit air mendidih. Bahan-bahan yang telah dikisar ditumis. Masukkan air asam, air daging dan kacang, gaul rata. Tambahkan air jika perlu, jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Gula dan garam secukup rasa. Bila hampir mendidih, kecilkan api, masaklah sehingga benar-benar mendidih.
Cara membakar sate:
Nyalakan sedikit arang diatas "aluminium tray". Letakkan jaringan besi diatas api. Aturkan sate diatasnya. Sapukan sedikit margerin dan bakar dengan mengipas api perlahan-lahan. Untuk sate goreng, gunakan sedikit minyak saja dan goreng di dalam kuali.
ANIKA SATE (sumber : Hjh Saodah Md Salleh , Buku ALMAS)
BAHAN "A"
1 kg daging kambing/peha ayam/lembu
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan mans
Sejari halia
Sejari kunyit hidup
2 batang serai
4 biji bawang putih
(Kisar halus kesemua bahan ini)
250 g gula pasir
Garam secukup rasa
Lidi sate
BAHAN "B"
1 biji buah keras, ditumbuk
1 sudu teh gula pasir
1 sudu makan air
1 sudu besar minyak makan
(kesemua bahan ini dibancuh)
CARA
Daging dicuci bersih dan ditoskan. Hiris daging mengikut cita rasa masing-masing tetapi setelah dihiris jangan dicuci lagi. Gaul hirisan daging ini dengan rempah kisar, gula dan garam sehingga rata. Perap selama 2 hingga 3 jam supaya rempahnya meresap. Barulah dicucuk dengan lidi. Bakar di atas pembakar sate dengan menggunakan bara arang. Renjis dengan bahan "B" dan bakarlah sehingga garing dan masak. Hidangkan dengan kuah sate, ketupat, hirisan timun dan bawang.
BAHAN "C" - KUAH SATE
600 g kacang tanah, digoreng dengan sedikit minyak
30 batang lada kering
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
8 biji buah keras
Sejari kunyit hidup
40 g belacan
(Kisar halus kesemua bahan ini)
60 g asam Jawa
240 g gula pasir
2 batang serai (dititik)
Sejari lengkuas (dititik)
Minyak untuk menumis
CARA
Kacang tanah dikisar jangan terlalu halus. Asam Jawa diramas dengan 6 cawan air dan ditapis.
Panaskan minyak. Tumis rempah kisar sehingga garing dan enak baunya. Masukkan serai dan lengkuas titik. Tuangkan air asam. Kacau rata.
Masukkan pula gula pasir dan garam. Akhir sekali, masukkan kacang tanah dan masaklah sehingga mendidih dengan api yang sederhana.
Kuah sate ini perlu dikacau selalu supaya dasarnya tidak hangus. Masaklah sehingga kepekatan yang diinginkan. Kuah sate enak dimakan setelah disimpan semalaman.
BR hari ni saya dan suami cuba satay ni..alhamdulillah sedap sangat...anak2 pun menyukainya..exp kuah kacang..puas kami makan...walau jauh diperantauan dgn resepi dr BR ni tak lah kempunan kami anak beranak kat sini..sekali lagi thanks & Allah bless you
ReplyDeletesiti asma.... Jeddah
Salam Siti Asma
ReplyDeleteWah, sungguh cepat anda dah mencuba resipi satay ni...Saya baru ingat nak buat, anda dah santap yer!!! Alhamdulillah, resipi ni bersumber dari buku2/orang2 yg mmg boleh dipercayai. Saya tumpang gembira dgn kejayaan anda. Salam buat suami dan keluarga anda ya.
salam bro...
ReplyDeletesedapnyer sate...nak sharing ilmu yg x seberapa ni sket..mak sy selalu campur gula pasir n gula melaka..rasanye lg mengancam n warna pun lg menawan...org jawa kot suka guna gula melaka ni...sorry yer bro menyampuk...
BR > ila_ayob
ReplyDeleteHeheh, saya bukan orang Jawa pun suka dgn gula melaka. Kalau saya perapkan daging tu mmg saya campur gula pasir dgn gula melaka. Kadang2 tambah gula tanjung sket... Sedap!! Thanks for sharing ya.
Utk 200 cucuk satay kambing, berapa kilo diperlukan
ReplyDelete